Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Khadam Jin Sebagai Pelaris

Contoh Pelaris

Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin):-

1. Baca Ayat Qursi 3 kali di luar dari kedai. (Sebaiknya semasa dalam kereta).
2. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai.
3. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas. (Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan).

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

 

Krdt to Ida Syuhada at MalaysiaRia

Jenis-Jenis Pedang Samurai : Realiti Komik Dialam Nyata

LAN

Pedang samurai di Jepun terbahagi kepada banyak jenis. Jenis setiap pedang adalah mengikut ukurannya. Setiap pedang diukur dengan ukuran "Shaku" dimana 1 Shaku bererti sekitar 30 cm. Berikut adalah jenis-jenis pedang samurai yang dikumpulkan mengikut panjangnya.

1. Tanto

Jika anda pernah melihat Film Goemon, anda pasti mengetahui pedang ini. Pedang ini dibawa oleh puteri sebagai pertahanan diri. Saiz pedang ini sekitar 25 cm, termasuk dalam kategori pisau.
Penggunaannya biasanya untuk menusuk serta-merta. Perempuan Jepun zaman dulu membawa
tanto di sebalik obi (tali pinggang kimono) untuk self defence ataupun untuk spontan attack.

2. Wakizashi

Jika anda peminat Final Fantasy, pasti tidak asing dengan Yojinbo. Pendekar pedang yang mampu membelah apa saja. Salah satu serangannya ada wakizashi. Wakizashi merupakan jenis pedang samurai dengan panjang antara 30-60 cm, para samurai biasa menggunakannya sebagai secondary weapon.

3. Kodachi

Kodachi adalah senjata kesayangan Aoshi Shinomori ahli Jupon Gatana dalam siri manga Samurai X. Kodachi lebih panjang dari wakizashi, tetapi lebih pendek daripada katana. Biasanya digunakan sebagai perisai dalam hand – to – hand combat.
Kerana tidak sepanjang katana (kurang dari 2 Shaku) maka tidak menyalahi peraturan membawa pedang di
zaman Edo sehingga boleh dibawa oleh orang biasa (pada ketika itu cuma samurai yang boleh bawa pedang). Pedangnya lebih melengkung daripada wakizashi. Pedang ini cukup ringan sehingga memudahkan pengguna bergerak lincah.

4. Katana

Katana merupakan pedang khas ninja. Setiap ninja mempunyai katana dipunggung mereka. Pedang ini merupakan pedang umum dengan panjang antara 70-80 cm.
Jenis single-edge dan melengkung. Selain digunakan ninja, pedang ini juga dibawa oleh kaum samurai untuk mewakili status sosialnya. Biasanya dibawa berpasangan dengan wakizashi atau tanto yang digunakan untuk close-quarter combat dimana katana digunakan untuk open-quarter combat.

5. Tsurugi

Pedang Tsurugi tidak serupa dengan jenis pedang yang lain. Pedang ini tidak melengkung tapi lurus seperti pedang korea. Tsurugi merupakan pedang jenis broadsword, lebih berat berbanding pedang yang lain. Sangat sesuai digunakan untuk mengahadapi musuh pakai perisai tebal.

6.Chokuto

Sama seperti katana, hanya saja tidak melengkung tetapi lurus. Ditemui sebelum zaman Heian sebelum orang Jepun mencari teknik melengkungkan pedang (yang ternyata unik caranya).
Kerana pedangnya lurus sukar digunakan dan jarang digunakan dalam pertempuran. Setelah ditemukannya katana,
chokuto masih tetap dihasilkan tetapi kebanyakan berfungsi sebagai ceremonial sword.

7. Ninja-to

Pedang para ninja, selain katana, ninjato merupakan pilihan para ninja. Ringkas dan ringan membuat pedang ini mudah untuk dimasukkan ke dalam baju. Perbezaan asas di antara katana dan ninja-to terletak pada bentuknya. Ninjato tidak melengkung seperti katana tetapi lurus.

8. Nodachi & Odachi

Pedang Nodachi & Odachi adalah pedang yang panjang. Merupakan pedang terpanjang dengan panjangnya hampir 80 cm. Pedang ini tidak sesuai untuk close combat kerana ribet dengan ukurannya.
Pedang ini digunakan untuk membelah pasukan berkuda dan kudanya. Dalam siri manga
Samurai deeper Kyo, ia menggunakan pedang jenis ini. Walaupun sebenarnya tidak sesuai untuk close combat. Pembuatan pedang ini termasuk dalam kategori sukar, sehingga pedang ini merupakan pedang yang rare.

9. Nagamaki

Pedang Nagamaki adalah dimana mata pedang dan pemegang adalah sama panjang. Termasuk dalam kategori belati, digunakan untuk serangan mendadak. Penggunaan pedang ini tidak seefisien Tanto. Tapi pedang ini memiliki keindahan tersendiri.

10. Naginata

Naginata merupakan tombak dengan mata pisau katana. Digunakan parajurit wanita pertarungan jarak sederhana. Pemegang dibuat dari kayu dan mata tombaknya dari katana melengkung. Sangat sesuai untuk jenis pertempuran Chaos.

11. Yari

Yari merupakan sejenis tombak. Berbeza dengan naginata, mata tombak dibuat lurus. Bentuk Lurus ini berkesan digunakan menusuk musuh yang datang dari depan. Biasanya dipakai lelaki untuk mengahadang laju pasukan musuh. Senjata ini diapakai Oleh Madarame Ikaku dalam siri manga Bleach.

normal_116571_1

Ikkaku_Shikai_1

bankai_ikkaku_by_hellstern

Krdt to Ida Syuhada at MalaysiaRia

Cerita Syaitan Gemuk Dan Syaitan Kurus

Sahabat Rasulullah SAW , Abu Hurairah R.A pernah bercerita “Perbezaan syaitan penggoda orang kafir dan syaitan penggoda orang mukmin. Syaitan Penggoda orang kafir kelihatan gemuk, segar, rapi dan memakai baju cantik. Sedangkan syaitan penggoda orang mukmin kurus,kering, kusut, dan telanjang.”

Syaitan gemuk bertanya kepada syaitan kurus, “Mengapa kamu menyedihkan, kau kurus, kering, kusut,dan telanjang?”

Syaitan kurus menjawab, “Aku bertugas menggoda orang mukmin yang selalu berzikir dan membaca bismillah, menyebut nama ALLAH. Ketika hendak makan dan minum, dia membaca bismillah, menyebut nama ALLAH, maka aku tetap lapar dan haus.

Ketika memakai minyak rambut dia menyebut nama ALLAH, maka aku tetap kusut. Dan ketika dia memakai baju, dia juga menyebut nama ALLAH sehingga aku tetap telanjang.”

Syaitan gemuk menyahut, “kalau begitu, aku beruntung, aku bersama orang yang tidak pernah menyebut nama Allah. Pada waktu, dia tidak menyebut nama Allah sehingga aku dapat makan bersamanya sampai puas.

Ketika minum, dia juga tidak menyebut nama Allah sehingga aku boleh bersama dia minum.  Ketika berhias dia tidak menyebut nama Allah sehingga aku turut berhias  Dan, ketika memakai baju, aku pun ikut memakai pakaiannya.”

Begitulah, betapa agung faedah membaca bismilah. Syaitan tidak dapat bersama makan makanan orang yang membaca :

Bismilahirrahmanirrahim
Wallahualam…

Krdt to Ida Syuhada at MalaysiaRia

Wanita Cepat Tua : Mengadap Komputer Terlalu Lama

Dr Prager ada tips berguna iaitu dengan meletakkan cermin kecil di sebelah skrinmonitor. Harapannya para wanita boleh cepat menyedari ketika wajahnya mula berkerut dahi, lalu berusaha mencari cara untuk lebih rileks.

Hidup di era digital kini membuatkan ramai wanita menghabiskan banyak masa di depan komputer. Menurut kajian, hal ini boleh mempercepatkan proses penuaan dinatra tandanya dengan kulit cepatberkedut.
Fenomena yang disebut ‘wajah komputer’ ini sering didapati pada wanita kerjaya yang menghabiskan masa berjam-jam di depan komputer. Bahkan suri rumah tangga sekalipun boleh mengalaminya ketika sudah ketagihan internet di rumahnya.
Seorang pakar bedah kosmetik bersal dari Britain,
Dr Michael Prager telah membuktikannya dalam sebuah kajian. Menurut kajian doktor pakar botox tersebut fenomena seperti ini dialami sebahagian besar pelanggan dan beberapa wanita yang bekerja di pejabat.
"Semasa dalam keadaan fokus dan serius di depan komputer, umumnya para wanita akan mengerutkan dahinya sekali sekala tanpa disedari," kata Dr Prager.

Jika berterusan berjam-jam dan menjadi rutin setiap hari, kerutan tersebut akan mempercepatkan pembentukan kedutan. Garis-garis wajah itu lama-lama akan terbentuk di dahi dan bahagian kulit wajah lain.
Dipetik dari
Telegraph, Minggu (26/9/2010), wanita yang terlalu lama di depan komputer juga terdedah mengalami gejala ‘turkey neck’. Dinamakan demikian kerana kulit di bahagian leher mengendur seperti kulit ayam Belanda.

Menurut Dr Prager, gejala ini disebabkan oleh posisi duduk yang jarang berubah dalam jangka masa yang sangat panjang. Akibatnya otot leher memendek dan kulitnya turun lalu membentuk jadi mengendur.

Manakala bagi untuk mengatasinya, Dr Prager ada tips berguna iaitu dengan meletakkan cermin kecil di sebelah skrin monitor. Harapannya para wanita boleh cepat menyedari ketika wajahnyamula berkerut dahi, lalu berusaha mencari cara untuk lebih rileks.
Pelbagai cara boleh dilakukan sebagai usaha untuk santai. Selain berehat sejenak diantara waktu bekerjadengan komputer dan berjalan-jalan, melakukan senaman otot wajah juga cukup berkesan melawan tandapenuaan awal.

Krdt to Ida Syuhada at MalaysiaRia

Lawak Sempoii

SUAMI KELUAR MASUK DISKO
Seorang ibu muda sedang mengadu pada temannya, ‘Aku terpaksa minta cerai dari suamiku.’
‘Kenapa..?’ tanya temannya kehairanan.
‘Habis, hampir setiap malam kerjanya keluar masuk disko,’ jawab si ibu muda.
‘OOOOhh, jadi suamimu itu kaki disko lah yer.. ?’ tanya temannya lagi.
‘Bukan begitu.., sebenarnya dia ke sana mencari aku !’ jawab si ibu muda.

Mithun_Golmaal_3

BINI DAPAT TAHU
Seorang lelaki bercerita pada seorang temannya.
‘Dulu aku ada segalanya. Wang, rumah besar, kereta – malah, aku juga ada wanita yang cantik.
Sekarang dalam sekelip mata, semuanya dah hilang’
‘Oh kesiannya. Apa yang berlaku? Kau diisytihar bankrap ke?’ tanya si teman penuh simpati.
‘Ahh.. tak lah. Bini aku dapat tau….’

TIDAK PERNAH BERI SUMBANGAN
Di sebuah kampung, seorang penghulu mendapati salah seorang penduduk kampungnya yang bernama Lamin tidak pernah membayar
tuntutan bulanan kampung Lamin memang terkenal dan merupakan salah seorang yang
terkaya di situ. Penghulu mengambil keputusan untuk berjumpa
dengannya.
Tok Penghulu: Selamat pagi Encik Lamin.
En Lamin: Selamat pagi, ada apa pagi-pagi datang ke mari Tok…?
Tok Penghulu: Begini, saya telah mendapati bahawa hanya Encik Lamin seorang sahaja yang tidak pernah
menyumbang untuk kampung kita. Encik Lamin ni kan seorang yang kaya dan berjaya,
saya raya tiada masalahnya untuk sumbangan yang begitu kecil bagi kemajuan
kampung ini.
En Lamin: Adakah tok tahu ibu saya sedang sakit dan memerlukan banyak wang untuk mengubatinya?
Tok Penghulu: Waduh, kalau begitu…saya tak tau plak..
En Lamin: Tok tau tak saudara saya seorang veteran perang yang kudung serta buta dan memerlukan biaya perubatan?
Tok Penghulu: Kalau begitu, saya minta maaf.
(sebelum tok penghulu selesai meminta maaf, En. Lamin memotong dan menambah)
En Lamin: Tok tau tak suami kakak saya sudah meninggal dan dia meninggalkan isteri dan 3 anaknya tanpa harta dan warisan?
Tok Penghulu: (sekali lagi tok penghulu cuba untuk meminta maaf).
En Lamin: Jadi, pendek kata mereka pun tak pernah saya bagi sumbangan. Inikan pula nak bagi
sumbangan untuk tok.

SAKSI SERBA TAHU
Di sebuah mahkamah, satu kes sedang di dengar dengan menghadirkan seorang saksi utama
seorang ibu tua. Peguamcara mendapat giliran pertama untuk bertanya beberapa soalan kepada
saksi.
Peguamcara : Makcik Fatima, makcik kenal siapa saya?
Makcik Fatima : Ya, saya tahu benar siapa kamu, malah sejak kecil lagi. Kamu suka berbohong
dan mengata di bekalang kawan-kawan kamu. Aku juga tahu kamu ada menyimpan
perempuan simpanan di luar dan aku berasa amat kasihan dengan isterimu. Selain
itu kamu suka bercakap besar, yang sama sekali tidak berasas dan
benar.
Peguamcara tersebut terpegun lain yang di tanya .. lain pula jawapan yang diterima.Untuk mengatasi kekejutannya, ia bertanya dengan
selambanya,..
Peguamcara : Makcik Fatima pasti juga mengenali Tuan Hadi, peguambela?
Makcik Fatima : Oh ya, tentu saja. Bahkan ibunya dulu sering meninggalkannya bersamaku waktu dia masih kecil. Tak jauh beza dengan kamu, Hadi
juga mengecewakan. Dia pemalas, suka menggoda perempuan dan hidupnya seolah-olah
tanpa tujuan..
Habis sahaja Makcik Fatima berbicara, hakim memanggil peguamcara dan peguambela untuk menghampirinya…
‘Jika kamu berdua menanyakan kepadanya adakah ia kenal denganku.., kamu berdua akan aku masukkan
ke dalam penjara kerana menghina mahkamah…,’ kata hakim.

judge

‘INGAT SAYA BERSENANG LENANG DI SINI?’
Seorang isteri sangat sedih kerana akhir-akhir ini suaminya sering pulang malam dan dalam keadaan mabuk. Suatu hari
dia memarahi suaminya
‘Oh, abang selalu bersenang lenang di luar dan meninggalkan saya di rumah!’
Akhirnya si suami memutuskan untuk mengajaknya ke bar. Sesampainya di sana, si suami memesan minuman keras seperti biasa dan
memesankan satu gelas untuk isterinya. Ketika si isteri cuba meminumnya, dia
terus memuntahkannya kembali.
‘Minuman apa ini? Isshhhh.. tak sedap langsung…!’ rengus si isteri.
‘Tulah, jadi jangan anggap saya bersenang lenang di sini…’

HUKUMAN MATI

Seorang warden penjara cuba untuk menghiburkan tahanan penjara yang akan menjalani hukuman mati di atas
kerusi elektrik, gilirannya akan tiba sebentar nanti.
‘Jangan takut. Daya voltannya sangat tinggi, lagi pun semuanya terjadi dalam masa yang sangat
singkat,’ warden berkata
Kebetulan pula dari kejauhan terdengar laungan kesakitan yang amat luar biasa kuatnya dan perpanjangan.
‘Saya pergi ke sana sebentar untuk melihat,’ katanya.
Tidak lama kemudian, warden tersebut kembali. Dengan selamba dia berkata, ‘Tak ada masaalah yang berlaku, cuma
masalah teknikal sahaja. Sekarang elektrik terputus, jadi mereka gunakan LILIN
sebagai gantinya, itu sajaaaaa…’

MENANG LOTERI RM3 JUTA
Seorang lelaki bergelar suami pulang ke rumah dan memanggil isterinya secara tiba-tiba.
Suami: Sayang, cepat kemaskan beg awak!
Isteri: Kenapa?
Suami: Abang baru menang loteri 3 juta ringgit.
Isteri: Wah, bagusnya! Abang nak saya kemaskan beg untuk bercuti ke mana? Kita hendak naik kapal mewah atau bercuti keluar negara bang?
Suami: Suka hati awaklah. Saya tak peduli ke mana awak hendak pergi. Yang penting, awak
seorang yang keluar dari rumah ini!

‘SINI TAK BOLEH BERENANG’
Seorang wanita berjalan di sebuah kawasan dusun. Tiba-tiba dia bertemu sebuah kolam. Lalu dia segera menanggalkan pakaian dan bersedia
untuk terjun.
Tiba-tiba pemilik dusun itu muncul dan menjerit dari tempat persembunyiannya, ‘Dilarang berenang! Saudari tidak dibenarkan berenang di dalam
kolam ini!’
Wanita tersebut tergesa-gesa mengambil pakaiannya. ‘Kenapa tak melarang saya sejak tadi, sebelum saya menanggalkan pakaian?’ soal wanita
tersebut.
‘Memanglah disini tak dibenarkan berenang, tetapi saudari tak dilarang untuk menanggalkan pakaian,’ jawab pemilik dusun dengan
selamba.

no_swimming_dogs

TIDAK SUKA PERANG
Pada suatu pagi, seorang guru sejarah bercadang mahu mengajar mengenai peperangan berlaku. Guru tersebut
bertanyakan kepada para pelajarnya sama ada mereka menggemari peperangan atau
mahukan keamanan.
Kesemua pelajar bersetuju bahawa mereka lebih sukakan keamanan.
‘Ada sesiapa diantara kamu yang bole memberikan sebab kenapa kamu bencikan peperangan?’ tanya guru tersebut.
Seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bangun. Guru itu memandang pelajarnya dengan penuh minat untuk
mengetahui jawapan pelajar tersebut.
‘Saya bencikan perang, sebab peperangan akan membentuk sejarah. Sedangkan saya tidak sukakan mata pelajaran sejarah’
jawab pelajar itu.

MAKCIK DARI KAMPUNG
Pada suatu hari, seorang Makcik Minah datang ke Kuala Lumpur untuk kali pertama untuk berjumpa
anaknya yang menetap di situ dan berkahwin dengan orang kaya setelah
mencanangkan kepada orang-orang kampung. Dia turut membawa rakannya Bibah. Oleh
kerana hari telah lewat malam, dia ‘check-in’ di sebuah hotel mewah semata-mata
mahu menunjuk kepada Bibah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik
penginapan Makcik Minah.
Makcik Minah dengan girangnye mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan
ketika pelayan tersebut menutup pintu, Makcik Minah melihat ke sekeliling. Beliau tiba-tiba menjadi marah lalu berkata kepada
pelayan tersebut.
‘Eksekius mi. Cik jangan ingat makcik datang dari kampung, tak tahu duduk di hotel. Sudah bayar ratus-ratus, cik bagi saya bilik ini pula.
Kecil, tak ada TV, tak ada almari, apa pun tak ada. Katil nak tidur pun tak ada.
Hei jangan nak tipu orang la,’ Makcik Minah memaki hamun pelayan tersebut
kononnya untuk menutup malu pada Bibah.
Lalu pelayan itu pun menjawab, ‘Sabar makcik, ini baru lif..’

PUKUL BERAPA BUKA?
Pada suatu tengah malam telefon di rumah seorang pustakawan berdering.
‘Pukul berapa perpustakaan akan dibuka?’ seorang pemuda di hujung talian bertanya.
‘Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelefon saya di tengah malam
buta ni?’ tanya pustakawan tadi.
‘Tak boleh buka awal lagi ke?’ pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa.
‘Tidak, perpustakaan hanya akan dibuka pada pukul 9!’ pustakawan itu menjawab dengan nada yang tinggi. ‘Penting sangat ke
sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?’
‘Siapa kata saya mahu masuk?’ kata pemuda itu kesal, ‘SAYA MAU KELUAR!’

UBAT SAKIT KEPALA

Seorang bos masuk ke pejabat dalam keadaan sakit kepala. Seorang pekerja memerhati keadaannya, lalu bertanya, ‘Kenapa bos? Nampak macam
sakit sahaja?’
‘Yalah Semaun, kepala aku ni sakit sangat!’ kata bos.
‘Dua hari lepas saya pun sakit kepala juga bos. Tapi bila balik, isteri saya bawa ke
katil, peluk dan mencium saya. Lepas itu kami bercumbuan. Habis saja kami
bercumbu, sakit kepala terus hilang. Saya rasa bos pun patut buat macam tu
juga,’ terang Semaun.
‘Betul ke? Kalau macam tu, mari kita jumpa isteri engkau sekarang!!!’

PAK PANDIR KE KEBUN

Seperti biasa Pak Pandir hendak pergi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak
Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah.
‘Hati-hati ya bang semasa tepi jalan besar tu nanti!’ pesan Mak Andeh.
Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir
berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru
dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda
tersebut, dia pun pulang hampa.
Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya, ‘Kenapa Bang?’
Pak Pandir pun menjawab, ‘Sejak bila la kerajaan tak bagi kita memotong getah. Diletaknya papan tanda besar di tepi
jalan depan kebun kita tu papan tanda ‘DILARANG MEMOTONG’.’

3989295030_36d17f3de7

DAGING YANG BOLEH TERBANG DAN BERENANG SAHAJA
Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar dia berhenti merokok dan minum minuman
keras. Selain itu harus berhenti makan daging kambing, daging kesukaan
Salim.
Doktor: ‘Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang’
Setelah tiga hari berlalu sang Doktor menalifon Salim mengingatkan Salim agar makan hanya
daging yang boleh berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan kemudian Doktor
mengunjungi ke rumah Salim untuk melihat perkembangannya. Dia diberitahu oleh
orang gajinya Salim ada di kolam renang.
Mendengar itu, Doktor merasa tenang kerana menyangka Salim bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu
berolahraga untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya. Doktor langsung bergegas
menuju ke kolam renang di mana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam
renang? Salim berada di dalam air melatih kambing
berenang!!!

PENUMPANG DEGIL YANG B****
Seorang gadis manis berpakaian seksi dan berambut perang selamba duduk di kelas pertama sebuah kapal
terbang yang akan berlepas ke Labuan. Seorang pramugari menghampirinya, lalu
menyapa, ‘Cik, tiket cik untuk kelas ekonomi, tempat duduk cik di belakang
sana.’
Eh, awak siapa nak paksa saya duduk sana, duduk sini, gadis secantik saya tak layak duduk di sana, nanti orang tak nampak saya, faham tak??’ herdik
gadis seksi dalam suara meninggi sambil berdiri.
Kecewa dengan sikap penumpang itu, pramugari itu memberitahu ketuanya.
‘Cik kena pindah ke kelas ekonomi juga kerana tempat duduk ini untuk penumpang lain,’ pujuk ketua
pramugari.
‘Awak ni lagi satu. Takkan sana nak duduk di belakang. Tengok oranglah!!!’ katanya.
Ketua pramugari tiada pilihan, terpaksa memberitahu kapten yang kemudian membisikkan sesuatu ke telinga gadis tersebut. Beberapa
ketika kemudian, gadis itu bangun dan menuju ke kerusinya yang betul.
‘Apa kapten bisikkan pada gadis itu?’ tanya pramugari hairan bagaimana begitu mudah
masalah dapat diselesaikan.
‘Saya beritahu dia, kelas pertama tak mendarat di Labuan,’ jawab kapten.

KENCING MASAM LEBIH TERUK
Pada suatu hari di Hospital Kota Bharu, Kelantan, seorang lelaki berusia lingkungan 70-an
sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan. Di sebelahnya duduk seorang lelaki
muda juga dengan tujuan yang sama.
Lelaki muda menyapa, ‘Pok cik ni sakit gapo?’
‘Kecing manih. Lamo doh.’
Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Pak cik tua
tersebut bertanya orang muda di sebelahnya,
‘Tu bakpo pulok?’
‘Kecemase’
‘Oohh rupanya kecing mase lebih teruk dari kecing manih.’

TUNGGU SAMPAI KERETA LALU
Razi dan Khairul, dua orang anggota polis yang baru bertugas membuat rondaan di suatu kawasan yang
agak terpencil. Sedang seronok berborak tentang kerja, tiba-tiba mereka terlihat
ada seorang budak lelaki menangis di tepi jalan. Lalu mereka memberhentikan
kereta berdekatan dengan budak tadi.
‘Fasal apa adik menangis’, tanya Razi.
‘Bagitaulah kalau-kalau abang boleh tolong,’ pujuk Khairul pula.
Sambil teresak-esak budak tu berkata, ‘Tadi sebelum saya keluar mak dah pesan. Kalau nak melintas jalan tunggu kereta lalu dulu. Masalahnya dari tadi
sampai sekarang tiada sebuah kereta pun yang lalu. Motor buruk ada
laa.’
Mendengar penjelasan budak tadi, Razi dan Khairul hanya menggelengkan kepala. Tidak tahu apa yang perlu dijelaskan.

UFO MENDARAT DI BUMI

Kelihatan dua makhluk asing sedang bersiap sedia untuk mendarat ke bumi.
‘Kau dah siap barang-barang untuk kita pergi ke bumi?’ tanya komander pada rakannya.
‘Sudah tuan. Semua sudah siap. Tunggu mendarat sahaja,’ jawab seorang lagi.
‘Ok bagus. Cuma tinggal satu lagi yang kita perlu bereskan sebelum mendarat,’ balas komander makhluk asing itu.
‘Apa dia tuan?’
‘Kita kena turun menyerupai makhluk bumi. Takkan kita nak turun dengan rupa kita yang sebegini. Nanti makhluk bumi itu mesti tangkap dan bunuh kita,’
jawab komander itu.
‘Tapi tuan, macam mana kita nak menyerupai diaorang padahal kita tak pernah nampak diaorang?’ tanya sorang tu lagi.
‘Ah, yang tu kau jangan bimbang. Kita mendarat secara senyap, kemudian kita sembunyi di satu
sudut. Kita tunggu makhluk diaorang keluar dan menukar rupa menyerupai
dioranglah’ jelas komander.
‘Wah, bagus cadangan tuan, amat bernas sekali usul itu.’
Mereka pun terus mendarat ke satu kawasan tanaman padi. Dengan senyap-senyap, mereka keluar dari kapal angkasa dan sembunyi di belakang semak.
Tidak lama kemudian, mereka pun ternampak dua makhluk bumi di hujung sawah.
Dengan menggunakan teknologi terkini, mereka pun menyerupai dua makhluk bumi.
Mereka keluar dari tempat persembunyian dan berjalan ke arah dua penduduk bumi
yang sedang bekerja. Kerana bentuk tubuh badan mereka yang sama, penduduk bumi
itu tidak sedikitpun merasa hairan dengan kehadiran mereka Mereka bersuara
kononnya bertanya arah jalan, tetapi tidak dilayan. Tiba-tiba mereka terdengar
bunyi riuh di belakang. Mereka pun toleh dan nampak sekumpulan makhluk bumi yang
lain sedang berlari ke arah mereka. Sementara itu, makhluk bumi yang dua tadi
terus menghilangkan diri.
‘Cepat! Cepat! Jangan bagi dia lari!!!’ seorang daripada makhluk bumi itu berteriak pada rakan-rakannya. Kedua-dua makhluk asing
ini tercegat. Mereka tidak tahu apa yang telah terjadi.
‘Haa, dapat juga! Kalau kamu suma nak tahu, inilah dua ekor kerbau liar yang selalu makan padi
aku. Ok, kita bawa ke kampung. Kita sembelih dua ekor kerbau ini,’ Pak Salleh
memberitahu orang-orang kampung sambil mengikat leher kedua dua makhluk asing
yang sedang kebingungan itu.

KONFLIK SUAMI DAN ISTERI
Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis. Tidak kira siang atau malam, mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran pastinya
menggangu jiran tetangga.
‘Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah di depanku untuk keluar mencekik engkau,’ terdengar pekikan si
Wahid. Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan si Wahid terhadap
isterinya kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar
biasanya.
Beberapa hari berlalu. Wahid ditemui mati akibat mangsa langgar lari. Walaupun benci, tetapi sebagai isteri Minah tetap menguruskan pengebumian
suaminya dengan baik. Seminggu selepas itu, jiran tetangga amat kehairanan
melihat Minah yang langsung tidak merasa takut dengan ugutan suaminya
dahulu.
‘Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?’ tanya jirannya.
‘Tidak!’ jawab Minah.
‘Biarkan saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia mengadap kebawah!’

Obama

AWAS!! JIKA ANDA MENGINAP DIHOTEL

403034_292737404095568_100000779313191_752760_525516375_n

Untuk makluman dan perhatian kita semua berhati-hatilah sekiranya anda terutama perempuan muslimah, apabila anda menginap di hotel-hotel, chalet2, hostel atau tempat-tempat persinggahan/penginapan luar, ambil sedikit masa dan cuba pastikan kamera atau apa-apa perakam tiada disekitar bilik mandi atau bilik tidur.

Kerana kemungkinan ini akan berlaku, kamera-kamera sekarang yang semakin kecil dan canggih, amatlah mudah untuk disorok dimana-mana ceruk dan ruang. Ingatlah maruah anda sebagai muslimah/wanita wajib terpelihara dari perkara-perkara yang tidak di ingini.

DarkAzs: Be careful everyone, take a precaution alright

Krdt to Ida Syuhada at MalaysiaRia

Kisah Kelebihan Berselawat Ke Atas Rasulullah

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Angel wallpaper

Berkata Jibril A.S. :
"Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. :
"Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. :
"Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata :
"Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

35548708f1c62dee

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

DarkAzs: Jangan kedekut berselawat kepada nabi junjungan kita, terutamanya pada hari jumaat, perbanyakkan salawat pada waktu itu, smoga amal kita diterima oleh Allah swt

Krdt to Taman2Syurga · BerPesaN-pesaN SesaMa InSaN

10 Makanan Yang Akan Membuatkan Anda Tidur Lena

Apa rahsia untuk mendapatkan tidur 7 – 8 jam yang nyenyak? Anda perlu pergi ke dapur dan menikmati satu atau dua dari 10 senarai makanan di bawah ini. Makanan ini akan merelakskan otot yang tegang, menenangkan fikiran dan mengaktifkan hormon untuk membantu anda tidur iaitu serotonin dan melatonin.

Pisang

Pisang seperti ubat tidur alami. Selain mengandungi melatonin dan serotonin dalam jumlah kecil, pisang juga mengandungi magnesium, bahan yang dapat merangsang relaksasi otot

Teh Chamomile

Teh Chamomile mempunyai efek penenang yang dapat menurunkan stress fizikal mahupun mental, membuat teh ini sebagai minuman yang sesuai untuk diambil sebelum tidur

Susu panas

Bukan, ini bukan mitos, segelas susu panas sebelum tidur dapat membantu tidur anda. Susu mengandungi tryptophan, iaitu asam amino yang mempunyai efek sedatif dan kalsium yang membantu otak untuk menggunakan tryptophan.

Madu

Tambahkan madu sedikit di dalam susu atau teh anda. Gula dapat meningkatkan tenaga, tetapi dalam jumlah yang sedikit, gula dapat memberitahu otak anda untuk menurunkan prestasi orexin. Neurotransmiter yang berhubungan dengan kesedaran anda.

KentangSedikit kentang rebus atau kentang panggang di malam hari tidak akan menaikkan berat badan anda. Kentang membersihkan asam yang dapat mengganggu prestasi tryptophan di dalam tubuh.

Oatmeal

Oatmeal sebelum tidur adalah cara terpantas untuk tidur, kerana oatmeal merangsang produksi melatonin di dalam tubuh pada malam hari.

Kacang Almond

Almond adalah kacang yang baik bagi kesihatan jantung. Tetapi almond juga dapat membantu tidur anda kerana mengandungi tryptophan dan magnesium.

Flaxseed

Flaxseed kaya akan asam omega-3 yang dapat membantu memperbaiki mood anda. Pengambilan flaxseed ketika anda sedang mengalami stress atau depresi berat. Tidur anda akan lebih nyenyak.

Roti Gandum

Sepotong roti gandum dan teh akan merangsang insulin di dalam tubuh anda, yang berguna untuk membantu prestasi tryptophan untuk bereaksi di otak. Dimana tryptophan akan diubah menjadi serotonin yang memberi tahu otak ada untuk tidur.

Daging Kalkun (turkey)

Daging kalkun adalah sumber yang sangat baik untuk tryptophan. Tryptophan bekerja ketika perut anda kosong dan tidak ketika anda sangat kenyang. Tetapi 1 sampai 2 potong dari daging kalkun bersama dengan roti gandum pada waktu tengahari hari akan dapat membantu membuat tidur anda lebih nyenyak di malam hari.

DarkAzs: Sape2 yang tak dapat nak tido mlm tuh, ce-try mknn di atas oraitt..

Krdt to dayak at MalaysiaRia

Hantu dan penjelasannya

pontianakHantu telah menjadi satu ikon yang paling ditakuti bukan sahaja bangsa Melayu bahkan seluruh bangsa di dunia. Setiap bangsa memiliki cerita-cerita hantu mereka sendiri. Hantu juga berbeza mengikut bangsa atau tamadun. Seperti bangsa Melayu yang merangkumi kebanyakan negara di nusantara memiliki watak hantu seperti Langsuir, Pontianak dan Pocong.

Pontianak misalnya, sama ada di Indonesia mahupun di Malaysia, ciri-cirinya adalah bergitu mirip iaitu wanita rambut mengerbang, berbaju putih dan suka terbang dari pohon ke pohon. Asal usul Pontianak ini juga bergitu mirip iaitu kononnya disebabkan ibu mati ketika beranak. Namun, ia hanya cerita-cerita orang tua sahaja, sejauh mana kebenarannya sukar untuk dibuktikan.

langsuir

Walaupun demikian, hantu atau jembalang ini hanya memiliki satu persamaan sahaja tidak kira ia berasal daripada tamadun mana sekalipun,ia tidak mampu membunuh manusia.! Ya, ia tidak mampu membunuh manusia, namun ia mampu menyebabkan manusia terbunuh atau hampir terbunuh.!

Bagaiman ia boleh menyebabkan manusia terbunuh?

hantuTelah dikaji oleh para pengkaji paranormal, terdapat hantu yang bersifat baik dan ada yang bersifat ‘nakal’. Ia boleh dilihat dengan warna hantu yang dirakam atau dijumpai. Sebagai contoh, jika hantu itu muncul dengan warna putih, ia adalah hantu jenis baik seperti Casper. Dan jika ia muncul dengan warna hitam, ia adalah hantu jenis nakal dan suka mengacau manusia.

Banyak kejadian yang menyebabkan manusia hampir terbunuh dan terbunuh. Seperti yang berlaku di satu tempat di utara tanah air baru-baru ini di mana seorang pemandu melihat kelibat perempuan cantik berkebaya merah. Terkejut dengan kelibat misteri itu, si pemandu itu terus terbabas dan hampir maut. Beliau bagaimanapun cedera ringan dan mampu untuk menceritakan kembali pengalaman aneh yang dialaminya sehingga sebuah akhbar popular di tanah air menerbitkan peristiwa kemalangan ini di muka hadapan.

langsuirBegitu juga dengan kelibat api misteri yang pernah heboh satu ketika dahulu. Kelibat api misteri ini miskipun belum memakan nyawa namun ia telah menimbulkan kegusaran kerana banyaknya kerugian daripada harta benda. Peristiwa ini pernah berlaku kepada saudara Mohamad Sidek Hamid dan keluarga. Ia menimbulkan rasa takut dan gerun bukan sahaja memikirkan nyawanya yang terancam tetapi juga harta benda yang berada dalam rumah beliau. Dianggarkan beliau kerugian sebanyak RM40,000.00 akibat gangguan misteri tersebut. Akibat trauma dengan kejadian tersebut, beliau sekeluarga terpaksa berpindah rumah dan tinggal di garaj kereta buat sementara waktu.

Hantu menurut ajaran Islam, bagaimana?

Menurut ajaran Islam, hantu adalah jelmaan jin dan syaitan. Tujuan jin dan syaitan hanya untuk menyesatkan manusia. Jadi, antara sebab jelmaan yang menakutkan itu adalah untuk manusia merasa gerun serta takut dan seterusnya menyebabkan mereka ‘menyembah’ mereka sama ada dengan berjumpa bomoh(maksud bomoh syirik) atau menyembahnya secara terus seperti orang-orang asli yang menyembah roh-roh dan amalan bidaah orang Melayu zaman dahulu seperti pembuangan achok dan pulut kuning.

1

Adakah kelibat wajah orang yang meninggal dunia adalah roh si mati?

pocong-arsitex-7

Pendapat sesetengah masyarakat mengenai roh-roh si mati adalah kerana terpengaruh dengan omong-omongan orang kafir yang sering mempercayai roh si mati yang tidak tenang akan sentiasa menganggu manusia terutama keluarga terdekatnya. Pendapat tersebut tidak benar sama sekali.

Apa yang perlu diketahui adalah sebagai orang Islam, kita wajib berpegang kepada hadis Rasullulah saw yang bermaksud:

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

“Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
(Hadith Sahih – Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Maka, diketahuilah bahawa roh-roh si mati tidak akan menganggu manusia kerana terputusnya hubungan antara roh dan manusia seumpama terputus jambatan di atas dua pengkalan.

Jika bukan roh si mati, jadi apakah yang menganggu?

pocongjugapocongSeperti yang diberitahu pada awalnya, yang menganggu manusia hidup bukannya roh manusia tersebut tetapi jin dan syaitan yang mahu berusaha merosakkan akidah manusia. Syaitan tidak pernah puas untuk mengoda anak Adam miskipun dengan sekecil-kecil dan sehalus-halus godaan. Dengan bunyi lolongan si mati dibunuh, ia adalah hasil ‘buatan’ jin dan syaitan. Jangan mudah terpedaya dengan godaan syaitan laknatullah dan sentiasalah berdoa dan berzikir supaya kita hanya takut kepada Allah swt dan bukannya kepada jin dan hantu. InsyaAllah.

Apakah jelmaan jin dan syaitan boleh terakam dengan kamera?

Ya, ada bukti yang boleh menyokong hal ini. Dengan kecanggihan teknologi, jelmaan jin dan syaitan sentiasa terakam dek kamera atau video cam. Seperti yang diketahui, jin dan syaitan adalah berasal daripada unsure api, oleh itu jika ia dirakam menggunakan kamera infra-merah, ia akan menimbulkan elemen haba yang kuat. Bergitu juga sekira menggunakan alat pengukur haba, ia memberikan reaksi yang sama dengan kamera infra-merah.

 

Dark Azs: Kita dah disuapkan dengan cerita cerita hantu dari kecik, rupa hantu tu camne, ape sumer, so, bila dah takut tu, otak akan recall balik citer2 seram, and maybe ape sahaja benda yg menyerupai hantu pun akan dianggap sebagai hantu, padahal takde ape pon. Peringatan kepada diri sendiri gak, tgk byk sgt citer hantu, kekekekekekei, mainan syaitan sumer tuh, betulkan persepsi andaa..

add-my-pin-pocong

Krdt to : takusahrisau