Duit Syiling Malaysia Baru Siri Ketiga

Bahagian Hadapan Duit Syiling Memaparkan 14 titik yang melambangkan 13 negeri serta Wilayah Persekutuan dan lima garis mendatar yang melambangkan lima prinsip Rukun Negara. Ikon Bagi Setiap Duit Syiling
50 sen – Sulur Kacang
20 sen – Bunga Melur
10 sen – Motif Orang Asli
05 sen – Destar Siga

Bahagian Belakang Duit Syiling
Memaparkan motif bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan Malaysia, angka yang menunjukkan tahun penempaan, angka yang menunjukkan nilai duit syiling dan perkataan "Bank Negara Malaysia" sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling.

Duit syiling peringatan dah boleh dibeli bermula pada hari ini di ibu pejabat Bank Negara Malaysia dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching. Duit syiling ni dah sah untuk digunakan. Siri yang lama pulak akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.

Krdt to BudakComot at malaysiaria

Lambaian Ramadhan

Salam ramadhan to all of my family, my kangkong, my friends from everywhere..Lamanyaa tak update blog nih, anyway, glad i can make it before posa, so i can wish you all slamat berposaaaaa pada 1hb nanti dan slamat menyambut ramadhan yg penuh berkah. InsyaAllah, i hope we can meet ramadhan once more again..

So what about you guys? Ready to meet ramadhan again? Semestinyaa bulan ramadhan bulan yg kita tunggu tunggu slama nih, as for me, this time was different cuz im fasting with my family, and i feel so glad..Sebelum nih, asyik posa kat Puncak Perdana jew ngan kengkawan, then braya kat puncak sorang2, dengan meggi2 and keropok, and raya depannya plak shiok sikit arr, braya ngan my big bro skeluarga, and this time, im with family and my kangkong..Shiioooooooookkk, hihihihihii..Anyway, sebelom bulan ramadhan nih menjelang, tetapkan hati, buat azam untuk meningkatkan amalan di bulan ramadhan nih, perbanyakkan solat malam dan yang paling penting, bertaubat dan memohon keampunan kepadaNya..Jangan asyik dok pikiaq nak sambut raya jew, slagi masih mampu, tingkatkan amalan kita, perbaiki mana yg kurang, gambateiii!!!

If we made it this time, use this chance (bulan ramadhan) wisely, because, there is no guarantee of what might happen next year, or next month, or next day/hour and second..So, today im gonna share something with you which some of readers might wanna know, Doa berbuka puasa dan doa sesudah berbuka posaaaa, d^^,b..

doaberbukapuasa Allahumma laka sumtu, wabika amantu, wa ala rizki ka afthartu, birahmatika ya arhamarrohimin

Kalu doa untuk berbuka puasa bramai ramai bersama family kew, friends kew, camnih plakkk

Allahumma laka shumna wa bika amanna wa ‘alaa rizqika aftharthina birahmatika ya arhamarrohimin

From what i’ve heard, doa berbuka puasa dibaca selepas kita berbuka puasa, contohnya, masuk sahaja waktu berbuka, kita baca doa makan atau bismillah, kita makan kurma, itu dah dikira berbuka, lepas tuh baru baca doa berbuka puasa, correct me if im wrong, okay? And this is the doa selepas berbuka..

doasesudahberbukapuasa Ertinya: Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

So this is the intro for today, i’ll be backkk, hihihihihihihi, salam zuhur kepada suma readers, jum zuhur duluuuu d^^,b

DSCN0360

Takbih Manuk–Sabung Ayam d^^,b

Assalamualaikum to all readers wherever you are, whatever you do, may Allah bless you with rahmat every single second, aminn. So whats with takbih manuk or sabung ayam for the title today huhh..As usual its just random choice from my everyday scene life. This morning I wake up at 9.30am, hearing the voice of my kangkong at earlier morning really carved the smile on my face, hihihihi..and then as usual, I wake up, tell my kangkong how much I love her with i-heart at fb, and then today was my first time playing farmville and cityville, and I was like..this game similar toe the ranch rush I guess but its just played online.

dark azs rulezBut that’s not what I want to share with readers today, its this traditional event, I don’t know whether its traditional or what, but every race in this world played this “sabung ayam” too..Even in Thailand, they have conducting such event too. But for tausug, this event was a common things although its illegal. Even my father used to play this kind of game. He store and keep many “warriors” (di kalangan ayam2/ manuk2) in the cage and waiting for challenge or an event such this to occur. So, my childhood surrounding was full with chicken shit, honestly and its annoying. Every morning when I was a boy, when walking to the school, and then “ketepeeekkk”, taik ayam  land mine hit my shoes, and I was like, “not againnnn…”

Dark azs photo2505

So, all of this so called warrior already like a family to us, maybe more than that. Why you ask? It was the way of to take care of it, every morning and evening, my father used to give a bath to all of his warrior with a unique way, one of them was like, drink the water, and then spit it to the rooster bodies, all over them. I played with this “warrior” so many times, and “kena cakar dan patuk” so many times..See, even im scared to this “warrior” sumtime..coz im just a little boy at that time, and now when I think back, what da heck??? There is so many variant of “sabung ayam” that I witnessed including cage match, death match and usual fight. Cage match usually conducted with cage or special fences build around the fighting stage, death match usually involving weapon equipped at the “warriors” little “cute”feet..And as for normal fight, the owner just sharpen the “taji” of their warriors and whoever run or give up was the loser of the match…

Dark azs photo2513

So what? What with this old story of sabung ayam so sudden you ask?  You see, actually, dah lama aku tak tengok sabung ayam nih since my family moved from Kg Bakkau to my current home at Mesra, so this morning when I was on my way to kitchen to make coffee, I suddenly heard voices like this, “haaaa mati kau..(silent for 3minutes and then)Haaaaa itu diaaa, di kepala!! di kepala!!” and I was like, huuuhh? what the fish? So I looked outside my window and I saw a group of villager circling around, as you can see at the pictured, and conducting Sabung Ayam at the open area/publicly..Tak sangka masih wujud lagi event camnih, betol2 mengimbau kenangan dulu2..So I just smile and catch a few picture for the readers..Budak2 sumer men kat kawasan permainan nih, tapi pacik2 nih plak dengan excitednya main sabung ayam, adedededeih, betol2 affecting children mind with violence and abusing manuk..Penderaan Manuk2..

Dark azs photo2514

Hihihihihihi, I guess that’s all for today’s post, sayangilah haiwan dan diri anda sendiri..Majulah manuk untuk negara d^^,b

Dark azs photo2515

Penjara di UK

Apa perbezaan penjara di antara Negara Dunia Pertama dan Ketiga?

NewPicture1[4]

NewPicture2[4]

NewPicture3[4]NewPicture4[4]NewPicture5[4]NewPicture6[4]NewPicture7[4]NewPicture8[4]NewPicture[4]

 

Prison vs Work

Just in case you ever get these two environments mixed up, this should make things a little bit clearer.

@ PRISON

@ WORK

You spend the majority of your time in a 10X10 cell

@ PRISON

you spend the majority of your time
In an 6X6 cubicle /office

@ WORK

You get three meals a day fully paid for

@ PRISON

you get a break for one meal and
You have to pay for it

@ WORK

You get time off for good behavior

you get more work for
Good behaviour


@ PRISON

The guard locks and unlocks all the doors for you

@ PRISON


@ WORK

You must often carry a security card
And open all the doors for yourself

@ WORK

You can watch TV and play games

@ PRISON

you could get fired for watching
TV and playing games

@ WORK

You get your own toilet

@ PRISON

you have to share the toilet with
Some people who pee on the seat


@ WORK

They allow your family and friends to visit

@ PRISON

you aren’t even supposed to speak
To your family

@ WORK

All expenses are paid by the taxpayers with no work required

@ PRISON

you get to pay all your expenses to go to work, and they deduct taxes from
Your salary to pay for prisoners


@ WORK

You spend most of your life inside bars wanting to get out

you spend most of your time wanting
To get out and go inside bars


@ PRISON

You must deal with sadistic wardens


@ WORK

They are called managers

 

Krdt to CikSiti at MalaysiaRia

Akibat Menjahilkan Manusia, mayat Mustafa Kamal Attartuk tidak diterima oleh bumi?

mustafakemalataturk

Kematian Kamal Atartuk yang menyeksakan di saat kematiannya, telah didatangkan beberapa penyakit oleh Allah SWT kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah:

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang!

Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap catatan) selama 15 tahun sehingga tahun 1953.

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.

Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa, “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!”

Apa yang telah dia lakukan hingga sedemikian azab dunia yang diterimanya?

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukarkan Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

mustafakamaltomb

 

KRdt to BudakComot at MalaysiaRia

‘Kalah’ Melawan Al-Quran, Dr Jeffrey Lang Menerima Islam

dr_jeffrey_lang_110307192703

Sejak kecil Dr Jeffrey Lang dikenali dengan sifat ingin tahu. Beliau kerap menanyakan logiknya sesuatu dan mengkaji apa pun berdasarkan perspektif rasional.

“Ayah, ayah percaya syurga itu wujud?” tanya Jeffrey sewaktu ia kecil kepada ayahnya tentang kewujudan syurga, ketika kedua-duanya berjalan bersama anjing peliharaan mereka di pantai.

Notre_Dame_High_School_Sheffield

Notre Dam Boys High

Ketika menjadi siswa tahun akhir di Notre Dam Boys High, sebuah sekolah Katholik, Jeffrey Lang memiliki beberapa penolakan rasional terhadap keyakinan akan kewujudan Tuhan. Perbincangannya dengan pendita sekolah, orang tuanya, dan rakan sekelasnya tak mampu memuaskannya tentang kewujudan Tuhan. “Tuhan akan membuatmu tertunduk, Jeffrey!” kata ayahnya ketika ia membantah kewujudan Tuhan ketika usianya 18 tahun.

Ia akhirnya memutuskan untuk menjadi atheis pada usia 18 tahun. Ketika sebelum atau sesudah memutuskan menjadi atheis, Jeffrey Lang mengalami satu mimpi.

Berikut cerita Jeffrey Lang tentang mimpinya itu: Kami berada dalam sebuah ruangan tanpa sebarang perabot. Tak ada apa pun di dinding ruangan itu yang berwarna putih kelabu.

Satu-satunya ‘hiasan’ adalah permaidani berwarna merah-putih yang menutupi lantai. Ada sebuah jendela kecil, seperti jendela ruang bawah tanah, yang terletak di atas dan menghadap ke kami. Cahaya terang mengisi ruangan melalui jendela itu.

Kami membentuk barisan. Saya berada di barisan ketiga. Semuanya lelaki, tak ada wanita, dan kami semua duduk di lantai di atas tumit kami, menghadap ke arah jendela.

Terasa asing. Saya tak mengenali seorang pun. Mungkin, saya berada di sebuah negara lain. Kami menunduk serentak, muka kami menghadap lantai. Semuanya tenang dan hening, bagaikan semua suara dimatikan. Kami serentak kembali duduk di atas tumit kami. Saat saya melihat ke depan, saya sedar yang kami dipimpin oleh seseorang di depan yang berada di sisi kiri saya, di tengah kami, di bawah jendela. Ia berdiri berseorangan di hadapan. Saya hanya dapat melihat sekejap bahagian punggungnya. Ia memakai jubah putih panjang. Ia memakai seakan topi putih di kepalanya, dengan corak merah. Ketika itulah saya terbangun.

Sepanjang sepuluh tahun menjadi atheis, Jeffrey Lang beberapa kali mengalami mimpi yang sama. Bagaimanapun, ia tak terganggu dengan mimpi itu. Ia hanya merasa tenang ketika tersedar dari tidur. Satu perasaan tenang yang aneh. Ia tak tahu apa itu.

64281214_3468f0d3c1

University of San Francisco

Sepuluh tahun kemudian, ketika pertama kali memberi kuliah di University of San Francisco, dia bertemu pelajar Muslim yang mengikuti kelasnya. Tak hanya dengan itu, Jeffrey menjadi rapat dengan pelajar tersebut dan mengenali keluarga pelajar itu. Agama bukan menjadi topik perbahasan ketika Jeffrey menghabiskan waktu dengan keluarga pelajar tersebut. Lama selepas itu, salah satu anggota keluarga pelajar tersebut memberikan Al-Quran kepada Jeffrey.

oaq_quran

Sekalipun tidak berniat untuk mengenali Islam, Jeffrey mula menyelak Al-Quran dan membacanya. Waktu itu kepalanya dipenuhi berbagai prasangka.

“Anda tak boleh hanya membaca Al-Quran, tidak boleh jika anda tidak menerimanya secara serius. Anda harus, pertama, memang benar-benar telah menyerah kepada Al-Quran, atau kedua, ‘menentangnya’,” ungkap Jeffrey.

Ia kemudian merasakan dirinya berada di tengah-tengah pergelutan yang sangat menarik. “Ia (Alquran) ‘menyerang’ diri anda secara langsung, begitu peribadi. Al-Quran akan berdebat, mengkritik, memalukan, sekaligus mencabar anda. Sejak awal ia (Al-Quran) menggariskan satu garis perang, dan saya berada di wilayah yang bertentangan.”

“Saya menderita kekalahan yang parah (dalam pergelutan). Dari situlah, jelas bahawa ‘Penulis’ (Al-Quran) mengenali diri saya lebih baik daripada saya mengenali diri saya sendiri,” kata Jeffrey.

Jeffrey mengatakan seakan Penulisnya dapat membaca fikirannya. Setiap malam Jeffrey memikirkan sejumlah pertanyaan dan persoalan, namun selalu menjumpai jawapannya pada bacaan berikutnya, seiring ia membaca halaman demi halaman Al-Quran secara berurutan.

“Al-Quran selalu melangkaui pemikiran saya. Ia menghapuskan halangan yang telah saya hadapi bertahun-tahun lalu dan menjawab persoalan saya.” Jeffrey cuba melawan dengan keras dengan pertanyaan, namun semakin jelas ia kalah dalam pergelutan. “Saya dibawa ke sudut di mana tak ada lain selain satu pilihan.”

the_white_path_____by_mosredna

Al-Quran membawa Jeffrey ke sudut di mana tak ada lain selain satu pilihan

good-choice-bad-choice-sign

Ketika itu, pada awal 1980-an tak ramai Muslim di kampusnya, University of San Fransisco. Jeffrey mendapati terdapat sebuah ruangan kecil di basement sebuah gereja di mana mahasiswa Muslim menunaikan solat. Selesai pergelutan panjang di dalam dirinya, ia memberanikan diri untuk mengunjungi tempat itu.

Beberapa jam mengunjungi tempat itu, ia mengucap dua kalimah syahadat. Selesai syahadat, waktu solat zuhur tiba dan dia pun diundang untuk menyertainya. Jeffrey berdiri dalam barisan dengan para mahasiswa lainnya, dipimpin imam yang bernama Ghassan. Jeffrey mulai mengikuti mereka solat berjamaah.

Jeffrey ikut bersujud. Kepalanya berada di atas karpet merah-putih. Suasananya tenang dan hening, bagaikan semua suara dimatikan. Ia lalu kembali duduk di antara dua sujud.

“Waktu saya melihat di hadapan, saya melihat Ghassan, di sisi kiri saya, di tengah-tengah, di bawah jendela yang menerangi ruangan dengan cahaya. Dia sendirian, tanpa barisan. Dia mengenakan jubah putih panjang. Kain putih menutup kepalanya, dengan corak merah.”

“Mimpi itu! Saya berteriak di dalam hati. Mimpi itu, sebijik! Saya telah benar-benar melupakannya, dan sekarang saya kaku dan takut. Apakah ini mimpi? Apakah saya akan terbangun? Saya cuba memberi perhatian dan fokus apa yang terjadi untuk memastikan adakah saya tidur. Rasa dingin mengalir pantas ke seluruh tubuh saya. Ya Tuhan, ini benar dan bukan mimpi! Lalu rasa dingin itu hilang, berganti dengan rasa hangat yang datang dari dalam. Air mata saya bercucuran.”

Ucapan ayahnya sepuluh tahun dulu terbukt benari. Ia kini berlutut, dan wajahnya berada di atas lantai. Bahagian tertinggi otaknya yang selama ini berisi banyak pengetahuan kini berada di titik terendah, dalam sebuah penyerahan diri kepada Allah SWT.

sujud-2

Jeffrey Lang merasa Tuhan sendiri yang membawanya kepada Islam. “Saya tahu Tuhan itu selalu dekat, mengarahkan hidup saya, menciptakan ruangan dan kesempatan untuk memilih, namun tetap meninggalkan pilihan terakhir di tangan saya,” ujar Jeffrey kini.

Jeffrey kini menjadi professor jurusan matematik University of Kansas dan memiliki tiga anak. Jeffrey telah menulis tiga buku yang banyak dibaca oleh Muslim AS:

images

Struggling to Surrender (Beltsville, 1994); 

images_002

Even Angels Ask (Beltsville, 1997); 

317572

dan Losing My Religion: A Call for Help (Beltsville, 2004). Ia memberi kuliah di banyak kampus dan menjadi pembicara di banyak confereance Islam.

Jeffrey memiliki tiga anak, dan bukan sesuatu yang pelik jika anaknya memiliki rasa ingin tahu yang sama. Jeffrey kini harus menghadapi pertanyaan-pertanyaan yang sama yang dulu ia lontarkan kepada ayahnya. Suatu hari Jeffrey ditanya oleh anak perempuannya yang berusia lapan tahun, Jameelah, selesai mereka solat Asar berjamaah. “Ayah, mengapa kita solat?”

“Pertanyaannya mengejutkan saya. Tak sangka soalan itu keluar dari mulut anak yang berusia lapan tahun. Saya tahu jawapan yang paling jelas, bahawa Muslim diwajibkan solat. Tapi, saya tidak ingin bercerita pengalaman dan keuntungan dari solat. Bagaimana pun, selesai menyusun jawaban di kepala, saya memulai dengan, ‘Kita solat kerana Tuhan ingin kita melakukannya’,”

“Tapi kenapa, ayah, apa akibat dari solat?” Jameela kembali bertanya. “Sukar menjelaskan kepada anak kecil. Suatu hari, jika kamu melakukan solat lima waktu tiap hari, saya yakin kami akan memahami, namun ayah akan cuba yang terbaik untuk menjawan pertanyaan kamu.”

‘Dengar sini anak ayah. Tuhan itu sumber kesemua perasaan kasih sayang, cinta, pemurah dan hikmah terhadap segala keindahan — yang kita alami dan rasai. Seperti matahari sumber cahaya yang kita lihat pada siang hari, Tuhan ada sumber kepada semua ini dan banyak lagi.

Justeru, kasih sayang yang ayah rasakan untukmu, adik-adikmu, dan ibumu kesemuanya datang dari Allah. Kita tahu Allah itu Pengasih dan Penyayang melalui segala pemberianNya kepada kita di dalam hidup ini. Tetapi hanya di dalam solat, kita dapat merasakan kasih sayang, pemurahnya Allah, dan nikmat pemberianNya itu di dalam cara yang teramat istimewa, di dalam cara yang amat kukuh.

Misalnya, anak ayah tahu yang ibu dan ayah ini mengasihimu dengan cara kami berdua mengambil berat terhadapmu. tetapi hanya apabila kami memeluk dan menciummu, anakku akan dapat merasakan betapa sayangnya kami terhadapmu. Begitulah, kita tahu Allah menyayangi kita semua dan pemurahnya Dia kerana menjagai kita. Namun hanya pada waktu kita solat, kita dapat merasakan cintaNya itu terlalu benar dan istimewa.’

‘Apakah solat itu menjadikan ayah seorang ayah yang lebih baik?’ Dia bertanyaku.

‘Ayah harap begitu dan ayah harap dapat berfikir begitu, kerana apabila seseorang itu telah “disentuh” dengan kasih sayang Tuhan di dalam solat, ia terlalu indah dan kuat ikatannya, sehinggakan seseorang itu merasakan ingin rkongsikannya dengan mereka yang ada disekelilingnya, terutama kepada ahli keluarganya. Kadang-kala, selepas penat bekerja seharian, ayah merasa keletihan dan ayah ingin bersendirian.

Tetapi jika ayah dapat merasai kasih sayang Allah di dalam solat, ayah akan segera teringat dan melihat ahli-ahli keluarga ayah dan mengingatkan betapa besarnya pemberian Allah menghadiahkan dirimu kepada ayah, dan kesemua cinta dan kasih sayang yang ayah perolehi kerana menjadi ayahmu dan suami kepada ibumu. Ayah tak kata ayah ini seorang yang sempurna, namun ayah percaya ayah tak mungkin menjadi ayah yang baik tanpa solat.’

‘Saya faham apa yang ayah maksudkan,’ jawab Jameelah.

Kemudian dia memeluk saya dan berkata, ‘Dan saya sayang sangat kat ayah!’

‘Ayah pun sayang padamu.’

 

Sumber:

1kehidupan

Dunia Di Penghujung Nyawa | Kiamat Makin Dekat

AlAqsa

Aqsa ditawan puluhan tahun oleh rejim Zionis…negara Islam terus diam memandang.

 

Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya, Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat. Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. “ – Sahih Bukhari

Untitled-0_002

 Kesan zina…anak luar nikah dibuang merata-rata..

 

Zina bermaharajalela.

“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

AF

Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik…

Bermaharajalela alat muzik.

“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka.”, sabda Rasulullah S.A.W. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; ’Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi? Baginda menjawab: ‘Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita’ – Ibnu Majah

Untitled-0

Masjid besar…jemaah sekerat saf…

Menghias masjid & membanggakannya.

“Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid”– Riwayat Nasai.

frontpage

sumber: Metro

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.”- Riwayat Ahmad dan Hakim.

kenangan2

Sultan Kedah mendoakan Almarhum Ust Fadzil sebelum jenazah dikebumikan.

(Klik sini Dalam Kenangan Ust Fadzil)

Ramai orang soleh meninggal dunia.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad

ariel-sharon-dalam-keadaan-koma

Ariel Sharon hidup dalam seksa, satu ketika ditempat tertinggi, sekarang menderita..

Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang ***** & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia” – Riwayat Thabrani

ahmadinejad_noshakeplz

Ada ketika salam dihulur bukan pada tempatnya..

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

“Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad

73056_110858495647023_100001686203212_84052_8049877_n
Pemandangan biasa melihat wanita bertudung, tetapi baju sendat ketat…hilang sudah maruah dan malunya.

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. : “Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)…

filter-2

Setiap hari siaran TV dan akhbar menipu…yang betul dan pasti hanyalah info sukan sahaja.

Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu – Sahih Muslim

pengadilan2

Hakim, peguam, pendakwa raya, penyumpah dan segala macam banyak diragui…

Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu &; disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad

lebanoncivilwarstreet

Negara Arab terjejas teruk selepas peperangan..

Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²” – Sahih Muslim

 

Krdt to Zamemi at malaysiaria

Jangan Dengki..

doa%20selamat%20dari%20rasa%20dengki

Dosa hasad merupakan dosa yang pertama dilakukan iblis yang enggan tunduk memberi penghormatan kepada Adam A.S sehingga ia dikutuk Allah SWT. Manakala dosa yang pertama muncul di bumi ialah dosa yang dilakukan Qabil kerana hasad dengki kepada saudaranya sendiri yang bernama Habil. Habil dibunuh Qabil yang hasad kerana iri hati kerana korban Habil diterima Allah SWT.

Di dalam Al-Quran mengisahkan:

Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil).

Dia berkata (Qabil): “Aku pasti membunuhmu!”

Berkata Habil: “Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa”.

“Sungguh kalau kamu menggerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku sekali-kali tidak akan menggerakkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan seru sekalian alam”.

“Sesungguhnya aku ingin agar kamu kembali dengan (membawa) dosa (membunuh) ku dan dosamu sendiri, maka kamu akan menjadi penghuni neraka, dan yang demikian itulah pembalasan bagi orang-orang yang zalim”.

Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnyalah, maka jadilah ia seorang di antara orang-orang yang rugi. Kemudian Allah menyuruh seekor burung gagak menggali di bumi untuk memperlihatkan kepadanya (Qabil) bagaimana dia seharusnya menguburkan mayat saudaranya.

Berkata Qabil: “Aduhai celaka aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti burung gagak ini, lalu aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini? ” kerana itu jadilah dia seorang di antara orang-orang yang menyesal
(Al-Maidah[5]: 27-31).

Oleh kerana itu, dalam Surah Al-Falaq [113] ayat 5 Allah S WT memberitahu kita untuk sentiasa memohon perlindungan kepadaNya dari kejahatan orang yang berhasad dengki.

Maksud HASAD dalam bahasa ialah dengki, benci. Sedangkan menurut istilah iaitu membenci nikmat Allah SWT yang dianugerahkan kepada orang lain, dengan keinginan agar nikmat yang didapat orang tersebut segera hilang atau terhapus.

Kata-kata pakar mengenai pengertian hasad sebagai berikut:

1. Menurut Al-Jurjani Al-Hanafi dalam kitabnya, hasad ialah menginginkan atau mengharapkan hilangnya nikmat dari orang yang didengki (mahsud) supaya berpindah kepadanya (orang yang mendengki atau hasad).

2. Menurut Imam al-Ghazali hasad ialah membenci nikmat Allah SWT yang ada pada diri orang lain, serta menyukai hilangnya nikmat tersebut.

3. Menurut Sayyid Quthb dalam tafsirnya hasad ialah kerja emosional yang berhubungan dengan keinginan agar nikmat yang diberikan Allah S WT kepada seseorang dari hambaNya hilang dari padanya. Baik cara yang dipergunakan oleh orang yang dengki itu dengan tindakan supaya nikmat itu lenyap dari padanya atas dasar iri hati, atau cukup dengan keinginan saja. Yang jelas motif dari tindakan itu adalah kejahatan.

Bila kita menyemak pengertian-pengertian yang dikemukakan di atas, nampak dengan jelas bahawa perbuatan hasad atau dengki adalah penyakit rohani, yang akan mempengaruhi amalan kebajikan yang dilakukan seseorang.

Perkara ini sebagaimana dinyatakan Rasulullah SAW dalam sabdanya,

“Jauhilah oleh kamu sekalian sikap hasad (dengki), kerana sesungguhnya sikap hasad itu memakan (menghabiskan) kebaikan-kebaikan sebagaimana api memakan (menghabiskan) kayu bakar“. (HR. Abu Daud -Ibnu Majah dari Abu Hurairah).

Oleh kerana itu perbuatan hasad dengki sebagaimana diutarakan diatas adalah termasuk satu dari jenis-jenis perbuatan yang terlarang. Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kamu sekalian saling menghasut, saling membenci,saling membukakan aib, saling menipu dan saling menjatuhkan, tapi jadilah kamu sekalian hamba Allah yang bersaudara“. (HR. Muslim dari Abu Hurairah ra.).

Hasad dengki adalah akhlak tercela. Orang yang hasad mengawasi nikmat yang Allah berikan kepada orang-orang di sekelilingnya dan berusaha menjauhkan orang lain dari orang yang tidak sukai tersebut dengan cara merendahkan martabatnya, meremehkan kebaikan yang telah dia lakukan dll.

وَلا تَتَمَنَّوْا مَا فَضَّلَ اللَّهُ بِهِ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ لِلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِمَّا اكْتَسَبُوا وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِمَّا اكْتَسَبْنَ وَاسْأَلُوا اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا

“Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (kerana) bagi orang laki-laki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala sesuatu.” (Surah An Nisa’: 32)

Oleh itu marilah kita muhasabah diri kita setiap hari, jika ada perasaan hasad dengki timbul kepada orang lain selalulah mengingati bahawa kita semua adalah sebenarnya HAMBA.

sumber Intel® Corei7

Apakah berpuasa di bulan Sya’ban secara penuh sesuai dengan sunnah?

Assalamu’alaikum Warahmatullaahi Wabarakatuh

Menyampaikan kebenaran adalah kewajiban setiap Muslim. Kesempatan kita saat ini adalah berdakwah dengan menyampaikan artikel ini kepada saudara-saudara yang belum mengetahuinya. Semoga Allah Ta’ala membalas ‘amal ibadah kita semuanya. Aamiin.

————————————————————————————————————
Berpuasa Pada Bulan Sya`ban Secara Penuh

Pertanyaan:
Apakah berpuasa di bulan Sya’ban secara penuh sesuai dengan sunnah?

Jawaban:
Alhamdulillah. Dianjurkan memperbanyak puasa di bulan Sya’ban. Terdapat riwayat bahwa Nabi sallallahu’alaihi wa sallam sering berpuasa di bulan Sya’ban.

Diriwayatkan oleh Ahmad, 26022. Abu Daud, 2336. Nasa’i, 2175. Ibnu Majah, 1648 dari Ummu Salamah radhiallahu anha berkata: ”Aku tidak melihat Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam berpuasa dua bulan secara berurutan kecuali beliau melanjutkan bulan Sya’ban dengan Ramadhan.”

Dalam riwayat Abu Daud (dikatakan), “Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah berpuasa sebulan penuh dalam setahun kecuali pada bulan Sya’ban dilanjutkan ke Ramadhan.” (Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih Abu Daud, no. 2048)

Dalam hadits ini tampak bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasanya berpuasa bulan Sya’ban penuh. Akan tetapi ada (hadits) lain bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasanya berpuasa pada bulan Sya’ban kecuali sedikit.

Diriwayatkan oleh Muslim, 1156, dari Abu Salamah dia berkata, saya bertanya kepada Aisyah radhiallahu anha tentang puasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Dia menjawab:

كَانَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ قَدْ صَامَ ، وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ قَدْ أَفْطَرَ ، وَلَمْ أَرَهُ صَائِمًا مِنْ شَهْرٍ قَطُّ أَكْثَرَ مِنْ صِيَامِهِ مِنْ شَعْبَانَ ، كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ ، كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ إِلا قَلِيلا (رواه مسلم، رقم 1156)

“Beliau biasanya berpuasa sampai kami mengatakan sungguh telah berpuasa (terus). Dan beliau berbuka sampai kami mengatakan sungguh beliau telah berbuka. Dan aku tidak melihat beliau berpuasa yang lebih banyak dibandingkan pada bulan Sya’ban. Biasanya beliau berpuasa pada bulan Sya’ban semuanya, dan biasanya beliau berpuasa pada bulan Sya’ban kecuali sedikit.” (HR. Muslim)

Para ulama berbeda pendapat dalam mengkompromikan dua hadits ini:
Sebagian mereka berpendapat hal ini terkait dengan perbedaan waktu. Pada sebagian tahun beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam berpuasa Sya’ban secara penuh. Dan pada sebagian tahun lainnya beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam berpuasa kecuali sedikit (yang tidak berpuasa). Pendapat ini adalah pilihan Syeikh Ibnu Baz rahimahullah.” (Silakan lihat Majmu Fatawa Syeikh Ibnu Baz, 15/416).
Sebagian lainnya berpendapat, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah berpuasa sebulan penuh kecuali Ramadhan. Sementara hadits Ummu Salamah maksudnya adalah berpuasa bulan Sya’ban kecuali sedikit (yang tidak berpuasa). Mereka mengatakan bahwa dari sisi bahasa kalau seseorang sering berpuasa, dibolehkan mengatakan berpuasa sebulan penuh.

Al-Hafiz berkata: “Sesungguhnya hadits Aisyah menjelaskan bahwa maksud dari hadits Ummu Salamah, bahwa Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak berpuasa dalam setahun sebulan penuh kecuali Sya’ban bersambung dengan Ramadhan.” Yakni bahwa beliau lebih banyak berpuasanya. At-Tirmidzi mengutip dari Ibnu Mubarak sesungguhnya beliau berkata, “Dalam bahasa Arab dibolehkan mengatakan telah berpuasa sebulan penuh bagi orang yang berpuasa pada sebagian besar hari dalam satu bulan tersebut.”

Ath-Thayyibi berkata, dimungkinkan beliau sekali berpuasa Sya’ban secara penuh, dan di lain waktu berpuasa sering dalam bulan itu, agar tidak disimpulkan kalau hal itu wajib dilakukan sebulan penuh, seperti Ramadhan. Kemudian Al-Hafiz mengomentari, “Pendapat pertama lebih tepat.”

Maksudnya bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak melakukan puasa Sya’ban sebulan penuh. Dengan dalil riwayat Muslim, no. 746 dari Aisyah radhiallahu anha, beliau berkata, “Aku tidak ketahui bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca Al-Qur’an semalam penuh, tidak juga melakukan shalat malam sampai subuh. Dan tidak berpuasa sebulan penuh kecuali Ramadhan.”

Begitu juga berdasarkan riwayat Al-Bukhari, no. 1971 dan Muslim, no. 1157 dari Ibnu Abbas radhiallahu anhuma dia berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah berpuasa sebulan penuh kecuali Ramadhan.”

As-Sindi berkata dalam menjelaskan hadits Ummu Salamah, “Teks ‘Melanjutkan (puasa) Sya’ban ke Ramadhan’ yakni berpuasa di kedua bulan tersebut. Yang tampak dari teks tersebut adalah berpuasa Sya’ban sebulan penuh. Akan tetapi terdapat riwayat yang menunjukkan sebaliknya. Oleh karena itu, dipahami bahwa beliau berpuasa pada sebagian besar harinya, sehingga seakan-akan beliau berpuasa penuh dan bersambung ke bulan Ramadhan.”

Kalau dikatakan, apa hikmahnya memperbanyak berpuasa di bulan Sya’ban? Maka jawabannya adalah perkataan Al-Hafidz, “Yang lebih tepat apa yang diriwayatkan oleh An-Nasa’i dan Abu Daud serta dishahihkan oleh Ibnu Huzaimah dari Usamah bin Zaid, dia berkata, saya bertanya, “Wahai Rasulullah, aku tidak melihat engkau (sering) berpuasa dalam satu bulan seperti engkau berpuasa di bulan Sya’ban?” Beliau bersabda, “Itu adalah bulan yang kebanyakan orang melalaikannya yaitu antara Rajab dan Ramadhan. Yaitu bulan yang di dalamnya diangkat amalan-amalan kepada Allah, Tuhan seluruh alam. Maka aku ingin amalanku diangkat, aku dalam kondisi berpuasa.” (Hadits ini dinyatakan hasan oleh Al-Albani dalam Shahih An-Nasa’i, no. 2221). Wallahu ’alam .

 

Krdt to BudakComot at malaysiaria