Tips menghilangkan sedu

    Tips menghilangkan sedu – hikkk… hikkk..! erm, dah besar pun masih tersedu lagi, hehe.. gurau saja. Hari ini nak post tentang tips, antara tips yang dipilih ialah tips menghilangkan sedu, bukan sedu sedan ya.. itu menangis. Sedu ini adalah tindakan tidak terkawal, jadi kita tidak boleh dengan sendirinya hendak mengadakan sedu dan menghilangkan sedu itu. Biasanya sedu itu datang tampa diundang dan pergi tanpa disuruh. Begitulah secara asasnya.

    Orang dewasa nie jarang sedu, selalunya bayi atau budak-budak kecil selalu sedu. Orang tua-tua kata tu tandanya nak cepat besar dalam erti kata lain, pertumbuhan berlaku. Betul atau tidak entah la. Aku sendiri sendiri belum jumpa fakta sains yang dapat mengesahkannya. Cuma sekiranya bayi anda sedu,  orang tua2, suruh letakkan perca kertas atau keratan tisu yang dibasahkan dengan air kemudian letakkan di dahi bayi.

    Ok, itu secara ringkas pengenalan mengenai sedu dan cara menghilangkan sedu bayi. Jadi bagaimana pula nak menghilangkan sedu orang dewasa? Sebelum dibongkarkan tips rahsia menghilangkan sedu nie, mari kita ketahui terlebih dahulu punca – punca kesedukan ini berlaku. (huhu, dekat-dekat dengan perkataan sudoku pula bila sebut perkataan kesedukan nie)

    Antara punca-punca yang dapat dikenalpasti berlakunya sedu ialah:

       

  • Menelan terlalu banyak udara

  • Ketawa yang melampau (selalu nye ni la yang menjadi punca utama sedu), kurangkan ‘haha’ maka kuranglah ketawa.

  • Makan secara lahap

  • Berasa bimbang

  • Rasa Teruja yang teramat

  • Merokok

  • Mengambil alkohol secara berlebihan

    •  

    Punca-punca berlakunya aktiviti sedu sudah kita ketahui, maka tibalah masanya untuk dibongkarkan tips rahsia yang tak rahsialagi tentang bagaimana untuk menghilangkan sedu, tips ini sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak mumayyiz saja, jangan cuba pada bayi anda pula. Tips menghilangkan sedu yang dimaksudkan adalah seperti di bawah:

    1. Tahan Nafas selama 10 saat dalam keadaan anda bersandar atau baring

    -Ini adalah cara yang paling mujarab. Tujuannya adalah supaya kita berada dalam keadaan tenang dan mengawal pernafasan.

    2. Urut bahagian atas atau belakang langit – langit mulut

    -Cara ini mungkin nampak agak pelik sikit tetapi ianya membantu juga. Hal ini kerana dengan mengurut di bahagian langit – langit, ia akan merangsang saraf vagus yang akan menyebabkan tindak-balas pada diafram. Gunakan kapas cotton – tipped applicator.

    3. Minum segelas air sejuk dengan segera

    Cara ini antara cara yang paling popular untuk diamalkan. Sama sahaja dengan kaedah di atas, fungsi air akan merangsang saraf vagus sekaligus membuatkan kita melupakan sedu untuk seketika.

    4. Bernafas di dalam beg plastik dalam tempoh 2 ke 3 minit

    Kaedah ini bertujuan agar kita dapat bertenang serta mengawal pola pernafasan. Tapi anda tidak di galakkan dilakukan di tempat awam kerana dikhuatiri anda di anggap mengalami masalah mental pula.. (orang yang lelah secara tiba-tiba juga boleh guna teknik ini)

    5. Bersendawa

    Dengan bersendawa, ia akan menghalang udara yang masuk yang menjadi sebab sedu berlaku. Pengambilan air berkarbonat yang bergas seperti 100 plus, pepsi dan sebagainya mampu menyebabkan anda bersendawa seketika.

    Demikian 5 tips menghilangkan sendawa yang boleh pembaca sekalian praktikkan sekiranya berlaku. Ada kalanya, buruk juga rupa orang tengah sendawa, dan kadang-kala wajahnya lucu juga. Hehe.. Sekian.

     

    Krdt to Dayak at MalaysiaRia

39 comments on “Tips menghilangkan sedu

  1. assalamualaikum. . masalah sedu tanpa henti mmng penat dan sakit. sya pernah alaminya.. 2minggu tanpa henti. bila makan..muntah. cek doc..saraf. tapi alhamdulillah. . sya da sembuh tanpa sebarang ubat kimia. petua nya. . lewat malam solat tasbih, solat taubat. .selepas baca doa. . ambil air kat lelangit dgn ibu jari kanan. . sapu pada dada pusingan tawaf 3kali. .dan baca selawat setiap pusingan. . mohon pada Allah dibuang segala penyakit. .in syaa Allah. . dgn izinNya..dan berkat selawat.. pulih la sedu tu. . . buatlah smpai keluar segala penyakit. alhamdulillah.. sya da sembuh.. cubalah pada sesiapa yg da buntu cari cara hilangkan sedu. in syaa Allah.

    • Betul tu.. Tips no. 1 tu mmg berkesan.. Tp sebelum buat tu mintak kat allah dan… Baca bismillah.. Mmg mujarab alhamdulillah… Sedu dh sembuh..

  2. yes, saya baru sahaja tersedu, dalam bulan puasa pulak ni, tapi Alhamdulillah, pertua/tips sangat mujarab, terima kasih.

  3. Salam bang dari mana dapat petua ni??terima kasih bang alhamdulillah petua no 1 sangat berkesan,sy try kesemua kecuali bernafas guna plastik tu,tapi alhamdulillah dah 2 hari stp malam sy asyik sedu je,start mlm
    Je sedu smpai 4jam tnpa henti,setiap penyakit insha Allah pasti ada ubatnya,yg pntg tawakal dan berdoa padaNYA agar segala penyakit dpt disembuhkan

  4. alhamdulillah bernafas dlm bag plastik tak sampai 1 minit dah ok..boleh tulis komen ni.Tq Allah. Tq dr.

    • alhamdulillah, petua no 1 boleh hilangkan sedu..duduk dalam keadaan badan tegap dan tahan nafas 10-15 saat..petua lain belum cuba lagi.lain orang lain ubatnya.apapun terima kasih byk2 atas kongsi ilmu. hanya orang yg pernah kena sedu tahu kesannya tk boleh nk tidur.

Komen jangan tak komen yerr, nanti saya bagi hadiah d^^,b