Hospital di India upah kaki pukul kawal keselamatan

    DUA kaki pukul beruniform berkawal di hadapan pintu masuk ke wad di Hospital Deen Dayal Upadhyay di New Delhi pada 21 Ogos lalu.

    NEW DELHI – Sebuah hospital di India mengupah sejumlah kaki pukul bagi mengelakkan kakitangannya daripada menjadi mangsa keganasan di tempat kerja.

    Seorang kaki pukul berkenaan, Pradeep Kumar dan lebih 20 rakan sekerjanya bertugas mengawal wad kecemasan dan bersalin Hospital Deen Dayal Upadhyay (DDU) di sini.

    Mereka akan memastikan saudara-mara dan rakan pesakit tidak memenuhi dan mengganggu ketenteraman di kedua-dua wad berkenaan.

    "Orang ramai yang datang bersama pesakit yang mengalami trauma atau wanita mengandung mudah hilang sabar," kata Pradeep.

    "Sebab itu, kami hanya membenarkan seorang pelawat untuk seorang pesakit di wad kecemasan," tambahnya.

    Kumpulan kaki pukul itu melayan pelawat ke wad berkenaan dengan sopan tetapi wajah garang dan tubuh sasa mereka membuatkan orang ramai berfikir dua kali untuk tidak menghiraukan arahan lelaki-lelaki berkenaan.

    "Mereka kelihatan ganas seperti watak dalam filem aksi," kata seorang bapa, Pawan Desai semasa membawa anak perempuannya yang berusia empat tahun ke DDU bagi merawat luka pada tangannya.

    Pekerja hospital di India berdepan risiko bahaya dengan beribu-ribu serangan berlaku pada setiap tahun.

    Kebanyakan serangan itu ekoran rasa tidak puas hati saudara-mara dan rakan pesakit.

    Pada April lalu, beberapa rakan seorang pesakit di wad kecemasan DDU menumbuk muka seorang doktor dan mematahkan hidungnya sebelum mengamuk dengan bersenjatakan beberapa kayu hoki.

    Mereka menghayunkan senjata itu terhadap staf perubatan dan memecahkan sejumlah tingkap, lampu dan perabut hospital berkenaan. – Agensi

     

    Krdt to El-banjarie at MalaysiaRia

Servis Sidek Yang Pernah Di Haramkan

Pada penghujung dekad 1970-an ‘lahir’nya beberapa bintang sukan muda yang dikenali sebagai anak-anak Sidek atau adik beradik Sidek. Misbun Sidek, Razif Sidek dan Jalani Sidek mencipta nama dalam arena sukan badminton Malaysia dalam masa yang begitu cepat. Banyak kejuaraan yang mereka menang di dalam negara ketika itu hingga layak dipilih mewakili negara ke pertandingan badminton peringkat antarabangsa dalam usia yang masih remaja.


Adik beradik Sidek menjadi terkenal serta merta dalam arena badminton antarabangsa setelah mereka memperkenalkan teknik servis (pukulan bulu tangkis) yang luar biasa, yang tidak pernah terfikir boleh dilakukan oleh mana-mana pemain badminton di dunia. Teknik servis tersebut kini dikenali sebagai Servis Sidek.

Cara melakukan Servis Sidek ialah dengan sebelah tangan memegang kepala bulu tangkis ke arah atas, manakala bahagian bulunya pula menghala ke arah permukaan gelanggang. Sebelah tangan lagi yang memegang raket perlu berada dalam kedudukan untuk membuat pukulan backhand (memukul bulu tangkis dengan tolakan pergelangan tangan, dan bukannya dengan hayunan keseluruhan tangan). Setelah berada dalam kedudukan tersebut, servis akan dilakukan dengan tolakan raket ke arah bahagian bulu. Bulu tangkis yang dipukul sebegitu akan berpusing-pusing melayang ke arah gelanggang lawan. Servis Sidek dianggap menyukarkan pihak lawan untuk membalas pukulan kerana pihak lawan perlu betul-betul pasti bilakah kepala bulu tangkis yang berpusing-pusing itu akan menghadap ke arah mereka sebelum ia boleh dipukul kembali, kerana pukulan balas yang salah pada bahagian bulu akan menyebabkan hantaran yang tidak sempurna malah boleh menyebabkan bulu tangkis melekat pada jaringan raket pihak lawan.

Penggunaan Servis Sidek mendapat banyak bantahan dalam arena badminton antarabangsa ketika itu, tetapi bukanlah kerana ia memberi kelebihan kepada adik beradik Sidek semata-mata. Servis Sidek sebenarnya boleh digunakan oleh semua pemain badminton di seluruh dunia untuk kelebihan mereka sendiri, malah adik beradik Sidek sendiri juga tidak terlepas daripada menjadi ‘mangsa’ teknik servis ciptaan mereka itu. Kontroversi teknik pukulan bulu tangkis yang luar biasa itu memaksa Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) mengambil keputusan untuk mengharamkan penggunaan Servis Sidek pada 1980. Oleh kerana terdapat perbezaan pendapat di mana beberapa buah negara selain Malaysia telah menyokong penggunaan Servis Sidek, maka pengharaman itu dibatalkan setahun kemudian.

Pada 29 Mac 1982, pasangan beregu Razif (19 tahun) dan Jalani (18 tahun) mencipta sejarah dengan memenangi pertandingan badminton berprestij All England yang sudah lama tidak dimenangi oleh Malaysia. Sejurus selepas itu IBF mengambil keputusan untuk mengharamkan terus Servis Sidek daripada digunakan dalam semua pertandingan badminton di seluruh dunia dengan alasan bahawa bulu tangkis dicipta untuk dipukul pada bahagian kepalanya dan bukan bulunya. Walaupun begitu, kejayaan adik beradik Sidek menjuarai satu demi satu pertandingan badminton antarabangsa selepas itu membuktikan kehandalan semulajadi mereka dalam sukan ini. Sekiranya Servis Sidek tidak diharamkan dulu, mungkinkah telah tercipta pula teknik pukulan balas yang tidak kurang hebatnya?

 

Krdt to Dayak at MalaysiaRia

5 KATA PERANGSANG UNTUK MEREKA YANG BELUM DITEMUKAN JODOHNYA.

JIKA sehingga kini ini anda belum mendapatkan jodoh sementara teman-teman sebaya anda sudah berkahwin dan mempunyai anak sementara umur terus bertambah jika anda mengalami perkara seperti ini sebaiknya anda jangan panik dan bingung. Jom baca 5 kata-kata perangsang untuk mereka yang belum dapat jodoh ini :

1. Anda bukan orang terakhir : Anda keluar rumah dan melihat seolah semua orang sudah mencari pasangan mereka. Anda pun merasa menjadi orang bujang terakhir yang tinggal di bumi. apapun, hal itu tidak benar. Percayalah, ada seseorang yang sangat istimewa yang kelak akan mendapatkan anda.

2. Jangan tertekan : Memang mengucapkan sesuatu lebih mudah daripada melakukannya. Namun membiarkan diri untuk tertekan jelas tidak akan mengubah keadaan. Jadi, pastikan anda selalu berfikiran positif mengenai masa depan anda.

3. Jangan putus asa : Hari istimewa anda akan datang, meskipun tidak tahu bila-bila hal itu akan terjadi. Jadi sambil menunggu waktu itu, jangan membiarkan diri larut dalam keputusasaan. Sebaliknya, jalani hidup anda dengan lebih ceria dan memanfaatkan kesempatan yang ada untuk bertemu pasangan.


4 . Jangan lupa, manfaat menjadi orang bujang : Bujang maksudnya anda sendirian dan boleh melakukan banyak perkara yang anda suka tanpa batasan orang lain. Ingat saja berbagai manfaat menjadi bujang, dengan demikian anda akan lebih bersyukur.


5 . Jangan sampai terpaksa menikah : Apakah anda pasti menginginkan kehidupan seperti yang anda lihat? Sebab tidak semua yang nampak baik dari luar sama seperti yang terjadi di dalam. Berkahwin bukan hal mudah, jadi jangan sampai terpaksa melakukannya hanya kerana anda tertekan dengan status bujang anda.


Sekarang tarik nafas panjang dan fikirkan dengan baik penjelasan di atas. Semoga anda tidak lagi merasa buruk sangka dengan keadaan yang sekarang

Nota : Semuanya diatas ketentuan dan kehendakNYA jua, apapun jua kita perlu juga berusaha dan beriktiar jangan sekadar menyerah bulat-bulat pada takdir semata-mata.

 

Krdt to Dayak at MalaysiaRia

PERBEZAAN DIANTARA MATA LELAKI DAN WANITA.

Lelaki dan wanita memang sama-sama berminat dalam hal-hal yang visual. Menurut buku Why Men DoAlign Leftn’t Listen and Women Can’t Read Maps karangan Allan dan Barbara Pearce, ada beberapa perbezaan antara mata perempuan dengan mata lelaki. Ini berkaitan dengan biologi dan kebiasaan yang diwarisi sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Apakah perbezaannya?

1. Pandangan perempuan lebih melebar, pandangan lelaki lebih tajam

Lelaki selalu sangat terserempak dan terus melirik gadis lain yang lalu di hadapan dan disebelahnya. Padahal, perempuan juga sering juga mengagumi lelaki handsome yang kebetulan melintas. Bezanya, perempuan  tidak perlu menoleh kerana liputan pandangan perempuan lebih daripada 180 darjah. Ini kerana mata perempuan mempunyai lebih banyak sel jenis kon dalam retinanya.

Mata lelaki ukurannya lebih besar dari mata perempuan dan otak menyusunnya seperti sebuah terowong. Maksudnya, lelaki boleh melihat lebih jelas, lebih fokus, dan lebih jauh berbanding perempuan. Mata orang lelaki seumpama teropong sahaja.

2. Lelaki lebih cepat melihat di dalam gelap.

Ketika malam hari lebih baik jangan serahkan tugas mengintip pada orang perempuan. ( bagi sesuatu perkerjaan atau tugasan yang bersangkutan dengannya ) Disebabkan, ternyata orang lelaki memang lebih mahir melihat di dalam gelap berbanding orang perempuan. Selain itu, lelaki juga mempunyai kemampuan istimewa yang lebih baik di dalam otak kanannya.

Sebaliknya, perempuan biasanya kesukaran melihat jarak jauh di dalam kegelapan. Kemampuan ruang yang terhad juga membuatkan sebahagian besar perempuan sukar untuk menentukan arah laju kenderaan lain di malam hari.

3. Mata orang perempuan boleh melihat lebih banyak

Sejak beribu-ribu tahun yang lalu, otak lelaki dipersiapkan untuk memburu. Lelaki harus boleh melihat banyak hal dalam kawasan yang sempit. Otak lelaki secara automatik menyempitkan penglihatan supaya boleh menumpukan perhatian pada satu hal yang khusus, misalnya binatang buruan.

Pada perempuan tidak seperti ini. Sebagai jenis yang terbiasa bertugas melindungi sarang atau tempat tinggal, otak orang perempuan pun diprogramkan untuk memproses semua maklumat visual yang masuk di lingkungan yang lebih luas.

Perkara ini lebih memudahkan bagi orang perempuan bagi mencari barang hilang berbanding lelaki, kerana otaknya boleh memproses lebih banyak "imej" dalam satu-satu masa berbanding lelaki.

nota : Pendek kata mata lelaki dan perempuan ada kelebihan dan kelemahnya yang tertentu jika mengikut kajian daripada buku tersebut 🙂

Wassalam, Wa’allahhualam

 

Krdt to Dayak at MalaysiaRia

18 Kata-Kata Ringkas Tapi Mempunyai Makna Yang Mendalam

Sewaktu kita kecil, ramai di antara kita gemar berkata, “Kata-kata kamu tidak akan mengapakan aku” atau “Eleh, setakat ejekan atau kata-kata begitu pada aku, tidak langsung buat aku rasa apa-apa, lainlah kalau aku dibaling kayu atau batu”, atau “Mereka katalah apapun, aku tetap biasa saja”.

Jelasnya, ianya tidak memakan masa yang lama untuk kita menyedari bahawa kata-kata itu memberi kesan yang mendalam lebih dari yang kita sangkakan. Ianya mempengaruhi pemikiran, perasaan, tindakan dan keadaan minda kita. Malah kata-kata yang ringkas pun sering membawa maksud yang besar.

Cuba fikirkannya. Sama ada anda mahukan kerja idaman anda, memperbaiki persahabatan anda, menyelamatkan perkahwinan anda atau mengikat pekerja-pekerja anda, kata-kata yang anda pilih untuk dikatakan boleh memberi seribu perbezaan. Kata-kata ringkas, yang sering kita ambil ringan, mempunyai kuasa untuk melukakan atau menyembuh, untuk memberi inspirasi atau melemahkan, untuk membantu atau menyekat.

Di bawah adalah 18 contoh kata-kata kecil yang membawa maksud yang besar dalam cara yang amat positif.

1. Terima kasih.


Oleh kerana setiap dari kita ini mahu berasa diri dihargai, kata-kata penghargaan akan membuatkan hati rasa hidup dan dihargai. Perkataan seperti – Terima kasih, saya menghargai diri awak, saya rasa berterima kasih pada awak – kata-kata ini adalah makanan kepada jiwa.

2. Saya maafkan awak.


Kita semua melakukan kesilapan dalam hidup. Tanpa disedari atau tanpa niat, kita mungkin melukakan hati kawan-kawan, anak-anak, rakan sekerja dan orang lain. Kata-kata kemaafan menyembuhkan luka di hati dengan membuang beban rasa bersalah yang melumpuhkan diri.

3. Saya sayangkan awak.


Barangkali mungkin pernyataan yang terbesar dalam kalangan yang lain, tiada bandingan untuk: “Saya sayangkan awak”. Kata-kata ini membongkar pemberian Ilahi yang paling fitrah, paling murni, paling suci terhadap manusia: kasih sayang. Hanya satu perkara sahaja yang boleh mengatasi kata-kata “Saya sayangkan awak”, iaitu dengan menunjukkan kasih sayang melalui perbuatan.

4. Saya sudah salah.


Beberapa kata-kata mempunyai kuasa untuk menyalakan sinar kemaafan, seperti pengakuan berani dan tidak mementingkan diri sendiri terhadap kesalahan diri. Apabila kita terluka, kita tahu bahawasa perkara yang telah lepas tidak boleh lagi diubah; namun pengakuan diri terhadap segala keperitan yang telah terjadi kerananya menjadi titik tolak ke arah masa depan yang lebih baik.

5. Awak cantik.


Apabila kita terasa diri tidak cantik, hodoh luaran atau dalaman, ianya amat bermakna apabila kita mendengar masih ada orang yang menganggap kita cantik.


6. Tak apa.


Apabila kita risau, terluka, runsing atau takut, kata-kata sokongan ini membantu membawa ketenangan kepada fikiran. Jika anda pernah menangis dalam dakapan rakan atau kawan anda, anda pasti tahu betapa rasanya untuk ada seseorang yang menyatakan pada anda bahawa segalanya pasti akan jadi baik.

7. Saya faham.


Sudah menjadi fitrah manusia untuk cuba memahami, maka tiadalah yang lebih mengecewakan daripada rasa diri disalah faham. Dalam masa kita terasa keseorangan, disalah fahami atau terasing dalam pendapat diri; seorang sahabat yang memahami adalah sangat-sangat dihargai. Kita tidak semestinya memerlukan orang lain untuk bersetuju dengan pandangan kita, tetapi kita perlu seseorang yang boleh mengatakan, “Saya faham. Saya mula nampak apa yang awak katakan. Saya faham maksud awak.”

8. Awak selamat.


Apabila kita terasa lemah dan takut, kata-kata ini mempunyai kuasa untuk mengembalikan rasa selamat dan perlindungan yang kita perlukan. Ketakutan boleh jadi penyakit pada minda, tetapi kata-kata selamat ini adalah sebahagian daripada penawarnya.

9. Saya mengagumi awak.

Adanya orang yang memandang tinggi pada anda, berfikir tingginya anda, atau terispirasi untuk menurut jejak langkah anda adalah sesuatu yang sangat memberi motivasi. Kata-kata kekaguman adalah memberi semangat, kerana ianya memberi rasa diri kita penting dengan mengingatkan kita bahawa kita memberi kesan kepada yang lain.

10. Saya sokong awak.

Apabila membuat keputusan yang sukar, yang mungkin atau mungkin tidak yang terbaik, ianya sangat bermakna untuk tahu bahawa ada orang bersama anda walau apa pun. Kenyataan seperti, “Saya bersama awak” dan “Saya sokong awak” memberi kita perangsang untuk bergerak ke depan dengan lebih berani.

11. Awak boleh lakukannya.

Apabila anda terfikir untuk berputus asa atau sedang melawan rasa sangsi pada diri, kata-kata perangsang boleh memberi makna yang cukup bererti pada anda. Macam ada sesuatu berkenaan mengetahui bahawa ada orang lain yang percaya pada anda yang menyuburkan semula kepercayaan pada diri anda yang sepatutnya anda ada.

12. Awaklah orangnya.

Kata-kata ini mengatakan saya pilih awak, awaklah orangnya untuk saya, awak istimewa. Tidak banyak perkara yang mengatasi perasaan yang terbit apabila mengetahui bahawa anda berada dalam kedudukan yang istimewa pada seseorang.

13. Ini semuanya untuk awak.

Kebanyakan hari-hari dalam hidup bukan semuanya kita lakukan untuk diri kita, tetapi kita tidak akan lupa hari-hari yang sememangnya untuk kita. Masa-masa seperti harijadi, perkahwinan dan hari graduasi; kita sangat-sangat merasakan bahawa ianya adalah hari-hari teristimewa buat kita. Ianya sangat mengembirakan untuk mempunyai rakan-rakan yang tidak mementingkan diri yang membenarkan hari-hari istimewa anda untuk menjadi 100% semuanya tentang diri anda.

14. Saya ada di sini untuk awak.

Jika perlu teman untuk menangis, anda tahu betapa berkuasanya kata-kata ini. Ianya mengingatkan kita bahawa kita tidak sendirian, bahawa ada orang untuk membantu kita mengharungi kesakitan, kehilangan, kelukaan dan segala kesukaran hidup. Orang yang nampak seperti hidup mereka berjaya pun memerlukan seseorang yang boleh dipercayai di samping mereka.

15. Kerja yang hebat.

Tahniah. Kerja yang hebat. Kerja yang sempurna. Sama ada kita akui atau tidak, kebanyakan kita seronok dengan pengikirafan dari mereka yang lain terhadap usaha-usaha kita. Kata-kata pengiktirafan dan puju-pujian menggerakkan kita untuk berbuat lebih lagi, berkerja lebih kuat dan memberi rasa harga diri.

16. Saya rindu awak.

Kita tidak mampu untuk sentiasa berada bersama dengan orang-orang yang kita sayangi dan cintai, namun ianya sangat bermakna untuk mengetahui diri kita dirindui semasa ketiadaan kita. Ini adalah satu cara untuk menyatakan, saya sayangkan kehadiran diri awak dan saya tidak mampu lagi menanti saat untuk kita bersama lagi.

17. Awak penting.

Kita semua mahu rasa diri kita penting buat seseorang atau sesuatu selain dari diri kita. Mendengar yang diri kita dihargai oleh orang lain, terutama pada masa anda terasa diri tidak berguna atau tidak penting, adalah sangat istimewa.

18. Maafkan saya.

Apabila hati sakit, permintaan maaf yang ikhlas membuka ruang untuk kemaafan dan berbaik semula. Saya minta maaf, tolonglah maafkan saya, saya mohon kemaafan – semua kata-kata ini menunjukkan pengakuan terhadap kerosakan yang dilakukan dan kemahuan untuk mengurangkan sakitnya.

Semoga anda kata-kata ringkas dengan makna yang besar ini bermanfaat untuk anda. Sepanjang anda meneruskan hari anda, bercakaplah dengan baik dan gunakanlah kata-kata ini, yang mana anda sendiri pun suka untuk mendengarnya. Akhir kata, ingatlah orang tidak tahu bagaimana perasaan kita sehinggalah kita menyatakannya dan jangan anggap mereka tahu. Selamat menjalani hari anda.

 

Krdt to Dayak at MalaysiaRia

Mari kita baca Al Quran

As Salam,.

Sedikit Perkongsian,.

Bukak Web ini, Dan sambil sambil tu boleh la ikuti pembacaan Al Quran di situ,. Selebihnya Usahakanlah pula untuk mendapat guru guru yang boleh memperbetulkan tajwid dan bacaan kita pula seterusnya. Insya Allah,. Biarlah kita kekal sentiasa beramal di dalamnya, Kerana sesiapapun diri kita, selagi bernama muslim, jika tidak mahu membaca Al Quran walau sepatah, malangnya sekali untuk diri kita ini,. Dan ternyata betapa malangnya sekali apabila perjalanan ke akhirat kelak, kita langsung tidak berbekalkan apa apa,..

http://www.quranexplorer.com/quran/



nota : Ilmu ini adalah kepunyaan Allah, tidak perlu meminta izin dari saya untuk berkongsikan kepada teman teman yang laen. Moga sama sama bermanfaat dalam beramal. -Jazakallah-

Takungan 3,000 tahun ditemui di Baitulmuqaddis

    RUANG dalam takungan kuno berusia 3,000 tahun yang ditemui di Baitulmuqaddis.

    BAITULMUQADDIS – Beberapa pakar arkeologi menemui sebuah takungan air kuno di sini yang digunakan oleh jemaah semasa ke kota suci bangsa Yahudi, Temple Mount atau dikenali sebagai Haram Ash-Sharif oleh orang Islam.

    Akhbar MailOnline melaporkan bahawa takungan yang dinamakan cistern itu boleh menyimpan sebanyak 250 kubik meter air.

    Tempat simpanan air itu dipercayai dibina pada era Tempat Ibadat Pertama sekitar 3,000 tahun dahulu.

    Menurut kitab Bangsa Yahudi, Tempat Ibadat Pertama dibina oleh Nabi Sulaiman pada kurun ke-10 sebelum masihi (S.M.) sebelum dimusnahkan 400 tahun kemudian.

    "Penemuan ini menjelaskan bahawa sumber air pada era Tempat Ibadat Pertama bukan sahaja bergantung kepada mata air tempatan tetapi juga takungan awam," kata ketua ahli arkeologi Pihak Berkuasa Alam Semulajadi dan Taman Israel, Tvika Tsuk.

    Menurutnya, tapak Tempat Ibadat Pertama yang dibina oleh Nabi Sulaiman kini berada di bawah Dome of the Rock atau Masjid Kubah Emas di sini. – Agensi

Formula Wanita Terbaik | Algebra Al Khawarizmi

Formula Wanita Terbaik oleh Al Khawarizmi, ahli Matematik Muslim yang memperkenalkan Algebra kepada dunia. Minda yang sentiasa berteka-teki dengan angka, menjadiakan beliau lebih jitu membuat keputusan dan statistik ramalan. Ribuan formula tercipta dari usaha Al Khawarizmi sepanjang tempoh hidupnya. Lalu, disuatu ketika, beliau ditanya tentang cinta. Bagaimanakah cara Mengenal Wanita Terbaik !

Al Khawarizmi sejenak berkira-kira sambil tangannya menulis sesuatu. Ditunjuknya himpunan angka-angka, satu formula yang menjawab semuanya. Formula Wanita Terbaik, Formula Matematik Al Khawarizmi seperti berikut

Jika wanita solehah dan beragama = 1

Jika dia cantik, tambah 0 dibelakang 1 = 10

Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100

Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000

Tetapi jika yang ‘1’ tiada

Maka, tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut

kecuali sekelompok ’0′ belaka..

 

Krdt to Dayak at MalaysiaRia

6 ETIKA BERJABAT TANGAN DENGAN CARA YANG BETUL DAN PROFESIONAL

Berjabat tangan bukan hanya sekadar bentuk kesopanan semasa bertemu dengan seseorang. Berjabat tangan juga merupakan faktor penentu kejayaan semasa di interview pekerjaan, bertemu pelanggan, bertemu dengan teman-teman. Semuanya boleh mencerminkan keterampilan dan sifat diri kita sendiri.

Berjabat tangan dapat membentuk kesan awal yang kuat. Perkara ini juga merupakan sikap formal dalam kehidupan profesional. Agar meninggalkan kesan yang baik dan positif, ikuti tips berjabat tangan secara profesional berikut ini, seperti dilaporkan Sheknows.

1. Berjabat tangan biasanya dilakukan dalam kedudukan berdiri dan berhadapan. Perkara ini bermaksud anda menunjukkan rasa hormat. Jika sedang duduk, berdirilah seketika jika anda berjabat tangan.

2. Jika akan duduk kembali di kerusi, duduklah setelah orang lain mulai duduk.

3. Semasa berjabat tangan, rapatkan jari-jari anda dan eratkan genggaman. Letakkan ibu jari di atas tangan seseorang ketika berjabat tangan anda. Sedangkan jari-jari lain dilekatkan di telapak tangannya, lalu digoyangkan dengan gerakan ke atas dan ke bawah sebanyak dua hingga tiga kali. Jangan terlalu keras dalam menggenggam tangan orang lain, pastikan kedudukan tangan anda berada di kedudukan yang betul dan bersemangat ketika anda berjabat tangan dengan mereka.

4. Semasa berjabat tangan kenalan atau sahabat mata perlu dijaga dan berilah senyuman penuh ikhlas. Elakkan untuk melihat ke arah tangan ketika berjabat tangan. Dengan saling menatap akan menunjukkan rasa percaya pada diri anda.

5. Selama berjabat tangan, anda boleh mengucapkan kalimat-kalimat yang singkat. Seperti ucapan selamat pagi, selamat tengah hari, selamat datang dan sebaginya.

6. Semasa menamatkan pertemuan, jangan lupa untuk kembali berjabat tangan. Perkara ini merupakan tanda perpisahan dengan gaya profesional.

Elakkan gaya berjabat tangan seperti di bawah ini:

1. Lemah dan tangan yang lembab atau basah. Keadaan tersebut dapat memudahkan tangan lepas dari cengkaman. Sebaiknya sebelum anda berjabat tangan, pastikan tangan anda kering.

2. Hanya menggunakan jari-jari saat menggenggam tangan seseorang berjabat tangan anda. Jika melakukan berjabat tangan dengan gaya seperti itu, anda akan dianggap tidak menghormati seseorang berjabat tangan anda dan menimbulkan kesan bahawa anda jijik memegang tangannya atau tidak ikhlas bersalaman.

3. Terlalu berlebihan semasa menggoyangkan tangan seseorang ketika berjabat tangan anda.

4. Berjabat tangan sangat cepat dan hampir tidak menyentuh tangan seseorang ketika berjabat tangan anda.

Berjabat tangan bermaksud menghulurkan dan menyambut tangan orang lain tanda hubungan silaturahim antara mereka, perlakuan itu meliputi lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan atau sebaliknya.

Perlu di tegaskan menurut Islam, hukum berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya adalah haram. Siti Aisyah r.a ada berkata: “…demi Allah, tidak pernah Rasulullah s.a.w menyentuh tangan seorang perempuan lain yang bukan mahramnya, hanya baginda membai’ah mereka dengan percakapan.” (Riwayat Imam Ahmad)

 

Krdt to Dayak at MalaysiaRia

Tidur Dengan Kaki Berbau Menarik Perhatian Nyamuk !

Jika pergi ke hutan atau kawasan endemik penyakit berjangkit melalui nyamuk, pastikan agar kaki anda tetap bersih. Sebuah kajian mendapati, nyamuk yang menyebarkan penyakit lebih tertarik pada beberapa jenis bakteria yang tumbuh di kaki manusia.

Bakteria ini mengeluarkan bau yang sangat menarik bagi serangga sehingga meningkatkan risiko digigit nyamuk. Namun, sebahagian individu mempunyai perlindungan khusus terhadap berkembangnya pelbagai macam bakteria di kaki.

Penemuan yang diterbitkan dalam jurnal dalam talian Public Library of Science ONE, diharapkan dapat mencegah malaria dan serangga penyebar penyakit dengan menukar aroma badan.

Kajian Penulis, Dr Niels Verhulst, dari Wageningen University di Belanda menulis, "Senyawa yang menghalang pengeluaran mikrob aroma tubuh manusia, atau manipulasi mikrob di kulit boleh mengurangkan minat nyamuk untuk menggigit manusia," ujarnya dipetik Daily Mail.

Selama kajian, penyelidik mengambil sampel peluh dari telapak kaki 48 sukarelawan lelaki kulit putih dengan usia 20-64 tahun. Sebelum mula, peserta kajian diberitahu untuk tidak minum arak, makan bawang putih, bawang merah, makanan pedas, mandi atau menggunakan kosmetik wangi. Mereka juga diperintahkan untuk memakai stoking kaki nilon khas yang disediakan oleh pasukan penyelidik selama 24 jam sebelum pengambilan sampel.

Dalam siri percubaan, para penyelidik menguji daya tarikan sampel yang berbeza dengan Anopheles gambiae dari Liberia, Afrika, kawasan endemik malaria. Aroma kaki yang bau ternyata lebih menarik bagi nyamuk malaria Anopheles gambiae yang menjadi pembawa penyakit malaria.

Para Ilmuwan mendapati, nyamuk jauh lebih tertarik pada kaki dengan jumlah bakteria staphylococcus yang paling tinggi. Tiga jenis bakteria lain juga menarik serangga, sementara dua yang lain, iaitu Variovorax dan Pseudomonas, mempunyai kesan bertentangan dan menolak nyamuk.

"Kaitan antara penduduk mikrob di kulit dan daya tarik bagi nyamuk boleh digunakan membangunkan atraktan nyamuk yang baru dan kaedah perlindungan terhadap vektor malaria dan penyakit berjangkit lain," tulis saintis. Sumber asal kreadit : VIVAnews

Nota – Moralnya juga orang tua-tua dahulu sering kali berpesan dan menyuruh kita membasuh kaki terlebih dahulu sebelum tidur, ada sebabnya.. bukan sahaja kita tidak tidur didalam keadaan kotor serta mengelakan kita daripada gangguan mimpi yang buruk 🙂 Paling penting juga bila kaki kita bersih pasti kita tidak digigit oleh nyamuk bawaan penyakit 🙂

Kaki yang ditumbuhi bakteri tertentu mengeluarkan bau yang menarik perhatian bagi nyamuk. Paling penting pastikan kaki kita telah dibasuh terlebih dahulu sebelum tidur 🙂

 

Krdt to Dayak at MalaysiaRia