Memories Part 2

Hihihi, sebenarnya minggu(14/3/13) lalu saye balik Sabah, iyoo lee rindu dan bimbang keselamatan famili tercinta dan jugak tunang yg dirindui di Sandakan tu. Memey le kene balik, and its another important date in my life timeline. Duit dah cukup, so, proceed to majlis berian pada 16/3/13, yg tu kitorang buat simple je, just antara keluarga dan saudara mara sahaja, so tak banyak amek gambo. Tujuan majlis untuk penyerahan duit hantaran RM10k dan jugak penetapan tarikh kahwin, alhamdulillah tarikh dah pun ditetapkan, 1 Jun 2013, itu ialah tarikh perkahwinan kami yg akan berlangsung secara sederhana di Sandakan jugak.

16032013536 16032013537  1603201354016032013541

So sesiapa sahaja yg ternampak post ini, otomatik dijemput hadir pada tarikh tersebut, tempat dan masa akan diberitahu kemudian. Doa kan smoga semuanya berjalan dengan lancar, walaupun majlis kecil kecilan dan sederhana, yang penting majlis akad nikah berlangsung dengan sempurna, dan sah menjadi suami isteri, itu yg penting. Err terus terang agak bdebar jugak, bukan sebab takot dengan pak imam, yg part aku terima nikahnya tu. Cuma hal perkahwinan ni bukan sesuatu yg main2, perkahwinan antara dua orang insan sama dengan perkahwinan dua buah keluarga. Harus baik antara keduanya, dan yg paling penting tu, tanggungjawab, addduhhh bab ni paling berat, so peringatan tuk saya dan semua lelaki di luar sana, praktis yg baik utk menjadi seseorang yg bertanggungjawab, ialah menjaga solat. Laksanakan tanggungjawab thadap Allah swt, in shaa Allah semuanya pasti baek2 sahaja.

P/s: My Kangkong tia suru letak gmbrnya dalam ni, nnti dia marah 🙂

Komen jangan tak komen yerr, nanti saya bagi hadiah d^^,b