Apakah Benar Orang Malaysia Gila Seks???

Apakah benar orang Malaysia Gila Seks? Kalau nak tanya diri sendiri mestilah jawapannya TIDAK. Siapa yang nak mengaku dirinya gila SEKS. Tetapi begitu banyak kes yang merujuk pada kelakuan seks yang terutamanya salah di sisi undang-undang sering kita baca atau dengar. Contohnya kes rogol yang memang kita tidak dapat nafikan telah meningkat setiap tahun. Boleh dikatakan senaskhah surat khabar memang tak sah kalau tidak menyiarkan berita kes rogol setiap hari. Contohnya, Kes yang terkini dan hangat diperkata- Cikgu rogol anak murid 10 Mei 2011

Fakta Pertama

1. Itu baru satu kes yang kita baca, cuba tengok pula statistik kes rogol (bagi semua kategori : bawah umur, remaja, berumur, dll) di seluruh negara dari tahun 2000 – 2008.
maklumat dari
Persatuan Republik Melayu

Bil Tahun    Kes Rogol
1.   2000 -  1217
2.   2001 -  1386
3.   2002 -  1431
4.   2003 -  1324
5.   2004 -  1698
6.   2005 -   2431
7.   2006 -   3098
8.   2007 -   3414
9.   2008 -   4959

Fakta menarik : Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Fu Ah Kiow, di Dewan Rakyat menyebut pada tahun 2007 sahaja 5.7 kes sehari di Malaysia ataupun hampir 1 kes rogol setiap 4 jam. Dan pada tahun 2008 dah meningkat kepada 13.7 orang sehari.

p/s – ini hanya rekod bagi kes rogol yang membuat laporan sahaja. Cuba bayangkan berapa banyak lagi yang tak dilaporkan dan direkodkan. Mesti dah berkali ganda..:-( renung2kan lah

Pada bulan Mac yang lain, Sidang Dewan Rakyat telah menyatakan “Sebanyak 9,575 kes rogol di bawah umur direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tempoh lima tahun sejak 2005″ untuk berita penuh : Utusan Malaysia

Apa akan jadi dengan anak-anak bangsa kita yang tidak cukup umur ini tetapi telah dibayangi dengan trauma yang menghantui hidup mereka. Tidakkah semua perogol ini pernah fikri untuk kebaikkan anak-anak ini? Kenapakah mereka sanggup merosakkan masa depan anak-anak bijak pandai ini hanya untuk kepuasan mereka?

Fakta Kedua

2. Satu survey yang dilakukan pada tahun 2010 oleh Durex (brand kondom) telah menunjukkan Malaysia adalah antara negara yang mempunyai budaya seks bebas ke-TUJUH paling tinggi di dunia. Buktinya : sengoti

Dari report Durex :

7. Malaysia

According to the Durex survey, sex culture generally conservative country, but a lot of controversy behind it is happening, one example: whether sex education should be held in college or not? Behind the controversy, by Durex, there are facts that indicate if the Malaysian people have a high level of horniness. For example: Minister-level officials (Health Minister) was forced to resign because of his sex scandal in January 2008.

Apa lagi yang kita nak katakan? Any komen ke tentang hal ini? Kita selalu sangka Jepun sepatutnya lebih tinggi dari kita tetapi mengikut survey ini, lain pula ceritanya … Renung2kan

Fakta Ketiga

Satu data laporan yang diambil dari Nationmaster.com (2009) mengenai kes rogol di seluruh dunia telah menunjukkan Malaysia kini berada di tangga ke 38 bagi bilangan kes rogol yang direkodkan.

“Mungkin sebagai sebuah negara Islam yang kita bangga, berada pada tangga 38 bukanlah sesuatu yang boleh kita banggakan.”

# 34
Switzerland:
0.0539458 per 1,000 people

# 35
Belarus:
0.0514563 per 1,000 people

# 36
Uruguay:
0.0512295 per 1,000 people

# 37
Lithuania:
0.0508757 per 1,000 people

# 38
Malaysia:
0.0505156 per 1,000 people

# 39
Romania:
0.0497089 per 1,000 people

# 40
Czech Republic:
0.0488234 per 1,000 people

Fakta keempat

Satu carian di Google Trend yang dilakukan oleh blogger untuk mencari tempat/kawasan di Malaysia yang paling ramai mencari mengenai “seks” pada Mei tahun 2010 – Mei tahun 2011.

Nampak orang di Klang yang paling banyak melayani enjin carian Google untuk pencarian mengenai “seks” dalam masa 12 bulan


Kali ini pula satu lagi rekod oleh Google mengenai KEYWORD “seks” apa yang paling ramai dicari di Google search sepanjang 30 hari yang lepas. Jangan terkejut dengan result analisisnya. Tak perlu kena explain la screenshot ni. Pandai-pandai la faham…adoiiii laaaa….

Krdt to Ida Syuhada at MalaysiaRia

Bayi disyorkan tidur dalam dakapan ibu

CAPR TOWN 28 Okt – Kaum ibu dinasihati tidur sekatil dengan bayi mereka sehingga bayi mereka berusia tiga tahun kerana ia baik untuk kesihatan bayi.

off98

    Nasihat kontroversi itu dikeluarkan oleh pakar pediatrik yang mendapati bayi-bayi berusia dua tahun yang tidur bersendirian tidak dapat tidur nyenyak berbanding bayi yang tidur dalam dakapan ibu mereka.

    Menurut Dr. Nils Bergman dari Universiti Cape Town, Afrika Selatan, kajian yang mereka jalankan mendapati jantung bayi yang tidur bersendirian akan berada dalam keadaan lebih tertekan.

    Bergman berkata, bayi yang baru dilahirkan dinasihati tidur dalam dakapan ibu mereka untuk tempoh beberapa minggu dan kemudian tidur di katil ibunya sehingga berusia tiga hingga empat tahun.

Newborn sleeping child

    Kajian tersebut turut mendapati bayi yang tidur bersendirian susah untuk rapat dengan ibunya dan perkembangan otak mereka juga akan terganggu.

    Ganguan tidur pada usia yang masih kecil berkemungkinan akan menyebabkan mereka mempunyai kelakuan yang tidak baik ketika mereka besar nanti, katanya – AGENSI

Krdt to Sisi Jam at MalaysiaRia

kiss4mommy

Ada apa dengan “Taugeh”

Mesti ramai suka makan taugeh. nak pulak campur dlm char kuey teow. hmmm rangup… tapi nak beli taugeh tu kene buat eksperimen dulu la.

bean-sprouts

Beli sket, jgn makan dulu sebaliknya simpan dulu utk 3 hari. pastu cuba bau taugeh tu lepas 3 hari camane. dan kalau boleh jgn beli taugeh yg kaler putih berseri tu.

Kepututsan yg mungkin boleh didapati… lepas 3 hari bau taugeh tu hanching semacam. bermakna taugeh tu disiram dgn urine a.k.a air kencing. dan air urine tu la jugak menyebabkan kaler putih berseri. kalau nak tau taugeh keluaran bumiputera senang aje. kaler dia mcm kekuningan sket dan cepat layu serta kurang rangup, sebabnya langsung tak guna urine sebagai baja.

Ni info dari pegawai opis aku(penulis) yg pernah buat lawatan ke pusat2 penanaman taugeh dibeberapa negeri tertentu yg diusahakan oleh cha ya nun alip. siap terjumpa satu bilik khas simpan air kencing utk disiram pada pokok2 taugeh tu.

Dan kenapa taugeh jadik mangsa? sebabnya taugeh ni jenis pokok menyimpan air siraman bulat2 terus dlm batangnya. tak spt sayuran lain iaitu sayuran2 berdaun hijau yg mengalami fotosintesis semasa proses penyerapan baja atau dgn erti kata lainnya air siraman masuk ke tanah dulu barulah akar menyerap dan proses fotosintesis berjalan utk penyerapan zat2 dari baja.

images

Tak mcm taugeh dia serap terus ape yg kita siram sebab pertumbuhan tumbesaran bukan secara fotosintesis. tu sbbnya kalau simpan dlm masa 3 hari bau dia wangiiiiiii semacham…

So bagitau la kat sedara mara, kengkawan pasal nak mengenal taugeh2 hanching dgn taugeh2 bumiputera.

krdt to AmatBj at MalaysiaRia

Bahaya “Shoulder Surfing”

shoulder-surferMerujuk kepada Wikipedia, Shoulder Surfing ialah kaedah atau teknik melihat secara terus, sepertimemerhati disebalik bahu seseorang untuk mendapatkan maklumat. Teknik ini lebih berkesan di tempat-tempat yang sesak (high-traffic areas) kerana pelaku akan lebih mudah memerhatikan mangsa yang sedang mengisi sesuatu borang, menekan nombor PIN di ATM, menaip kata laluan pada komputer dan sebagainya.

Ada juga sesetengah orang yang cuba melihat mangsanya menaip kata laluan dari jauh menggunakan binokular (teropong), dan ada juga yang menggunakan pelbagai ‘automated tools’ seperti kamera litar tertutup. Pada tahap yang ‘tertinggi’, ada pula yang mampu meneka kata laluan yang sedang ditaip dengan hanya mendengar pada bunyi papan kekunci.

Anda jangan terpedaya dengan seseorang yang memakai cermin mata di belakang anda, dan kemudian anda menganggap beliau adalah seorang yang rabun, jadi anda tidak perlu begitu risau akannya. Ada antara mereka yang hanya menggunakan cermin mata sebagai penyamaran supaya tidak begitu dipedulikan.

shoulderDengan meningkatkanya teknologi dunia IT dari semasa ke semasa, teknik ini juga semakin berkembang dan meningkat maju lalu memudahkan pengamalnya untuk memperoleh maklumat dengan lebih efisien. Cuma yang dapat kita harapkan, kesedaran terhadap perkara ini meningkat bersama supaya jangan hanya kerana seseorang itu berjaya mendapatkan maklumat sensitif anda seperti kata laluan atau nombor PIN, seluruh hidup anda menjadi gundah kerana dalam banyak perkara, kata laluan adalah pemegang kepada ‘kunci’ pelbagai kerahsiaan dalam hidup anda. E-mel, akaun laman sosial, akaun bank, dan sebagainya dapat dibuka dengan kata laluan. Jadi ingat, sebelum menaip, pastikanlah anda melakukannya di tempat yang paling selamat. Dalam erti kata lain, jangan tak pandang belakang!

 

Krdt to Intel® Core™ i7 Processor4.80GHz at MalaysiaRia

RITUAL PEMAKAMAN MAYAT PALING ANEH DI DUNIA

Kematian adalah sesuatu yang  sangat menyedihkan sehingga diperlukan sebuah upacara khusus untuk menghormati atau mengenang mereka yang mati. Sepertinya penguburan mayat dan kremasi adalah sebuah ritual kematian yang biasa ditemui. Namun, percayakah anda bahawa ada beberapa budaya membuang mayat, berdansa dengan mayat hingga yang paling mengerikan adalah ritual memakan mayat!…..

Berikut adalah upacara ritual kematian yang paling aneh menurut pelbagai budaya di dunia ini:

Berdansa Dengan Orang Mati

Kaum Malagasi di Madagaskar

Percaya atau tidak, orang Malagasi di Madagaskar mengeluarkan orang mati dari kubur dan melakukan perayaan bersama mereka. Ritual yang disebut Famadihana ini meyakini semangat si mati akan bergabung dengan nenek moyang mereka setelah tubuhnya membusuk. Perayaan yang diiringi dengan tarian-tarian bersama mayat ini diadakan sekali setiap tujuh tahun sekali dan merupakan waktu reunion bersama keluarga bersukacita.

Pemakaman Langit

Penganut Budha Di Tibet

Iklim keras Tibet dan tanah berbatu-batu membuat pemakaman di sana terasa mustahil. Jadi, warga Buddha di Tibet sering pergi untuk sebuah ‘pemakaman langit’ di mana tubuh akan cincang, dicampur dengan tepung dan diatur sedemikian rupa agar dimakan oleh burung-burung pemakan bangkai. Mereka percaya bahwa tubuh hanyalah sebuah kapal untuk jiwa dan harus kembali ke alam.

Pemakaman Tana Toraja

Suku Kaum Tana Taroja Indonesia

Pemakaman di wilayah Tana Toraja Indonesia adalah sebuah ritual agung. Upacara pemakaman disertai dengan muzik, tari-tarian dan pesta untuk sejumlah tamu. Merak percaya, kematian di sini adalah sebuah kesempatan mewah dengan harga yang mahal. Jadi, keluarga si mati diberikan penangguhan, mereka tidak perlu menguburkan tubuh mayat dengan segera. Mereka hanya dapat membungkusnya dan menyimpannya di dalam rumah mereka, sementara mereka menabung untuk biaya pemakaman. Tabungan dapat waktu berminggu-minggu, bulan atau bahkan bertahun-tahun. Sementara waktu itu, mayat diperlakukan sebagai orang sakit dan dimasukkan dalam rutin sehari-hari. Sebuah pemakaman yang sebenarnya terjadi ketika keluarga melakukan upacara kematian dan peti mati ditempatkan di kuburan berupa gua atau tergantung di tebing sungai.

Keranda Fantasi

Keranda Fantasi

Jika saja Elvis meninggal di Teshi (Ghana), maka dia akan dikuburkan dalam sebuah peti mati berbentuk gitar. Warga pinggiran Accran ini mempunyai kebiasaan menguburkan mereka yang mati dalam keranda fantasi. Peti Keranda ini mengambarkan profesi si mati. Replika raksasa botol coke, buah-buahan atau ‘gadget’ lainnya akan ditampilkan di ruang pameran peti keranda. Mereka percaya bahawa kematian si mati akan gembira kerana obsesi mereka semasa mereka hidup diabadikan bersama.

Krdt to Zamemi at MalaysiaRia

Istilah-istilah Khinzir yang perlu kita ambil tahu

funny-pig-cartoonDalam Bahasa Melayu, perkataan B*** atau Khinzir jelas menggambarkan haiwan berkaki empat ini sama ada daging b***, bulu b*** ataupun kulit b***. Tetapi di dalam bahasa Inggeris, kita mungkin terkeliru dengan pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan ini. Contohnya:

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging b.a.b.i di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis b.a.b.i.

3. Pig : Istilah umum untuk seekor b*** atau sebenarnya bermaksud b.a.b.i muda, berat kurang 50kg.

4. Hog : Istilah untuk b.a.b.i dewasa, berat melebihi 50kg.

5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari b.a.b.i. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari b.a.b.i.pig-sleeping

6. Boar : B.a.b.i liar

7. Sow : Istilah untuk b.a.b.i betina dewasa yang jarang digunakan.

8. Sow Milk : Susu B.a.b.i

dan ada pelbagai istilah lagi…

Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan b.a.b.i, istilah Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan atau label ubat.

Mungkin ramai orang Islam yang tidak mengetahui bahawa label yang bertulis “This product contain substance from porcine” bermaksud “Produk ini mengandungi bahan dari b.a.b.i”, atau label yang menyatakan “The source of gelatin capsule is porcine” bermaksud “Kapsul dari gelatin b.a.b.i”.

large

Krdt to Ida Syuhada at MalaysiaRia

20 Bulan buang tatu pada tubuh

PERUBAHAN muka Byron Widner yang menjalani proses rawatan membuat tatu pada muka dan lehernya.

PASADENA, Amerika Syarikat (AS) – Seorang bekas gengster skinhead di AS, Byron Widner mengalami sakit kepala dan kesakitan lain selepas menjalani pembedahan untuk membuang tatu perkauman pada muka sehingga ke kakinya.

Menyentuh mengenai kesakitan itu, Widner berkata: "Ia merupakan harga yang kecil untuk dibayar bagi menjadi manusia semula."

Dia kini tinggal di sebuah lokasi rahsia bersama isterinya, Julie Larsen, dan anaknya untuk membina kehidupan baharu selepas berkahwin pada 2006.

Widner bergelumang dengan kumpulan gengster selama 16 tahun.

Dia merupakan pengasas bersama sebuah kumpulan perkauman kulit putih skinhead yang beroperasi di Indiana dan Ohio yang dikenali sebagai Kelab Sosial Vinlanders.

Namun, Widner kemudian insaf selepas menyedari dia tidak mahu membesarkan anaknya dalam budaya permusuhan dan keganasan yang melanggar batas undang-undang.

Dia menjalani proses membuang tatu selama 20 bulan dengan bantuan kewangan Pusat Undang-Undang Kemiskinan Selatan. – Agensi

5 Fakta Untuk Anda Percaya Atau Tidak

HZRAXGVDM2LM1SDCQ5ARB

1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

udang dan Vitamin C2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

P30804203. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L’Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol’s Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

maggiiiiiiiiiiiiiiiii4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai ‘makan untuk mendapat barah’.

Bawang Goreng 35. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Krdt to Dirsham at MalaysiaRia

Mencari Tuhan di dalam Hutan

sleeping_tiger

Pada suatu hari, seorang pengembara beragama Islam telah sampai ke sebuah perkampungan manusia atheis. Tatkala sampai, pendakwah itu terus bersolat kerana pada waktu itu sudah masuk waktu Zohor. Dia hanya bersolat di atas tanah berlapikkan kain yang dibawanya. Penduduk di situ mentertawakannya kerana mereka tidak pernah melihat orang bersolat.       

”Orang muda, apa tujuan kamu datang ke mari? Kamu bukan orang sini. Pakaian kamu seperti orang yang bandar.” Salah seorang penduduk di situ menanyakan soalan. Usianya agak tua. Mungkin menjadi ketua kampung di situ.

          ”Saya mahu tumpang tinggal di sini selama beberapa hari, boleh? Saya seorang pengembara.”

          ”Boleh memang boleh. Tapi, kamu perlu berhati-hati. Tempat ini asing bagi kamu. Jika berkenan, kamu boleh tumpang tidur di rumah saya.”

          ”Ya. Terima kasih.”

          Pada malam itu, pengembara itu bersolat lagi di rumah orang tua tadi. Mereka semua hairan melihat amalannya itu. Sejurus selepas solat, orang tua tadi bertanya, ”Apa yang kamu buat tadi?”

          ”Saya menyembah Tuhan saya.”

          ”Tuhan? Di mana Tuhan kamu? Tidak nampak pun!” soal orang tua itu sambil disambut ketawa oleh anak-anak dan isterinya.

          ”Tuhan saya ada. Tapi, kita tidak boleh nampak.”

          ”Hah? Ada, tapi tidak nampak?”

          ”Ya, Tuhan itu wujud. Tetapi, kita tidak boleh melihatnya.”

         Sekeluarga kehairanan. Sambil tersenyum, pengembara itu berkata, ”Setiap kejadian alam ini, Tuhan yang buat. Tuhan buat pokok. Tuhan buat haiwan. Tuhan buat kamu dan juga saya.”

          ”Mustahil! Bagaimana benda yang kita tidak boleh nampak boleh mencipta sesuatu yang boleh nampak? Hah! Hah! Mengarutlah!”

          Pengembara itu menahan kemarahannya dengan tersenyum. Tidak ada gunanya dia berdebat dengan orang atheis seperti orang tua ini. ”Terpulanglah pada pak cik. Esok, temankan saya masuk ke hutan, boleh? Saya mahu cari Tuhan saya.”

          ”Haha! Boleh! Pak cik pun tak sabar-sabar nak tengok Tuhan kamu. Hehe!”

Maka, pada malam tersebut, pengembara itu bermalam di rumah pak cik itu. Ketika waktu sahur, dia bangun lagi untuk bersolat tahajjud. Dalam doanya, dia meminta semoga Allah memberikan hidayah kepada seluruh penduduk kampung tersebut.

Pada keesokan pagi, dia dan pak cik tadi pun masuk ke hutan. Sepanjang perjalanan itu, pak cik tua itu menunjukkan kepada pengembara tersebut pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Pengembara itu bertanya, ”Siapa yang ciptakan semua pokok-pokok dan haiwan-haiwan ni?”

          ”Semuanya tumbuh dan membesar dengan sendiri. Tidak ada sesiapa yang buat,” jawab pak cik itu selamba.

          ”Tapi, setiap kejadian itu, mesti ada penciptanya.”

          ”Jika ada pencipta, mana penciptanya? Tak nampak pun! Mana Tuhan yang kamu katakan?”

          Pengembara itu bersabar dan tidak mudah melatah. Mereka meneruskan perjalanan. Sambil itu, pengembara itu bertanya lagi, ”Jadi, pak cik tidak percaya pada wujudnya Tuhan?”

          ”Tidak. Segala yang wujud perlu dibuktikan dengan mata. Jika Tuhan ada, dia di mana?”

          Soalan itu tidak berjawab. Perjalanan diteruskan lagi sehinggalah pak cik itu tiba-tiba melompat tatkala terserempak dengan kesan tapak kaki harimau.

white-tiger-nature-forest

”Kita kena balik sekarang! Kita dalam bahaya!” jerit pak cik itu.

          ”Kenapa pak cik?”

          ”Kamu tidak nampakkah? Ini bekas tapak kaki harimau. Masih baru lagi!”

          ”Tapi, ini cuma bekas tapak kakinya sahaja, bukan betul-betul harimau.”

          ”Jika ada bekas tapak kaki, maknanya adalah harimaunya!”

          ”Pak cik yakin ada harimau di sini?”

          ”Ya. Mengikut pengalaman pak cik, jika ada bekas tapak kaki, maknanya harimau masih berkeliaran di sini. Pak cik yakin ada harimau di depan sana. Lebih baik kita balik!”

          Sambil tersenyum, pengembara itu berkata, ”Melihat pada kesan tapak kaki sahaja pun pak cik sudah percaya di sini ada harimau. Jika ada, mana dia? Tak nampak pun.”

          ”Ish! Mengapalah orang seperti kamu ini bongok sangat? Daripada mana datang tapak kaki ini jika tidak ada harimau? Hah!”

          Pengembara itu tersenyum lagi. ”Pak cik, bukankah pak cik pernah kata, jika tidak nampak, maknanya benda tu tak wujud? Jadi, saya tak nampak harimau, maknanya harimau tak wujud!”

          Pak cik tua itu terdiam. Pengembara itu meneruskan lagi, ”Melihat pada kesan tapak kaki pun, kita sudah tahu bahawa ada harimau di sini. Tapi, apabila saya kata, setiap kejadian alam ini, Tuhan yang cipta, mengapa pak cik taknak percaya?”

          Pengembara itu meneruskan lagi. ”Mestilah Tuhan yang menciptakannya walaupun kita tak pernah nampak dia!”

          ”Jomlah kita balik, pak cik. Saya ’dah jumpa’ Tuhan saya.”

MORAL: Tuhan itu wujud walaupun kita tak pernah nampak dia. Namun, Tuhan sentiasa nampak kita. Berhati-hatilah, anda sentiasa dilihat.

Krdt to Dirsham at MalaysiaRia