Keajaiban Ciptaan Allah “Morning Glory Pool”

Sebuah lagi keajaiban alam semulajadi (baca Ciptaan Allah) yang patut kita kagumi ialah “Morning Glory Pool”, yang terletak di Yellowstone National Park, Wyoming, Amerika. Dengan gelaran kolam ‘seribu wajah’ kerana penampilan warnanya yang berwarna-warni, biru, hijau, kuning, orange dan coklat tembaga.

Fenomena yang mengkagumkan ini telah menjadikan “Morning Glory Pool” sangat terkenal di serata dunia pada perspektif pelancongan. Setiap tahun sekitar 3 juta pelancong akan datang ke sini untuk menyaksikan keajaiban kolam ini. Kononnya, kolam ini telah lama wujud dan telah dinamai sebagai “Morning Glory Pool’ sejak tahun 1880 lagi. Kewujudannya yang mengujakan itu ibaratnya seperti keindahan sekuntum bunga yang sedang kembang mekar di suatu pagi hari. Telah dipercayai bahawa kolam ini terjadi sedemikian rupa adalah dikeranakan oleh peristiwa alam semulajdi seperti gempa bumi dan aktiviti seismik di daerah itu.

Asalnya, kolam air panas itu didominasi oleh warna biru terang. Namun kemudiannya telah berubah menjadi beberapa lagi warna lain dikeranakan oleh perbuatan tangan manusia iaitu para pengunjung yang telah datang dan membuang pula wang syiling, batu, kayu bahkan sampah ke dalamnya. Akibatnya objek² yang telah dibuang ke dalam kolam itu tertanam di dasar kolam yang kemudiannya telah menyumbat saluran-saluran air panas didasar kolam. Maka proses kitaran air mulai terganggu dan suhu air pun mulai menurun. Kolam yang dahulunya berwarna biru dengan wap yang mengepul-ngepul keluar kerana kepanasan air kini sudah tidak kelihatan lagi.

Akibat daripada penurunan suhu tersebut maka bakteria pun mulai masuk dan mengubah warna biru menjadi kekuningan, orange dan coklat tembaga. Pada proses awal kemasukan bakteria ini, ia hanya berada di sekitar pinggir kolam dengan menjadikan warna air kolam berubah ke warna kuning dan orange namun seiring dengan penurunan suhu air kolam maka bakteria tersebut mulai masuk hingga ke bahagian tengah kolam.

Akhirnya warna biru kehijauan kini tidak lagi mendominasi kolam itu. Sebaliknya, warna kuning, orange, coklat tembaga mulai terlihat menyebar mengelilingi kolam berkenaan. Seandainya keadaan ini tidak segera diatasi, berkemungkinan keindahan kolam air panas “Morning Glory Pool” suatu masa nanti hanya tinggal kenangan yang terakam di dalam foto-foto sahaja.

 

Krdt to Dayak at MalaysiaRia

Advertisements

Potret Diperbuat daripada Skru

California- Andrew Myers mendapat satu akal untuk membuat potret beliau lebih terang.

Dia memaku skru ke dalam panel kayu pada kedalaman yang berbeza untuk membuat

gambar tiga dimensi. Hasilnya kelihatan agak inovatif.

Portraits Made of Screws

Portraits Made of Screws

Portraits Made of Screws

Portraits Made of Screws

Portraits Made of Screws

Portraits Made of Screws

Portraits Made of Screws

Portraits Made of Screws

Portraits Made of Screws

Portraits Made of Screws

Portraits Made of Screws

Portraits Made of Screws

Portraits Made of Screws

 

Krdt to Dayak at MalaysiaRia

Berhati Hati Pencuri Menyamar staf TNB

Assalamualaikum,

Macam2 cara orang nak merompak ni..,kena sentiasa berhati hati dengan sapa2 pun…tak kira lah tang mana pun kita berada..terutama sekali bila kita dok kat rumah sorang2 lah….walaupun nampak baik.Jangan cepat sangat percaya dengan kata2 dan pakaian seragam yang depa pakai tu…

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihati orang ramai supaya berhati-hati berikutan satu kes samun di Johor Baharu oleh dua lelaki menyamar sebagai pekerja TNB baru-baru ini.

Menurut TNB, pasukan kerjanya akan hanya memasuki halaman rumah dengan kebenaran penghuni setelah menunjukkan kad pekerja atau kad pengenalan diri dibekalkan TNB.

“Bagi anggota kerja TNB yang menjalankan tugas di premis pengguna, mereka diwajibkan memakai pakaian seragam syarikat berupa kemeja-T merah berlogo TNB beserta jaket biru dengan sulaman logo TNB berwarna merah dan mempunyai nama anggota kerja itu,” menurut kenyataan TNB, semalam.

Pengguna diminta segera menghubungi TNB sekiranya didatangi pihak mencurigakan yang mendakwa sebagai pasukan kerja TNB.- Bernama

 

Krdt to Dayak at MalaysiaRia

Tips menghilangkan sedu

    Tips menghilangkan sedu – hikkk… hikkk..! erm, dah besar pun masih tersedu lagi, hehe.. gurau saja. Hari ini nak post tentang tips, antara tips yang dipilih ialah tips menghilangkan sedu, bukan sedu sedan ya.. itu menangis. Sedu ini adalah tindakan tidak terkawal, jadi kita tidak boleh dengan sendirinya hendak mengadakan sedu dan menghilangkan sedu itu. Biasanya sedu itu datang tampa diundang dan pergi tanpa disuruh. Begitulah secara asasnya.

    Orang dewasa nie jarang sedu, selalunya bayi atau budak-budak kecil selalu sedu. Orang tua-tua kata tu tandanya nak cepat besar dalam erti kata lain, pertumbuhan berlaku. Betul atau tidak entah la. Aku sendiri sendiri belum jumpa fakta sains yang dapat mengesahkannya. Cuma sekiranya bayi anda sedu,  orang tua2, suruh letakkan perca kertas atau keratan tisu yang dibasahkan dengan air kemudian letakkan di dahi bayi.

    Ok, itu secara ringkas pengenalan mengenai sedu dan cara menghilangkan sedu bayi. Jadi bagaimana pula nak menghilangkan sedu orang dewasa? Sebelum dibongkarkan tips rahsia menghilangkan sedu nie, mari kita ketahui terlebih dahulu punca – punca kesedukan ini berlaku. (huhu, dekat-dekat dengan perkataan sudoku pula bila sebut perkataan kesedukan nie)

    Antara punca-punca yang dapat dikenalpasti berlakunya sedu ialah:

       

  • Menelan terlalu banyak udara

  • Ketawa yang melampau (selalu nye ni la yang menjadi punca utama sedu), kurangkan ‘haha’ maka kuranglah ketawa.

  • Makan secara lahap

  • Berasa bimbang

  • Rasa Teruja yang teramat

  • Merokok

  • Mengambil alkohol secara berlebihan

    •  

    Punca-punca berlakunya aktiviti sedu sudah kita ketahui, maka tibalah masanya untuk dibongkarkan tips rahsia yang tak rahsialagi tentang bagaimana untuk menghilangkan sedu, tips ini sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak mumayyiz saja, jangan cuba pada bayi anda pula. Tips menghilangkan sedu yang dimaksudkan adalah seperti di bawah:

    1. Tahan Nafas selama 10 saat dalam keadaan anda bersandar atau baring

    -Ini adalah cara yang paling mujarab. Tujuannya adalah supaya kita berada dalam keadaan tenang dan mengawal pernafasan.

    2. Urut bahagian atas atau belakang langit – langit mulut

    -Cara ini mungkin nampak agak pelik sikit tetapi ianya membantu juga. Hal ini kerana dengan mengurut di bahagian langit – langit, ia akan merangsang saraf vagus yang akan menyebabkan tindak-balas pada diafram. Gunakan kapas cotton – tipped applicator.

    3. Minum segelas air sejuk dengan segera

    Cara ini antara cara yang paling popular untuk diamalkan. Sama sahaja dengan kaedah di atas, fungsi air akan merangsang saraf vagus sekaligus membuatkan kita melupakan sedu untuk seketika.

    4. Bernafas di dalam beg plastik dalam tempoh 2 ke 3 minit

    Kaedah ini bertujuan agar kita dapat bertenang serta mengawal pola pernafasan. Tapi anda tidak di galakkan dilakukan di tempat awam kerana dikhuatiri anda di anggap mengalami masalah mental pula.. (orang yang lelah secara tiba-tiba juga boleh guna teknik ini)

    5. Bersendawa

    Dengan bersendawa, ia akan menghalang udara yang masuk yang menjadi sebab sedu berlaku. Pengambilan air berkarbonat yang bergas seperti 100 plus, pepsi dan sebagainya mampu menyebabkan anda bersendawa seketika.

    Demikian 5 tips menghilangkan sendawa yang boleh pembaca sekalian praktikkan sekiranya berlaku. Ada kalanya, buruk juga rupa orang tengah sendawa, dan kadang-kala wajahnya lucu juga. Hehe.. Sekian.

     

    Krdt to Dayak at MalaysiaRia

Isteri Berleter 6 Hari Setahun

    Assalamualaikum warahmatullah dan selamat sejahtera,

    TAK buat salah, buat pun salah. Serba tak kena jadinya hingga apa saja yang dibuat semuanya salah di mata isteri. Pakai baju warna terang, salah beli peralatan sistem audio kereta dek kerana minat pun salah.

    Itu belum lagi mengambil kira detik suami pulang lewat – habis ditanya itu ini bagai pegawai polis penyiasat kes. Bayangkan, lelaki yang letih bekerja seharian tiba-tiba berdepan dengan situasi isteri membebel minta seribu macam penjelasan. Tentu boleh naik angin satu badan si suami bukan? Andai pada awal perkenalan hingga diijab kabul, ‘sindrom berleter’ si isteri hampir tidak dikesan atau jika adapun sekadar manja-manja, lain pula senarionya apabila rumah tangga makin meningkat.

    Tidak hairanlah, kajian yang dikendalikan di London, baru-baru ini merekodkan, secara purata, seorang isteri menghabiskan masa hampir 6 hari dalam tempoh setahun semata-mata untuk berleter kepada suami mengenai pelbagai perkara terutama berkaitan urusan rumahtangga.

    Menurut laporan itu yang dibaca di BH20/06/2010, mendapati isteri tidak merasa bersalah berleter terhadap suami mereka manakala si suami secara rahsia merasakan bahawa mereka sentiasa betul. Kajian yang membabitkan lebih 3,000 orang dijalankan oleh kumpulan kempen kesihatan Everyman. Golongan isteri dianggarkan menghabiskan kira-kira 7,920 minit setahun untuk berleter kepada suaminya mengenai rutin rumahtangga, tabiat minum dan kesihatan mereka. Ia bersamaan dengan dua jam setengah setiap minggu atau keseluruhan 11 jam sebulan atau hampir enam hari setahun… (Alaaa… Berleter 6 hari saja… setahun ada 365 hari, jika difikirkan mereka ada 359 hari yang aman tanpa leteran. Bersyukurlah )

    Kajian itu merumuskan, perkara biasa yang dileteri wanita mengenai pasangan mereka adalah tidak membantu mengemas rumah. Aduan lain termasuk tidak membantu membersihkan pinggan mangkuk, terlalu banyak minum dan tidak mendapatkan rawatan doktor.

    Majoriti wanita tidak berasa malu suka berleter dengan 87% mengakui SUKAR untuk memastikan pasangan melakukan sesuatu. Manakala lelaki berkata, mereka tidak mengakui perkara itu dengan 83% merasakan mereka sentiasa betul. Walaupun berleter adalah satu perkara yang tidak disukai dalam satu perhubungan, strategi berkenaan kadang-kala dilihat lebih efektif, berdasarkan kepada kajian.

    Ini adalah keputusan kajian yang dilakukan di luar negara. Saya kurang pasti sama ada, ada atau tidak kajian sebegini di Malaysia.

    Apakah benar memang lumrah wanita sentiasa berleter atau ada sebab mengapa golongan Hawa secara semula jadi suka membebel? Adakah faktor cemburu, cerewet atau memang tidak senang dengan perubahan dan sikap si suami yang dikhuatiri mengancam kebahagiaan rumahtangga? Tidakkah isteri terfikir bagaimana agaknya emosi suami berdepan dengan tekanan setiap hari? Bagaimana pula dengan maruah suami yang menahan bebelan isteri di hadapan anak-anak mahupun orang di sekeliling?

    Rasa-rasanya, wanita bergelar isteri TIDAK MUNGKIN berleter tidak tentu fasal atau tanpa sebab yang munasabah. Cuba dengar apa butir ‘peluru’ yang dileterkannya? PERCAYALAH, suami yang tidak peka dan tidak perihatin dengan permasalahan rumahtangga memang mudah dan patut pula dileteri isteri. Setuju?

    Saya mengandaikan, leteran mereka yang bergelar isteri, tidak kira di negara mereka berada, sedikit-sebanyak tentu ‘peluru leteran’ mereka bernada yang sama. Mari kita BACA semula alasan wanita berleter dalam kajian Everyman. Antaranya :

       

  1. tidak membantu mengemas rumah

  2. tidak membantu membersihkan pinggan mangkuk

  3. terlalu banyak minum (saya fikir minuman alkohol, banyak ‘ngeteh’ tarik di mamak pun tak bagus juga, nanti *tut* senang diserang angin!)

  4. tidak mendapatkan rawatan doktor

    1.  

    Adakah leteran mengenai rutin rumahtangga, tabiat minum dan kesihatan mereka dianggap negatif? Mereka yang menganggapnya negatif mungkin saja jenis species yang tidak tahu pandai menghargai diri sendiri dan pasangan masing-masing… Boleh jadi juga mereka ini jenis yang lembab kerana ‘terpaksa disuruh, barulah hendak buat’. Sikap begini tidak berapa moleklah… ya, ibarat pahat yang suka sangat menunggu diketuk dengan tukul baru hendak masuk!

    Suami mahu dengar bebelan tiga perkataan saja dan pilih lepak kedai mamak elak telinga bingit

    Mengulas mengenai kecenderungan isteri kuat berleter terutama dalam konteks masyarakat tempatan, pakar motivasi dan psikologi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, berpendapat memang sudah lumrah semulajadi wanita yang memiliki paras hormon estrogen berlebihan lalu gemar meluahkan pendapat dan pandangan sehingga dilihat seolah-olah berleter. Sedangkan Mohd Fadzilah berkata, tujuan utama wanita terutama isteri berleter ialah untuk membuktikan kasih dan sayang kepada pasangan.

    “Malah, sudah dibuktikan dalam kajian di mana kita melihat bagaimana wanita mampu melontarkan sehingga 30,000 kuota simbol dan kata-kata dalam sehari sedangkan lelaki hanya kira-kira 7,000 kuota yang sama. Ini didorong pembentukan otak wanita yang sentiasa aktif melakukan dua perkara serentak membuatkan mereka dilihat suka berkata-kata dan melakukan banyak perkara yang lelaki sendiri tidak lakukan,” katanya.

    Ditanya apakah mungkin berlaku kesan psikologi kepada suami jika saban hari dileteri isteri, Mohd Fadzilah berkata, “Memang tidak dinafikan lelaki akan menganggapnya begitu. Apatah lagi memang sifat semula jadi lelaki tidak suka diingatkan berulang-ulang terutama apabila dipesan isteri. Tanyalah mana-mana lelaki dari budak kecil hingga kepada golongan tua. Mana ada yang suka diingatkan berulang-ulang lebih-lebih lagi oleh wanita. Sebab itu, saya cadangkan dimasukkan sekali modul hubungan komunikasi suami isteri kepada bakal pengantin ketika mereka menghadiri kursus pra perkahwinan. Ini dapat membantu meningkatkan kualiti hubungan kekeluargaan,” katanya yang memuji modul pra perkahwinan yang lebih menyeluruh diperkenalkan kepada bakal pengantin muslim di Singapura.

    Mohd Fadzilah berkata, modul pra perkahwinan di Singapura meliputi lapan modul antara lain menekankan aspek bimbingan sebelum berkahwin, ketika mendirikan rumahtangga, mendidik anak-anak sehingga hubungan komunikasi suami.

    “Saya tidak bermaksud yang kursus pra perkahwinan di Malaysia tidak baik. Namun, adalah lebih baik andai elemen komunikasi ditekankan supaya ikatan perkahwinan menjadi lebih bererti andai pasangan saling memahami. Elemen komunikasi ini bagaimanapun ditekankan dalam program yang dikendalikan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPLKN),” katanya yang sering diundang menyampaikan ceramah motivasi terutama dalam konteks hubungan suami isteri.

    Menyentuh hal berkaitan keperibadian lelaki tatkala berdepan wanita yang suka berkata-kata, Mohd Fadzilah berkata, sudah menjadi lumrah lelaki kurang berasa selesa apabila sentiasa diingatkan dalam banyak perkara terutama sesuatu yang difikirkan tidak penting. Sehubungan itu, adalah penting untuk wanita terutama isteri memahami masa yang sesuai untuk menegur atau memberi pandangan kepada pasangan mereka.

    “Jangan terkejut jika dikatakan lelaki sebenarnya hanya mahu mendengar tiga patah perkataan saja dan selebihnya dirasakan seolah-olah tidak perlu. Sebab itu, wanita perlu mencari waktu sesuai untuk menyampaikan mesej. Adalah penting bentuk komunikasi dipelajari antara kedua pihak. Ini kerana melalui hubungan komunikasi itulah resipi kejayaan dalam mengeratkan hubungan suami isteri,” katanya sambil menambah isteri boleh menegur suami asalkan kena pada tempat dan situasinya.

    Ditanya soal tip suami menegur isteri yang suka membebel, menurut beliau, sebagai ketua keluarga, suami wajar memberi nasihat tetapi biarlah secara rasional dan tidak sehingga mengguris hati pasangan. Beliau menyarankan suami merenung faktor mengapa isteri berkeadaan sedemikian. Mohd Fadzilah berkata, budaya masyarakat yang tidak romantik antara sebab wanita sedikit tertekan. Ini kerana surirumah melakukan banyak benda termasuk memasak, menjaga anak-anak dan menguruskan rumahtangga.

    “Saya percaya, jika hubungan komunikasi dan saling bertolak ansur dapat dibentuk, kebahagiaan suami isteri dapat dikecapi… Insya Allah,” katanya sambil berkongsi fakta bahtera perkahwinan yang dilayarinya kini sudah mencecah usia 33 tahun.

    9 Tip elak leteran isteri

    1. Respon

    Cuba dengar apa yang dileterkan oleh isteri anda. Buat sajalah atau respon cepat-cepat kepada perkara yang dileterkan isteri. Jika anda buat, sudah tentu isteri tiada bahan untuk dijadikan leteran.

    2. Pendekatan diplomatik

    Andai isteri sedang berleter, anda guna pendekatan diplomatik untuk tidak menghangatkan lagi emosi si dia.

    3. Beri penjelasan

    Berdiam diri bukanlah penyelesaian terbaik bagi mengurangkan leteran isteri. Sebaliknya adalah lebih baik anda berterus terang dan memberikan penjelasan yang boleh menyenangkan hati isteri.

    4. Jangan main api

    Apabila isteri sudah berleter, anda pula janganlah membakar perasaannya untuk berkeras dan bergaduh. Gunakan pendekatan terbaik memperbaiki komunikasi dan menjaga hatinya.

    5. Renung Muhasabah diri

    Memang lelaki kuat egonya. Namun, tidak salah mengurangkan rasa ego dengan menilai kembali sikap diri sendiri. Anda mungkin bersikap pemalas dan tidak mengambil berat hingga menjadi punca isteri berleter.

    6. Bantu isteri

    Tidak jatuh standard dan maruah anda sebagai lelaki jika saling membantu isteri menguruskan rumahtangga. Menguruskan rumahtangga BUKAN tanggungjawab mutlak isteri. Ingat tu !

    Adalah satu bonus dan besar pahalanya bagi isteri yang relahati melakukan kerja-kerja rumahtangga. Jika Isnin hingga Jumaat isteri yang memasak, apa kata hujung minggu anda pula ke dapur?

    7. Duduk berbincang

    Kurang komunikasi antara sebab mengapa masalah berleter menjadi semakin genting. Rasanya, mungkin ada baiknya jika suami isteri duduk berbincang antara empat mata bagi menyelidik masalah sebenar yang dihadapi.

    8. Hangatkan kembali hubungan

    Suami menyedari ‘sindrom’ berleter hampir tidak berlaku ketika awal percintaan, namun tahukah lelaki mengapa wanita membebel? Jawapannya ialah suami sudah kurang memberi perhatian dan terhakis sifat gentlemen.

    9. Alat bantuan

    Hemm… masih tidak berkesan? Ubat penahan leteran paling mujarab? Atau anda boleh dapatkan ‘ear plug’ dari farmasi berdekatan dengan rumah anda.

    Semoga dijadikan teladan. Renung-renungkan!

    nota : hurmm,. okey, honey..

Krdt to Dayak at MalaysiaRia