TIPS SEBELUM ANDA MENGHANTAR LAPTO/PC ANDA UNTUK DIPERBAIKI

DarkAzs: Terjumpa artikel ni kat MalaysiaRia, best untuk di share, slamat membaca d^^,b

Tips penting yg perlu anda lakukan sblm mnghantar komputer or laptop untuk dibaiki. Ini untuk mengelakkan anda ditipu oleh tuan empunya kedai.huhu..

1.RAM

Sekiranya laptop or PC anda problem disebabkan ram, KIPAS pada laptop anda akan

berhenti selps 5saat ia bergerak dan no display pada laptop/pc anda

check RAM anda dalam keadaan baik ataupn tidak longgar.

sekiranya RAM dalam keadaan yg baik kluarkan RAM dan RESET RAM anda dgn cara

PADAM  chip

RAM anda dgn pemadam,

  TUKAR port RAM anda pada port yg lain

2.Diagnostic

-lakukan diagnostic system pada laptop or pc.

-Kebanyakkan laptop mempunyai diagnostic system pada bios setup.

-Diagnostic system akan cuba untuk mengesan masalah PC.

-diagnostic system penting untuk MENENTUKAN HARDISK or WINDOW PROBLEM

3.Motherboard

-Kebanyakkan Komputer/laptop M/B hanya lah dari jenama ACER,ASUS dan COMPAQ.

-Kebanyakkan laptop yg mempunyai mslah M/B yg menggnakan AMD processor+NVIDIA CARD

(antaranya ialah CQ40 compaq) oleh itu elakkan membeli CQ40 ataupn laptop/pc yg

mngabungkanAMD+NVIDIA GP CARD kerana mslh M/B akan berulang kali trjadi mmrlukan RM400+ setiap kali

mmbaikinya.

-Sekiranya anda memakai laptop CQ40 jika laptop mempunyai mslh M/B akan ada 2 lampu yg

berkelip2 pada CAPSLOCK n DELETE

4,FILE2 IMPORTANT and PERIBADI

-Jika ada file2 yg penting yg anda hendaki pada laptop anda sila la backup dulu kat dalam ex. HD anda

or PNDRIVE anda sblm anda antar g baiki. KEDAI komputer akan sllu mngatakan VIRUS TELAH

ATcK FILE2 pnting anda.(PADAHAL DIORANG LUPA NK TNYA PERLU BACKUP FILE KE X)

-Jika Ada FILE2 PERIBADI or GAMBA2 AWEK ANDA YG seksi2 ke..huhu DELETE la FILE tu.KLU

WINDOW corrupt guna la HIREN untuk DELETE or SiMPAN file tu ada ex. HD or pendrive anda.

Selalunya setiap kedai komputer akan MENYIMPAN KOLEKSI GAMBA2 SEKSI AWEK2 anda

sebagi KOLEKSI BERHARGA mereka. hahhaha

5.JANGAN CONFIRM REPAIR SBLUM PASTI MSLAH LAPTOP/PC ANDA[/font]

-Minta pihak kedai Menyatakan mslah laptop/pc anda SETELAH di CHECK

-Setiap kali anda mngahntar laptop/anda untuk dibaiki.. engnr kdai akan mberi kemungkinan

kompenan yg rosak pada laptop anda. Jangan sesekali anda menyatakan CONFIRM REPAIR pada

kompenan yg disyaki rosak itu..

-Selalunya terjadi pada SUSPECt MOTHERBOARD problem. Kerosakan hanya lah RAM kedai akan

mengenekan CAS apa yg anda sudah confirm untuk repair. Bayangkan M/B repair RM400++ dgn

hanya MEMADAM CHIP RAM ANDA KEDAI TELAH MNGENEKAN charge RM400++..

Hmmm aku tulis nie dari pngalaman aku bekerja kat kedai KOMPUTER. dekat 15 bijik laptop yg aku hnya PADAM dia menggunakan PEMADAM RUBBER TOKEH aku CHARGe rm480. kadang2 kesian gak aku tgok custumer yg KAYA AKAN LAGI KAYA YG MISKIN AKAN MAKIN MISKIN, oleh itu elakkan ditipu.. rojerett

 

Krdt to Intel® Core™ i7 Processor4.80GHz at MalaysiaRia

Advertisements

Dadah Baru Pink Pop Rock

Walaupun anda tiada anak yang bersekolah tapi sebarkanlah dikalangan rakan-rakan anda bahawa terdapat sejenis dadah baru telah sampai ke sekolah.

Ia di gelar ‘Quick Strawbery’ atau ‘Strawbery Meth’, yang boleh membawa maut.

Ia kelihatan seperti batu-batu kristal pop strawberi yang biasanya di kulom oleh kekanak dan baunya pun seperti strawberi.

Pastikan anak anda tidak menerima gula-gula yang menarik ini atau ia mungkin akan dikejarkan ke hospital dalam keadaan yang amat mengerikan.

+++++++++++++

Warn your children and pass info to friends! Please pass this on even if you do not have kids in school. Parents should know about this killer drug.

This is a new drug known as ‘strawberry quick ‘.

There is a very scary thing going on in the schools right now that we all need to be aware of.

There is a type of crystal meth going around that looks like strawberry pop rocks (the candy that sizzles and ‘pops’ in your mouth). It also smells like strawberry and it is being handed out to kids in school yards. They are calling it strawberry meth or strawberry quick.

Kids are ingesting this thinking that it is candy and being rushed off to the hospital in dire condition. It also comes in chocolate, peanut butter, cola, cherry, grape and orange.

Please instruct your children not to accept candy from strangers and even not to accept candy that looks like this from a friend (who may have been given it and believed it is candy) and to take any that they may have to a teacher, principal, etc. immediately.

Kindly pass this email on to as many people as you can (even if they don’t have kids) so that we can raise awareness and hopefully prevent any tragedies from occurring.

kredit: Prof Dato’ Dr Raymond Azman Ali DJN (P Pinang), DPNS

MBBS Hons (Monash), MMed (S’pore), MMed (M’sia), MD (Monash), FAMM, FRCP

(Glasg)

Deputy Dean (Graduate Studies and International Relations)

Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Hubungan Antarabangsa)

Senior Consultant Neurologist

Pakar Perunding Kanan Neurologi

Medical Faculty

Fakulti Perubatan

UKM Medical Centre

Pusat Perubatan UKM – kredit

Penyakit PELIK Muda Mudi

Kalau kita keluar bersiar-bersiar di ibu kota , pastinya kita tidak akan terlepas dari melihat ragam anak-anak belasan tahun. Di sini ada di senaraikan antara penyakit unik yang berbahaya pada anak-anak remaja sebagai panduan untuk kita semua agar menjauhinya.

1) Penyakit Cintan-Cintun

Memang sudah lumrah, apabila kita meningkat remaja.perasaan cinta itu ada dalam diri . Tapi cinta itu satu perkara suci, cantiknya cinta itu kalau kita pelihara. Ini tidak , kita bercinta dengan pasangan kita macam comfirm je nak kahwin. Lepas itu siap ada anniversary. Kan indah kalau kita simpan semua itu untuk cinta kita yang sebenar. Lagi best,Kalau kita bercinta dengan Allah.

2) Penyakit Attention Seeker

Penyakit attention seeker ini penyakit yang parah. Ibu bapa mestilah pantau anak-anak sekiranya mereka ada penyakit ini. Remaja yang mengalami attention seeker ini selalu mahukan perhatian dari orang sekeliling . Ingatlah, Allah itu ada. Allah itu sentiasa sayang kita , sentiasa bagi attention kat kita.

3) Penyakit Berlagak Seperti Ada di Bumi New York

Remaja seperti ini suka bersosial sehingga melampau-lampau batasnya. Auratnya pula MasyaAllah tidak terkata. Kemudian mereka menyambut perayaan seperti orang-orang New York dan mula copy-paste artis-artis Hollywood kegemaran mereka. Ya Allah ,dekat syurga sana lagi super awesome dari New york ke Paris ke Hawaii dan sebagainya. Bidadara bidadari kat syurga tu pun lagi Fantastic dari artis-artis Hollywood.

4) Penyakit Gangster

Remaja seperti ini paling senang nak kenal. Suka mencarut , tidak hormat orang, suka bergaduh, suka tunjuk samseng , suka merempit dan sebagainya seperti yang ditunjukkan dalam drama-drama melayu sekarang seperti KL Gangster,Bohsia dan sebagainya. Sebenarnya remaja ini jenis remaja yang berguna sekiranya kita bawa dia ke jalan yang benar. Yela,mereka kan kuat, semangat kental. Mana tau, Kalau ada iman teguh dalam diri dan dicampur pula dengan kekuatan mereka, Bolehlah kot kita hantar mereka ke Palestin ke , atau pun biar  mereka berjihad untuk islam sehinggakan tak lama lagi wujud sebuah filem Melayu bertajuk KL MUJAHID.

5) Penyakit Nak Tunjuk Up-To-Date Dan Mahu Glamour

Remaja seperti ini kadang-kadang mereka ini tahu tentang agama tapi mereka buat-buat tak tahu atau malas nak ambil tahu. Remaja seperti mereka ini jenis tak suka duduk rumah . Mereka ini akan melebih-lebih dalam join aktiviti-aktiviti yang terbaru seperti tarian dan sebagainya. Mereka ini juga jenis yang suka melepak di pusat membeli-belah seperti Pavilion,Sungei Wang,KLCC dan sebagainya. Kemudian mereka bangga sekiranya orang lain tahu mengenai diri mereka dan aktiviti-aktiviti sosial mereka. Alahai, ingatlah seglamour mana pun orang tu, nanti mati pakai juga kain kapan yang harga dia RM2.50 semeter yang sama. Kita ni sebenarnya sama je, Hamba Allah. Baiklah kita jadi hamba Allah  yang up-to-date.Lagi terror!

6) Penyakit Terkena Kejutan Budaya

Remaja seperti ini paling mudah untuk dikenali . Remaja seperti ini sebenarnya adalah seorang yang baik dan sopan kemudian tiba-tiba bertukar menjadi ‘nakal’  disebabkan faktor keadaan,kawan dan lain-lain.Cuba fikir balik dik,kalaulah setiap minggu kita bertukar dari menjadi muslim kepada menjadi muslim yang baik kemudian muslim yang super baik dan seterusnya.Mesti Allah akan sayang kita sangat-sangat.

7) Penyakit I Forgot Lah Pasal ISLAM.

Remaja seperti ini adalah paling kasihan sekali.Mereka ini suka berparty, bersosial , pergi ke kelab-kelab malam, minum minuman alkohol, bergelumang dengan maksiat, tidak solat, lupa cara mandi wajib, pergaulan sangat bebas dan sebagainya.Ya Allah , cuba bayangkan kalau mak,ayah,atuk,nenek,bakal anak cucu cicit kita tengok kita. Malu tak?? Inikan pula Allah,sudahlah Allah yang cipta kita, beri kita macam-macam , kita pula boleh pula lupa pasal islam dan Allah.

Cukup la ini sahaja senarai penyakit uni anak-anak muda yang dapat saya ceritakan.Seorang ustaz pernah beritahu saya,solat tu adalah benda paling penting dalam hidup kita sebab I untuk isyak, S untuk subuh, L untuk lohor(zohor), A untuk Asar, dan M pula untuk Maghrib dan barulah kita Islam sebenar.

Allah itu sentiasa ada untuk kita. Nak berdoa,nak mengadu masalah , nak memohon sesuatu..Allah itu Maha mendengar . Jadi untuk para remaja , zaman muda kita ni bukanlah zaman kita nak hidup jahiliyah tapi inilah masanya untuk kita start jadi hamba Allah yang paling awesome,super power,incredible,fantastic dan sebagainya.

Semoga kita dapat menjadi Islam yang sejati!!

Ameen.

 

Krdt to Anilin at MalaysiaRia

Mengapa Air Hujan Buat Kita Demam?

Mengapa Air Hujan Buat Kita Demam

Sekarang sudah masuk musim hujan dan ramai juga yang mudah terkena demam jika terkena air hujan. Ketika kita kanak-kanak emak selalu pesan " jangan main hujan nanti demam!" jerit si emak hingga kedengaran sampai kehujung rumah jiran sebelah.

Kenapa ya kalau terkena hujan kita akan demam? Sebenarnya apa yang membuat kita demam adalah kerana perbezaan suhu pada tubuh kita. Apabila kita terkena hujan, biasanya bahagian kepala yang  kebasahan ia akan menjadi lebih dingin berbanding bahagian tubuh yang lain. Sebab itu kadang kala kita akan rasa pening apabila terkena hujan.

Namum jika seluruh badan kita yang terkena hujan, tidak mengapa pula, kita tak akan demam.

Ini kerana tubuh kita menpunyai suhu yang sama. Tambahan pula jika kita bermain dalam hujan, tubuh kita akan menjadi panas. Dengan itu badan kita yang panas boleh menahan suhu sejuk yang disebabkan air hujan.

Jika kita terkena air hujan, maka kita harus mandi, lebih bagus jika dapat mandi dengan air panas, agar suhu kita menjadi stabil. Tekanan udara yang rendah seperti hujan, mendung dan kelembapan tinggi adalah punca menyebabkan kanak-kanak mudah terkena demam.

 

Krdt to IdaSyuhada at MalaysiaRia

Foto Pra-Perkahwinan Pasangan Islam Haram?

Foto pra-perkahwinan pasangan Islam haram

Perkahwinan dalam Islam adalah sesuatu yang suci dan dikira suatu ibadat dan juga sunnah nabi. Jangan pula dalam kita asyik dan seronok untuk melangkah ke alam perkahwinan, kita jadi alpa dan menjadikan ia suatu dosa. Menjadi trend masa kini setiap pasangan yang ingin berkahwin mengambil gambar pra perkahwinan untuk diletakan didalam kad jemputan. Mungkin ada fikir ianya tidak mengapa, kelak si dia akan menjadi milik kita.

Tetapi kita lupa yang agama telah menbataskan pergaulan antara lelaki dan perempuan sebelum berkahwin, jadi mengapa kita mahu cemarkannya dengan amalan orang barat. Sedangkan secara terangan kita telah ditegah. Jangan terlalu mengikut budaya asing yang terlalu bebas cara hidup artis kerana kita ada batas dan harus diingat perkahwinan adalah suci dan tidak seharusnya dicemari dengan budaya sebegini.

JAKARTA 28 Nov. – Foto pra-perkahwinan pasangan pengantin baru Islam yang merakamkan aksi intim sebelum majlis akad nikah, dikategorikan sebagai budaya haram di sisi Islam.

Kelaziman bakal pengantin beragama Islam merakamkan foto secara intim termasuk berpelukan dan berbaring di atas katil sebelum sah bergelar suami isteri daripada segi hukum adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Sehubungan itu, Institut Kebudayaan Melayu Jambi mengeluarkan kenyataan bahawa budaya berkenaan harus dicegah seiring dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) berhubung isu yang sama.

Menurut pengerusi bahagian kajian dan pembangunan institut berkenaan, Djunaidi T. Noer, amalan merakamkan foto pra-perkahwinan bukanlah budaya masyarakat Jambi dan tersasar daripada hukum Syariah.

"Kami menyeru agar semua pasangan yang bertunang dan pengantin beragama Islam supaya tidak merakamkan foto pra-perkahwinan seperti berpeluk, berbaring antara satu sama lain di katil dan sebagainya. Ia merupakan haram," tegas Djunaidi seperti dilaporkan akhbar The Jakarta Post, hari ini.

Bagaimanapun, beliau memberitahu bahawa pengambilan foto pra-perkahwinan tanpa aksi-aksi intim tidak menjadi masalah.

"Yang menjadi isu ialah sentuhan antara lelaki dan wanita yang belum berkahwin adalah haram kerana pasangan itu bukan muhrim kerana mereka belum sah dinikahkah," jelasnya. – Utusan

Krdt to IdaSyuhada at MalaysiaRia.com

Solat Selepas Haid : Perkara Yang DiPandang Ringan

Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM.

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini… Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam…kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ …yang betul-betul pakar dalam bab ‘Orang-orang Perempuan ini’ kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak…

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada’kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa…itu soalan mudah jee..bila ‘datang period’ maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula ‘bergelar wanita’ dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa… Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama’ terdahulu..

Dalam BAB TIGA :

" Fi adab Mua’sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah…" perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya’ sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya’. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?

– Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?

– Kerana di dalam hukum menjama’ (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama’ dan diqosarkan bersama solat Zohor.

– Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya’ sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya’.

-Solat Isya’ juga boleh dijama’ (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.

-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya’ Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu ‘Fiqhul Nisa’ ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

 

Krdt to IdaSyuhada at Malaysiaria.com

Betul Ke Holy Water Memurtadkan Muslim Malaysia?

Suatu artikel yang sangat baik berkenaan Holy Water di dalam masyarakat Melayu yang ditulis oleh Sdr Firdaus di dalam blog beliau pada 10 Februari 2009  [Link ke blog asal].

Pada hari ini sekiranya ditanya orang-orang melayu di malaysia "apakah itu holy water," nescaya majoriti mereka akan menjawab ianya satu jenis air yang digunakan oleh mubaligh2 kristian untuk memurtadkan orang2 Islam.

Mereka yang meminum atau terminum holy water akan kelu lidah dan tidak boleh mengucapkan 2 kalimah syahadah.

Kisah ini kelihatan seolah2 "mutawatir" kerana ia disebarkan di merata-rata termasuk di internet, sms, dan di masjid2 dan surau2. Ini menyebabkan majoriti masyarakat melayu menganggap ianya benar, sedangkan kisah ini tidak diketahui dari mana sumber asalnya.

Malah terdapat juga email2 yg disebarkan yg mengatakan mineral water berjenama sekian2 mengandungi holy water… ia seolah2 menjadi satu strategi untuk mensabotaj perniagaan orang2 tertentu.

Suatu masa dahulu, saya dan rakan2 selalu ke gereja untuk menghadiri "usrah" agama kristian. Hampir setiap minggu kami ke sana. Kami telah makan dan minum segala yang dihidangkan selagimana pada zahirnya makanan2 tersebut adalah halal.

Namun, kami masih lagi kekal dalam akidah Islam. Kami merasa lebih menghargai keindahan dan’kelogikan’ agama Islam jika dibandingkan dengan agama lain. Malah, kehadiran kami di sana cukup memeningkan kepala pihak mereka yang sedang berusaha dengan cukup gigih untuk mengkristiankan kami.

Mungkin mereka ‘terlupa’ memasukkan holy water dalam makanan dan minuman kami.

Upacara pembaptisan menggunakan holy water

Pada hari ini kita dapat melihat seolah-olah masyarakat kita dididik untuk percaya kepada khabar angin. Kemudian khabar angin itu disebarkan sehingga setiap orang memperkatakan tentang khabar angin tersebut. Lalu, masyarakat menganggapnya seolah-olah "mutawatir" sedangkan khabar itu datang dari hanya satu sumber, atau tidak diketahui dari mana sumbernya.

Ini berlaku dalam pelbagai isu termasuk isu agama, politik, isu semasa, hiburan dan sebagainya.

Sebagai seorang muslim, kita seharusnya mendidik diri kita untuk kritikal terhadap setiap maklumat yang kita terima.

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [al-Hujurat 49:6]

Dalam isu holy water ini, cuba kita berfikir secara kritikal…

1) Adakah Allah tidak adil?

Seseorang hanya boleh murtad hanya kerana terminum holy water, lalu diazab oleh Allah di neraka. Ini bercanggah dengan ajaran Islam. Firman Allah:

Katakanlah: "Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran (Al Qur’an) dari Tuhanmu, sebab itu barangsiapa yang mendapat petunjuk maka sesungguhnya (petunjuk itu) untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang sesat, maka sesungguhnya kesesatannya itu mencelakakan dirinya sendiri. Dan aku bukanlah seorang penjaga terhadap dirimu". (Yunus 10:108)

2) Holy water hanya ada di Malaysia?

Kisah gerakan kristian bagi memurtadkan orang2 Islam dengan menggunakan holy water ini hanya boleh didengari di Malaysia sahaja.

Malaysia bukanlah negara besar. Sekiranya cara ini efektif, mengapa ia tidak digunakan di negara2 lain? Mengapa kisah ini hanya tersebar di sini?

3) Amerika tidak perlu bom Iraq.

Amerika telah membelanjakan bertrillion USD bagi menakluk Iraq dan Afghanistan.

Sepatutnya, mereka tidak perlu melakukan semua itu. Apa yang mereka perlu lakukan hanyalah memasukkan holy water dalam empangan2 di Iraq, lalu semua tentera, rakyat dan pemimpin Iraq memeluk agama kristian. Oleh itu, tentera2 amerika boleh masuk ke dalam Iraq dengan aman.

4) Orang Kristian tidak cerdik

Kisah2 orang yang murtad disebabkan oleh holy water yang tersebar hanyalah berkisar tentang orang2 Islam biasa.

Seharusnya orang2 kristian mensasarkan kepada orang2 Islam yang besar, terutama dari kalangan para ulama. Mungkin mereka hanya perlu memasukkan holy water ke dalam minuman atau makanan Yusuf al-Qaradhawi, Said Ramadhan al-Buti, Wahbah a-Zuhaily, Nik Aziz dsb, kemudian berkata "Tengok… you punye scholars pun dah masuk kristian.. you bila lagi??"

5) Bagaimana pula paderi2 yang memeluk Islam?

Sebagaimana yang kita ketahui, terdapat ramai bekas2 paderi kristian telah memeluk Islam. Mereka telah pun minum bergelen-gelen holy water.

Namun, lidah mereka masih lagi tidak kelu mengucapkan 2 kalimah syahadah. Malah, tidak kurang juga dari kalangan mereka yang telah menjadi pendakwah2 Islam yang hebat!

Banyak lagi kecelaruan dalam kisah holy water ini.

Saya berasa sangat kecewa kerana sehingga hari ini saya masih lagi menerima email2 tentang dakyah holy water ini.

Berhati-hatilah sebelum memforwardkan email yang anda terima. Mungkin niat anda baik. Tapi ingatlah hadis Nabi SAW berikut:

“Cukuplah menjadi satu dosa bagi seseorang yang menceritakan segala yang dia dengari (tanpa mengkaji benar atau tidak)” [Sahih Muslim, 5]

Link ke laman blog asal [LINK].

10 Hak Yang Perlu Dijaga

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.

Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT

Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

the_answer_by_xetobyte-d4nqpmh

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR

Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR

Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)

Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)

Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)

Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibubapa,bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

angel_of_solitude_by_hikashy-d3le072

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)

Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala,bersyukur keatas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW

Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT

Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

 

Krdt to LadyLara at MalaysiaRia.com

Best Weekend Ever d^^,b

Indeed, the best weekend ever coz its convocation week, ohh yeaaahh, wassuppp beloved reader! Every beginning have their own ending, but my beginning was just begun. 15 May which was my convocation day is another phase in my life, other may call it freedom, some call it rewards, and I call it memories. Family coming and celebrate, taking picture, proud inside, feeling appreciated and  creating historical memory together as family.

579562_455161234498178_100000129162969_1892695_1715595082_n

456687_3495567431918_1464708462_o

574930_314171265329659_100002103649360_742251_434432322_n

I’m very happy and grateful that my big bro and my father can attend this special occasion. My mom and my kangkong can’t make it to my convo day but that’s okay, they were always here, in my heart. Still feels I just registered to UiTM yesterday and now I am a graduate. I also very glad that 4 of us make it altogether, I was imagined it before and it become reality. Alhamdulillah, our team’s hard work, commitment, sacrifice, and endless contribution was paid off. To my best friend, Nur Hidayah Mujilan, Stephanie Jaimi, and Ct Noriza M Yatim, thank you for every memories, and for everything, without all of you, I will not be standing here. For all the mistakes that I’ve done, unnecessary anger, and every uncomfortable things that I’ve done, I’m so sorry. Human being will not stop from making mistakes.

550641_4017433039524_1392302329_33603210_1743891494_n

463536_3508063304307_1353542737_33039639_1719904295_o

458998_3495646433893_1353542737_33035589_1154315697_o

UiTM(105677)-B

UiTM(105677)-A

478916_3507655694117_1353542737_33039440_1634658118_oIts so great when seeing other friends already found their dream job, but for those who still searching for it, such as me, keep looking, maybe your “rezeki” is far more better than you expected, insyaAllah. Keep praying and work hard alrite, same reminder for me. After the convo day, the next day was another working day and I was surprise by my boss, kak As. She said, here is your convo present, handed me over a check with RM550 value and a form, I was like, what?

463546_3507816258131_1353542737_33039531_749309663_oShe said that I’ll be attending “Bengkel Pengemaskinian Akta/ PU dan Pengenalan Maklumat Perundangan” which will be held at 21 – 23 Mei in order to enhance my knowledge of law field as a library officer. She also said a lot of government library officer will be attending and only a few from private will come, inside, I was very glad because entrusted by this company to enhance knowledge. So yesterday I was going to Putrajaya to located the place event which is at Dewan Tan Sri Abdul Kadir Yusuf at Jabatan Peguam Negara. Trying to search a fastest route to get there and I found it, so, prepare for this Monday and we’ll be good to go!!

543545_418022371564138_100000691360083_74256999_161446140_n

Last but not least, I’m taking this opportunity to wish every teacher and lecturer in this world especially my mom-like-teacher, Cikgu Fong, who was always taking care of us, educate us and light up our world since primary school, and to all of the teachers in Smk St Michael, Smk Muhibbah, and all lecturer in UiTM Puncak Perdana Fakulti Pengurusan Maklumat, happy teachers day and thank you for everything, without you, I will not standing here now.