Kucing Yang Semua Orang Mahu d^^,b

Kucing memang nampak comel.Semua orang suka bela.Seronok dapat bermain dengan kucing.Bulunya yang lembut.Suka bergurau dan membuat aksi-aksi yang comel.Tapi macam mana kalau kucing korang boleh buat kerja-kerja rumah?Syok bukan?hehe

desperatecats11

lagi gambar…

desperatecats10

desperatecats09

desperatecats08

desperatecats07

desperatecats06

desperatecats05

desperatecats04

desperatecats03

desperatecats02

desperatecats01

desperatecats12

Jimat tak payah upah orang gaji. d^^,b

Krdt to Baikpunyer.Com

Advertisements

Bila Superhero dah Tua…

Sape tak kenal Superman, Catwoman dan superhero-superhero yang seangkatan dengan diorang kan? Sampai ada antara korang yang jadikan superhero-superhero ni idola korang masa kecik-kecik dulu. Sebab masa kecik dulu kita percaya diorang ni memang ada. Katakanlah kalau superhero-superhero ni memang wujud macam kita-kita ni, mesti diorang dah tua sekarang kan? Macam mana la agaknya rupa diorang masa tua ye? Jom usha…

retiredsuperheroes02

Lagi Superhero…

retiredsuperheroes04

retiredsuperheroes15

retiredsuperheroes03

retiredsuperheroes08

retiredsuperheroes01

Apsal diorang tinggal kat tempat yang sama ek? Rumah orang-orang tua ke ni? Ehehe.

 

Krdt to Lawakpunyer

Cara nak jadi Superhero dengan Mudah

Takde superpower macam superman,batman,atomen..Tapi nak jugak jadi superhero.Dapat pakai macam superhero pun jadilakan.Okey korang boleh cuba dengan cara yang mudah dan lagi murah.Tak perlu beli kostum-kostum yang mahal tu.

Nak jadi superhero Cyclops, buleh, takdok masalah..

homemadesuperhero01

Nak jadi Magneto pun tadahal…

homemadesuperhero02

Yang ni musti ramai yang suke nak jadi.Wolverine..

homemadesuperhero03

 

Krdt to Trypunyer.com d^^,b

10 Website Untuk Tengok TV Percuma d^^,b

Dengan kemajuan teknologi sekarang, rancangan2 menarik di Tv bukan saja boleh ditonton di peti televisyen korang, tapi juga di internet. Bukan saja boleh ditonton bila kita byk masa terluang, he3 yg bestnya kita dapat ulang2 tayang kalo cerita tu menarik minat kita.

Jom kita tgk laman2 web yg kita boleh tgk video online.

1) Picrap
Website nie hosting lebih 1000 video seperti Lost, Gossip Girl, House, Dexter, Heroes dan byk lagi. Tapi buat masa ni diorg tgh upgrade website diorg.

picrap

2) Hulu
Hulu adalah salah 1 website rancangan tv yg popular, dimana kebanyakan rancangan popular ada kat situ. Walupon sebenarnya hanya utk penduduk US, tapi ada trick yg boleh membuatkan korang tgk jgk.

hulu

3) SideReel
Website ni menyimpan lebih 500 rancangan2 popular yg disusun dgn kemas secara Alphabet.

sidereel

4) ABC
ABC adalah website yg memaparkan video2 dalam kualiti tinggi. Terdapat rancangan menarik seperti Lost, Desperate Housewives, Ugly Betty dan byk lagi.

abc

5) Inturpo
Inturpo adalah salah satu website untuk menonton Tv secara percuma. Sign up x diperlukan, korang bleh trus tgk rancangan kesukaan korang.

inturpo

6) TV Show 7
Website ni hosting byk rancangan2 menarik walaupun kualiti video x berapa bagus. Disini kita boleh tonton kesemua rancangan yg popular, hanya perlu pilih ja apa yg korang suka.

tvshow7

7) Project-Free TV
Di website nie, kita boleh jumpa byk2 rancangan Tv popular termasuk movie2 terbaru. Korang juga boleh donlod dgn bantuan eMule. Rancangan2 yg ada kat sini adalah seperti True Blood, How I Met Your Mother, The big bang theory, The Simpsons, Gossip Girl dan byk lagi.

projectfreetv

8) FreeTVOnline
Website nie menghimpunkan dokumentari, kartun, rancangan TV, movie dan juga rancagan Tv secara live. Apa yg korang perlu buat adalah install blinkx Remote Toolbar secara percuma, pastu korang bleh cari video2 kegemaran korang.

freetvonline

9) YouTube
Ha3, yg nie mustahil korang xtau, tah2 korang masuk tiap2 hari. Di website nie, pengguna2 dapat upload video2 yg best2 pastu kita tgk la. Mmg banyak video2 kat sini, tengok 1 hari pon x abis.

youtube

10) Tonton.com.my
Untuk korang yg suka rancangan2 tempatan, website nie mmg diciptakan utk korang. Banyak rancangan2 tv di Tv3, Ntv7, Tv9 akan diulang kat sini. Korang terlepas rancangan Mentor5 kat tv? Jgn isau, korang bleh tgk kat tonton.com.my nie

tonton

P/s: tidak digalakkan kalau korang pakai bropadband utk tgk video2 online, cepat lah bandwitdh korang abis.

Krdt To Zamemi at MalaysiaRia

Bagaimana Rahsia KFC Disimpan

60_kfc

Bagi kaki wayang pasti sebelum tengok movie di tayangkan dengan pelbagai iklan. So good. Pernah dengar? Trademark untuk KFC. Tapi tahukah kamu bagaimana asal-usul KFC? Makanan fast food yang di gemari rakyat Malaysia hariannya. Makanan yang boleh menguatkan otot-otot lemak kembali aktif.

Fakta

Resepi rahsia KFC wujud pada tahun 1930-an ketika Harland Sanders menyajikan hidangan ayam kepada mereka yang berhenti berehat dekat stesen gas di Utara Corbin, Kentucky.

Bagi kaki wayang pasti sebelum tengok movie di tayangkan dengan pelbagai iklan. So good. Pernah dengar? Trademark untuk KFC. Tapi tahukah kamu bagaimana asal-usul KFC? Makanan fast food yang di gemari rakyat Malaysia hariannya. Makanan yang boleh menguatkan otot-otot lemak kembali aktif.

northcordonkfc

Walaupun tidak pernah menyertai tentera pada tahun 1936, dia telah di beri kehormatan Kolonel Kentucky oleh gabenor sebagai mengiktiraf akan sumbangannya dalam masakan negara.

Seterusnya Restoran Sanders di perluaskan. KFC melakukan pelbagai menu selama bertahun-tahun yang mana menyajikan sajian hasil gabungan 11 herba dan rempah ratus.

Hakikatnya, hanya dua eksekutif yang mempunyai akses dan tahu formula kepada kewujudan resipi KFC yang mengabungkan 11 jenis herba dan rempah ratus.

colonelsanderkfc

Bagaimana rahsia di simpan?

Semuanya berlaku di ruang pejabat KFC. Jika kamu ialah Tom Cruise dalam Mission Impossible, untuk mencuri resepi ini, itupun rasanya suatu yang mustahil di lakukan. Kenapa?

Tidak semudah di sangka. Menurut Bo Dietl ahli keselamatan KFC, ruangan lantai, dinding dan siling semua di litupi konkrit 2 kaki tebal. Malah sensor dan CCTV yang beroperasi 24 jam serta pegawai keselamatan bersenjata yang di hubung terus ke bawah bilik kawalan. Kamu perlukan 2 orang dengan 2 kunci serta 2 nombor pin yang berbeza dan barulah kamu boleh melepasi sistem kawalannya. Cool.

kfcsecret

Tapi apakah cukup untuk masih mencuri resepi tersebut? Dalam kes ini tidak. Sesetengah dari bahan di adun di satu lokasi berasingan. Setengah jam kemudian barulah semuanya di kumpul serta di gaul semula bersama ayam. Begitulah sejarah awal pengenalan KFC. Sekarang, tak pasti masih di amalkan atau tak cara ini. Sesiapa boleh jelaskan.

Krdt To Zamemi at MalaysiaRia

Trend Kasut Wanita..dO.ob

: Kasut Tumit Tinggi

Kasut tumit tinggi memang menjadi kegilaan para gadis masa kini. terdapat banyak jenis design yang menarik dan unik untuk dipilih. Jika sebelum ini kami pernah memaparkan kasut-kasut yang pelik dan ada muka orang haha kali ini kami ingin kongsikan gambar kasut-kasut tumit tinggi yang unik, kreatif dan meruntun jiwa.

TANGAKasut tumit tinggi versi gelongsor haha

ITEKkasut tumit tinggi versi itik yang sangat cool!!!!

ANJIMG

Kasut tumit tinggi yang unik versi anjing..

TAHANKasut tumit tinggi buat macam chewing gum yang melekat kat kasut

BURUNG

Kasut tumit tinggi versi angry bird yang paling dibenci

DOGIKasut tumit tinggi anjing

PISANGKasut tumit tinggi rupa pisang terbukak

ANGSAKasut tumit tinggi  Swan

LASTIK

Kasut tumit tinggi rupa macam lastik.. smart!!!

 

Krdt nto Zamemi at MalaysiaRia

 

Ilmu Nafas Melayu..

Bangsa Melayu adalah satu bangsa mistik yang memiliki banyak ilmu tersembunyi.Antaranya ialah ilmu nafas.Semua pendekar melayu pasti akan diperturunkan ilmu nafas dan pelbagai petua yang kesemuanya berkaitan dengan nafas.

a

Dengan memerhatikan suhu dan pergerakan keluar masuk nafas melalui hidung,digabungkan dengan sedikit ilmu firasat, biasanya pendekar melayu mampu meramal untung nasibnya di medan tempur.Semasa hendak turun tangga untuk meninggalkan rumah samada untuk berkerja atau merantau pun , petua dalam ilmu nafas selalu digunakan oleh orang-orang tua kita.Nafas kiri atau nafas kanan cukup diambil kira! Tapi sayang, kini ilmu ini semakin pupus dan jarang diperturunkan oleh orang orang tua kita.

Tidak dapat dinafikan lagi, bukan bangsa melayu saja, tetapi boleh dikatakan semua bangsa juga mempunyai ilmu dan kaedah berkaitan dengan nafas ini.Contoh yang paling baik ialah senaman Yoga, ia amat menitik beratkan berkaitan dengan cara mengolah pernafasan!

Mungkin ada yang terkejut jika saya katakan bahawa ada orang melayu lama kita yang boleh menyimpan atau menahan nafas sehingga berjam-jam lamanya.Ada juga yang boleh menyelam di dalam air agak lama.Ada juga yang kebal dan tidak lut senjata tajam hanya dengan kaedah mengendalikan nafas mereka ! Semua ini berkaitan dengan ilmu nafas.Jika anda membaca artikel mengenai pendekar sufi dan Mat Kilau, Bagaimana Mat Kilau pura-pura mati sehingga beberapa hari untuk mengelirukan Inggeris.Mungkinkah Mat Kilau telah menggunakan ilmu nafasnya dan amat mahir dalam ilmu nafas ini?

Lebih hebat lagi, ada juga orang-orang tua kita yang membunyikan zikir-zikir tertentu ketika masuk atau keluarnya nafas mereka.Ilmu ini tersangat rahsia dan jika kita hendak mempelajarinya, carilah guru yang benar-benar tahu tentang ilmu ini.Biasanya mereka akan belajar dengan sangat mendalam berkaitan nafas sehingga kepada ampas, tanapas dan nupus, malah dikatakan juga dengan ilmu ini, si pengamalnya akan dapat mengetahui bilakah saat saat kematiannya!
Bagaimana pula ilmu nafas ini dari sudut pandangan sains dan kesihatan?

Rahsia tahap kesihatan seseorang bergantung kepada cara pernafasannya! Ini adalah kerana dengan kaedah pernafasan, manusia memperolehi bekalan gas oksigen untuk keperluan sel sel badan.Oksigen penting untuk mengekalkan fungsi dan tahap kesihatan setiap sel badan.

Death_Dealer_by_SeanE

Udara yang disedut akan memasuki paru-paru dan gas oksigen akan diserap di Alveolus paru-paru kedalam salur kapilari darah.Sel-sel darah merah yang beredar akan mengangkut oksigen tersebut seperti yang diterangkan dibawah :

Setiap unit sel yang sihat akan membentuk satu organ yang sihat dan setiap organ yang sihat akan membentuk satu sistem yang sihat di dalam badan kita.Beberapa sistem dalam badan kita pula akan berinteraksi dan membentuk satu jasad badan yang kita kenali sebagai manusia.

Di antara sistem yang paling penting dalam badan ialah sistem darah dan peredarannya serta sistem limfa.

Cara bernafas bukan saja mempengaruhi oksidasi sel, malah ia juga mengawal peredaran sistem cecair limfa.Sistem cecair limfa yang mengandungi sel darah putih adalah merupakan sistem pertahanan badan yang penting bagi manusia untuk melawan kuman dan penyakit.Banyak juga toksin dikumuhkan melalui sistem limfa.

Selain dari pergerakan otot (muscular movement ), “deep breathing” atau cara pernafasan yang efektif juga dikenalpasti mempengaruhi sistem peredaran cecair limfa.Dr Jack Shields, seorang Lymphologist dari Santa Barbara, California dalam kajiannya terhadap immune system telah meletakkan sebuah kamera didalam badan pesakit untuk melihat apakah mekanisma yang menjalankan pembersihan terhadap sistem limfa, lalu beliau membuat kesimpulan bahawa “ a deep diaphragmatic breath is the most effective way to stimulate cleansing of lymphatic system”.

Dr Otto Warburg, Pengarah The Max Planck Institute for Cell Physiology, yang juga bekas pemenang Hadial Nobel Prize telah membuat satu kajian khusus tentang kaitan oksigen terhadap sel.Dalam kajiannya itu beliau mendapati jika kandungan oksigen yang diperlukan oleh sesuatu sel yang sihat itu dikurangkan , maka sel itu akan cepat berubah menjadi ‘malignant cell’.Selepas itu kajiannya diteruskan pula oleh Dr Harry Goldblatt. Dalam Journal of Experimental Medicine 1953, Goldblatt menyatakan hasil kajian ilmiahnya itu keatas spesies tikus.

Anthony Robbins, dalam bukunya “Unlimited Power” telah menyarankan agar kita bernafas dengan cara nisbah 1:4:2 ataupun Inhale one count,Hold four count,Exhale two count.

Untuk lebih memudahkan anda , saya berikan contohnya, jika anda tarik nafas melalui hidung secara perlahan-lahan dan mendalam selama 5 saat, maka tahan nafas anda selama 20 saat dan hembus nafas perlahan-lahan selama 10 saat, ia terpulang kepada anda, tetapi jangan lupa : dengan nisbah 1:4:2

Mengapa masa hembusan nafas [exhale] 2x ganda masa sedutan nafas[inhale]? Ia adalah untuk memastikan semua toksin dari sel dikumuhkan sepenuhnya ke dalam cecair limfa.

Mengapa pula perlu menahan nafas [hold] dalam masa 4x ganda lebih lama berbanding masa sedutan nafas? Ia adalah untuk memastikan semua gas oksigen yang disedut itu akan digunakan secara optima oleh setiap sel badan dan dalam masa yang sama akan mengaktifkan sistem limfa.

Anda cubalah bernafas dengan formula ini, iaitu 1:4:2 atau gunakan gandaaan ini mengikut kemampuan anda!anda boleh cuba dengan nisbah 2:8:4 atau 3:12:6 dan sebagainya.

Cubalah anda bernafas dengan cara ini bermula dari 10x sedutan 3x sehari dan insyaAllah anda akan merasakan kelainannya seperti lebih tenang, lebih bertenaga dan lebih sihat, cubalah . Lebih elok lagi jika latihan nafas ini anda lakukan selepas solat, dikala hati dan jiwa kita tenang.

Cara bernafas nisbah 1:4:2 yang saya terang diatas ini adalah mengikut sains

Krdt to Zamemi at MalaysiaRia

Tips dan cara cara mengekalkan kilauan kereta anda d^^,b

MEMANG ada orang malas membasuh kereta dengan alasan tiada masa. Kebanyakannya menghantar ke tempat cucian kereta dan membayar antara R5 dan RM10 sekali cucian. Ada juga yang tidak berminat menjaga kebersihan bahagian dalam kereta hingga ada kanak-kanak menyindir sarang tikus’ dengan surat khabar, selipar, plastik dan bungkus gula-gula berselerak di sana-sini.

commission___GORILLAZ_RULZ_by_Go_Devil_Dante

Namun, ramai juga yang rajin mencuci kereta sekurang-kurangnya seminggu sekali sambil melihat minyak hitam, air bateri, tekanan tayar dan tar pada badan kereta. Bagi mereka, membasuh sendiri menimbulkan kepuasan selain kerja itu adalah satu senaman.

Sebenarnya, kesan pancaran matahari, hujan, lecah, embun dan pencemaran alam sekitar adalah faktor semula jadi yang menyebabkan kereta anda kotor dan tidak berseri.

Elak guna sabun basuh
Sebenarnya, tiada rahsia atau alat tertentu yang boleh menghindari cat kereta daripada cepat pudar dan luntur. Ia berkaitan dengan kepekaan anda, sama seperti anda menjaga kesihatan tubuh badan. Yang penting ialah mencuci kereta dengan kerap kerana ia boleh menghindarkan kesan pencemaran, sekali gus mengelakkan badan kereta daripada terlekat habuk, terutama yang boleh menyebabkan karat.

Pada dasarnya, kereta hendaklah dicuci bahagian luar dan dalam sekali dalam masa satu atau dua minggu. Apabila mencuci kereta, bahan cucian yang digunakan juga perlu dipilih dengan berhati-hati.
Pemilihan bahan pencuci yang tidak tepat boleh menyebabkan risiko karat kepada kereta.

Anda dinasihatkan supaya jangan sekali-kali menggunakan sabun atau serbuk pencuci pakaian untuk mencuci kereta kerana bahan pencuci itu mengandungi garam yang boleh menyebabkan karat. Untuk memudahkan cucian, gunakanlah kain lembut atau span. Anda perlu menyiram kenderaan dengan air yang banyak bagi menghilangkan buih sebelum dikeringkan dengan kain bersih.

Pilih bahan pengilat bermutu
Selain menggunakan sabun, ada pemilik kereta yang menggunakan bahan pengilat selepas mencuci untuk menjadikan cat kereta lebih berkilat. Bahan pengilat mampu menghapuskan kekotoran yang melekat pada badan kereta.

Bagaimanapun, anda perlu memilih bahan pengilat yang sesuai dengan kereta anda, sama ada menggunakan cat biasa atau ######lik. Teknik mengilat kereta juga harus dipelajari bagi memastikan penggunaan bahan itu selaras dengan harganya.

Pastikan bahan pengilat diletakkan pada kain bersih. Selepas itu gosokkan secara sama rata pada permukaan kereta. Sebaik-baiknya anda melakukan gosokan dengan gerakan bulatan. Anda perlu menunggu beberapa minit sehingga bahan pengilat yang melekat pada bahagian yang disapukan itu bertukar warna keputihan sebelum ia digosok untuk kali kedua.

Panduan paling penting ialah jangan sekali-kali menggunakan bahan pengilat di bawah pancaran matahari terik kerana ia menimbulkan hasil yang kurang memuaskan.

Hati-hati mencuci enjin
Selalunya, pemilik kereta hanya menumpukan perhatian terhadap penjagaan bahagian luaran kereta. Mereka sering kali meninggalkan bahagian dalam kereta yang turut mencerminkan kebersihan sesebuah kereta.

Beberapa bahagian dalam terutama besi atau bingkai tingkap, tepi lantai dan rangka pintu, turut mempunyai bahagian yang bercat. Bahagian ini juga perlu dibersihkan kerana sesiku pada tetingkat dan tepi pintu selalunya menjadi perangkap air dan habuk.

Jika anda membiarkannya, lama kelamaan ia boleh meninggalkan kesan karat yang teruk. Pembersihan optimum pastinya merangkumi seluruh komponen dalaman dan luaran kereta, termasuk enjin. Bagaimanapun, anda dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati jika mahu membersihkan bahagian enjin kerana cukup sensitif dengan air.

 

Krdt to Mia Sara Eliasya at MalaysiaRia

Tahukah anda siapa pencipta MOUSE?

DouglasEngelbarte1274272113258Dr. Engelbart yang dilahirkan pada 30 Januari,1925 bertanggung jawab untuk hypertext, windows, cross-file dan juga mouse. Tidak akan ada penggondam namanya bersih tanpanya. Engelbart telah berhempas pulas memikirkan sebuah hypermedia semasa beliau bekerja sebagai salah seorang kakitangan radar semasa Perang Dunia ke-II. Melihat maklumat yang dipaparkan pada skrin radar, beliau membayangkan memasuki screen radar yang sama, “terbang di sekitarnya” mencari ruangan maklumat. Jurutera itu mengejar idea liarnya di makmal sendiri di Stanford Research Institute, dan pertama kali telah menunjukkan ciptaan hypermedianya “sistem online (atau NLS) dan mouse komputer” kepada umum pada tahun 1968.

Pemegang lebih dari 20 paten, Engelbart adalah pengasas dan pengarah Institut Bootstrap, yang mengkhususkan diri dalam strategi, teknologi dan proses untuk membina organisasi berprestasi tinggi, pasukan dan individu. Beliau juga suka mengarang cerita sains-fiksyen untuk anak-anak.
mouse1mouse2

 

Krdt to Ida Syuhada at Malaysia Ria

15 Rahsia Senyum Dan Tawa

smile2

Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu sekalipun mungkin orang akan mengganggap anda ‘tidak siuman’. Bersedih tentusaja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis sehingga memudaratkan kesihatan.

Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.

Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan ‘wajah senyum’ yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Antara contoh artis bollywood yang berwajah senyum ialah”Rani Mukherjee”. Memang sukar mencari wajah begini dan jika anda mempunyai wajah sedemikian anda adalah satu dalam sejuta.Cuba anda perhatikan orang yang dilanda masalah misalnya dan ditambah pula hidupnya tak pernah putusditimpa pelbagai masalah. Tentu sekali wajahnya kelihatan murung, berserabut dan nampak tua dari usia sebenar. Jika demikian tidak boleh kah kita bersedih dan menangis? Tentu sekali boleh tetapi perlu ada tempohnya. Kala bersedih menangislah sepuas hati dan bersedihlah semahunya. Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan anda berada dalam keadaan demikian dan selepas itu anda perlu berbuat sesuatu bagi meneruskan hidup.

Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup sememangnya ada masalah lalu menerima keadaansedemikian dengan tenang dan masih mampu tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan yang diberikan.

15 fakta menarik :
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 ototmuka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
” SENYUM ITU KELOPAK.
KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”.
Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.

Krdt to Amat Bj