Memories Part 2

Hihihi, sebenarnya minggu(14/3/13) lalu saye balik Sabah, iyoo lee rindu dan bimbang keselamatan famili tercinta dan jugak tunang yg dirindui di Sandakan tu. Memey le kene balik, and its another important date in my life timeline. Duit dah cukup, so, proceed to majlis berian pada 16/3/13, yg tu kitorang buat simple je, just antara keluarga dan saudara mara sahaja, so tak banyak amek gambo. Tujuan majlis untuk penyerahan duit hantaran RM10k dan jugak penetapan tarikh kahwin, alhamdulillah tarikh dah pun ditetapkan, 1 Jun 2013, itu ialah tarikh perkahwinan kami yg akan berlangsung secara sederhana di Sandakan jugak.

16032013536 16032013537  1603201354016032013541

So sesiapa sahaja yg ternampak post ini, otomatik dijemput hadir pada tarikh tersebut, tempat dan masa akan diberitahu kemudian. Doa kan smoga semuanya berjalan dengan lancar, walaupun majlis kecil kecilan dan sederhana, yang penting majlis akad nikah berlangsung dengan sempurna, dan sah menjadi suami isteri, itu yg penting. Err terus terang agak bdebar jugak, bukan sebab takot dengan pak imam, yg part aku terima nikahnya tu. Cuma hal perkahwinan ni bukan sesuatu yg main2, perkahwinan antara dua orang insan sama dengan perkahwinan dua buah keluarga. Harus baik antara keduanya, dan yg paling penting tu, tanggungjawab, addduhhh bab ni paling berat, so peringatan tuk saya dan semua lelaki di luar sana, praktis yg baik utk menjadi seseorang yg bertanggungjawab, ialah menjaga solat. Laksanakan tanggungjawab thadap Allah swt, in shaa Allah semuanya pasti baek2 sahaja.

P/s: My Kangkong tia suru letak gmbrnya dalam ni, nnti dia marah 🙂

Advertisements

Memories

Salam and Haaii everyone!! Lamanyaa tak update blog, diam tidak bererti lupa, cuma bz sdikit sahaja. Petang ni trasa mcm nak menulis laa pulak, byk sangat pkara nak share ngan korang. Ramai yg tertanya tanya kenapa lama menyepi, mungkin ade jugak yg tdengar khabar yg saya dah nak kawen, mcm2laa persepsi korang ek, yg persepsi teruk smpai mcm ni pun ade.

Capture
Mungkin salah saya jugak sebab terlalu menyepi and tak update khabar berita sampai timbul spekulasi mcm ini. Memanglaa betol saye nak kahwin, tetapi bkn sebab yg diatas tu. Sebab nyer dah sampai seru, keje dah ade,  duit dah cukup, calon dah ade, cantik  plak tu, kahwin laaa nak tunggu ape lagi. Buat member2 lelaki kat luar sana tu, dah jumpe yg terbaek, jgn lah nk tunggu2, cukop je duit g jumpe makayah, kahwin laa terus. Bcinta lepas kahwin best, boleh bawak g mane2 je, pegang tangan puas2 pegang lah, cume jgn buat aksi meluat kat tengah orang ramai, kang kene baling kasut kang.

Tringat lagi masa tahun 2012, 24hb Ogos, dah nekad dah tym tu, so hantarlaa rombongan g rumah c Kangkong ni, tuk majlis tunang yg rasmi dan tetapkan tempoh tunang dan hantaran brapa. Lupa nak share ngan korang tarikh2 penting ni, sorry, hihihihi.
_DSC0472                                                                                                         Rombongan2 kami~

_DSC0519 _DSC0526
_DSC0561_DSC0574 _DSC0580_DSC0604pizap.com13461550813701

So Majlis Tunang 24/8/12 pun dah, hihihihi, bergerak ke timeline yg seterusnyaa, majlis berian yg baru jak berlangsung pada minggu lalu, 16/3/13.

To be continue..
  

Trend Jubah Muslimah Kini

 

Alhamdulillah.. Kini ramai artis-artis tempatan kita yang mula berhijrah dengan memakai hijab. Secara tidak langsung akan menjadi ikutan para peminat-peminat setia mereka. Persoalannya, walaupun ramai wanita akhir zaman kita yang bertudung dan berpakaian tutup, tetapi masih boleh disifatkan sebagai bertelanjang kerana berpakaian ketat, sendat dan menampakkan bentuk badan.

jubah sendat

     

     Sangat sedih apabila melihat penjualan jubah-jubah muslimah di internet. Layakkah ianya digelar jubah muslimah apabila ianya ketat, jarang dan melekat di badan? Inilah akibat daripada cara halus unsur-unsur jahiliah yang menyerap masuk ke dalam fesyen wanita muslim.

Dikatakan bahawa jubah itu adalah pakaian menutup aurat iaitu semua aurat termasuk aurat-aurat tersembunyi di sebalik kain jubah. Sekarang ini sudah terbalik. Pereka fesyen busana Muslimah sudah semakin ghairah mencipta fesyen jubah yang bukan-bukan. Apa manafaatnya kalau pakai jubah tapi garis tali coli tersembul atau garisan seluar dalam jelas kelihatan apabila berdiri dan berjalan.

Tujuan asal jubah adalah untuk meminimum dan menghalang kesan seksual dari aurat tubuh wanita ke atas pandangan nafsu syahwat kaum lelaki yang melihat. Tetapi, apa gunanya lagi, jika Jubah pun sudah mula disendat dan dicampurkan elemen kebaya dalam rekaannya. Apa maknanya jubah Muslimah sekiranya lelaki boleh terangsang nafsu apabila melihatnya ?

hijabster malaysia

 

Periksa pakaian yang anda pakai.. Periksa niat anda, untuk berfesyen atau menutup aurat..

Jom muhasabah diri ^^

 

  kredit to : wanitamelayuseksa.blogspot.com