Cara Masak Telur Guna Handphone

Telefon Bimbit merupakan satu keperluan pada zaman ini, jadi setiap orang pasti memiliki telefon bimbit.. Tapi tahukah anda selain kita boleh buat panggilan, sms, dan lain… kita juga boleh gunakan telefon bimbit untuk memasak! tidak kira lah model apa pun.. Lagi bagus kalau anda guna hanphone yang murah-murah cap ayam (hanpdhone tiruan) sebab kalau anda guna handphone tiruan kadar radiasi handphone lebih tinggi berbanding beli yang original, sebab yang original dia ada tapis sikit tahap radiasi dia, namun radiasi tetap ada jugak tak kira la ori ke tak.. yang penting boleh masak.

Berikut adalah cara-cara memasak telur guna handphone:

A very important message to everyone, please read it carefully.

1 Egg, & 2 Mobiles 65 minutes of connection between mobiles. We assembled something as per image:

Pesanan penting kepada semua tolong baca dengan teliti. Satu ujikaji radiasi telefon bimbit ke atas telur telah dijalankan. Bahan yang digunakan sebiji telur dan dua buah telefon bimbit. Persediaan adalah seperti gambar di bawah:

Initiated the call between the two mobiles and allowed 65 minutes approximately. .. During the first 15 minutes nothing happened; 25 minutes later the egg started getting hot; 45 minutes later the egg is hot; 65 minutes later the egg is cooked.

Panggilan di antara dua telefon diaktifkan untuk tempoh selama lebih kurang 65 minit. Hasilnya seperti berikut:

15 minit – tiada apa yang berlaku.

25 minit – telur mulai panas.

45 minit – telur telah panas.

65 minit – telur telah masak.

Conclusion: The immidiate radiation of the mobiles has potential to modify the proteins of the egg. Imagine what it can do with the proteins of your brains when you do long calls.

Rumusan: Radiasi dari telefon bimbit mampu untuk mengubah protein telur. Bayangkan apa yang ia dapat buat kepada protein otak anda apabila anda berbual untuk tempoh yang panjang menggunakan telefon bimbit.

P/S: ini bermakna telefon bimbit mempunyai radiasi, radiasi ini akan bertambah kuat lagi bila anda melakukan panggilan atau menerima panggilan. oleh itu, lagi lama anda bergayut lagi tinggi potensi untuk dapat penyakit. Antara penyakit yang  paling best disebabkan radiasi handphone ialah Kanser Otak..

Jadi kepada anda semua, jangan la bergayut lama sangat, sayangi otak anda. Tapi bagaimana pula bagi lelaki yang letak handphone dalam poket seluar.  Kalau ada satu handphone je mungkin setengah masak. Tapi kalau Ada 2 handphone pulak, satu letak poket sebelah kanan satu lagi belah kiri.. memang masak la. hehe..

Krdt to Dayak at MalaysiaRia

Koleksi Skuter Jepun (8 Gambar)

Perrrrggghhhh, dah macam Gaban Z dah aku tengok. Negara seperti Jepun memang lebih menggemari motor skuter berbanding motor bergear yang lain, mungkin kerana motor jenis ini lebih mudah dikendalikan, lebih santai dan lebih sopan bila dinaiki.

nota :

  

hahaha,.. asal boleh je dia taruk lirik,.. janji bunyik jepun,..

Krdt to Dayak at MalaysiaRia

Siapa Pereka Bentuk Asal Bendera Jalur Gemilang ?

JALUR Gemilang telah dibawa ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) oleh angkasawan negara

SEMASA hayatnya, Mohamed Hamzah merahsiakan beliaulah pencipta Jalur Gemilang, hingga ramai temannya sendiri tidak mengetahui perkara itu.

Hanya selepas kematiannya pada 1993, barulah adik beliau, Abu Bakar Hamzah (gambar), sekarang 77, mendedahkan secara terbuka perihal abangnya itu.

Abu Bakar Hamzah

Jalur Gemilang menurutnya, mula dicipta pada 1947 apabila pemerintah masa itu mengadakan pertandingan mereka bendera Persekutuan Tanah Melayu.

Mohamed yang ketika itu berusia 29 tahun tidak mahu melepaskan peluang keemasan tersebut untuk menonjolkan bakat melukisnya.

Mohamed Hamzah

Bekas kakitangan Jabatan Kerja Raya Johor itu memang berbakat dalam bidang seni lukis dan sanggup menghabiskan masa berjam-jam menyiapkan sesebuah lukisan.

Surat dan lakaran bendera yang di hantar semasa pertandingan

“Saya masih ingat Allahyarham yang tamat persekolahan di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) mengambil masa dua minggu mereka empat lakaran bendera untuk dihantar ke Kuala Lumpur.

Akhirnya terpilih

“Dia tersenyum lebar ketika lakaran bendera diciptanya dipilih dan dipaparkan dalam akhbar-akhbar tempatan,” katanya.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993, 14 hari sebelum genap usia 75 tahun di rumah keluarganya di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.

Allahyarham pernah meminta adiknya Abu Bakar untuk merahsiakan dirinya pencipta Jalur Gemilang dan biarlah masyarakat mengetahuinya sendiri.

Namun setelah meninggal dunia, banyak pihak tidak bertanggungjawab mengaku mencipta Jalur Gemilang membuatkannya tampil bercerita kisah sebenar meskipun memungkiri janji kepada abangnya.

Kini, perkara itu telah terungkai tetapi Abu Bakar masih memendam rasa kecewa berikutan Allahyarham masih belum menerima pengiktirafan sewajarnya.

“Jalur Gemilang sudah sampai ke angkasa lepas malah yang membawanya turut mendapat pengiktirafan tinggi tetapi pencipta bendera bagai dipinggirkan,” katanya.

Ditanya mengenai bangunan terakhir yang direka Allahyarham, Abu Bakar berkata, dia tidak mengingatinya kerana terlalu banyak yang direka bentuk oleh Allahyarham.

Antaranya bangunan Dewan Jubli Intan, Menara Johor. Bagi mengenang jasa abangnya, beliau dan saudara-mara mengadakan kenduri arwah setiap Ogos serta melawat pusaranya di Kebun Teh, Johor Bahru.

Allahyarham mendirikan rumah tangga empat kali dan terakhir bersama Robani Daud. Mereka dikurniakan seorang anak, Mariam serta empat anak angkat; Khadijah, Azizah, Mohd. Ali dan Mohd. Seth.

Bagi Abu Bakar, bendera itu melambangkan kedaulatan negara. Sebab itulah beliau sedih apabila Jalur Gemilang tidak dihormati.

Antara isu menyedihkan termasuklah ia dipasang terbalik, sudah lusuh atau koyak.

“Saya pernah memarahi individu yang sengaja mengibarkan bendera separuh tiang,” katanya.

Krdt to Dayak at MalaysiaRia

5 Punca Masalah Kewangan yang Membelenggu Diri

Tidak dapat dinafikan, wang merupakan satu ‘alat’ yang amat penting untuk meneruskan kehidupan. Seawal pagi lagi, kita sudah menggunakan wang. Semasa perjalanan menuju ke tempat kerja, kita membelanjakan wang untuk membeli sarapan, mengisi minyak kenderaan, membayar tol dan pelbagai lagi aktiviti transaksi. Pada hujung minggu pula, kita akan membelanjakan wang untuk membeli-belah dan menjamu selera bersama keluarga di restoran. Lihatlah, saban hari kita pasti menggunakan nota-nota kertas atau siling-siling ini. Oleh itu, kita perlu mengambil tahu cara-cara untuk menguruskan kewangan.

Artikel kali ini berkongsi tentang 5 punca masalah kewangan yang sering membelenggu kehidupan kita. Mari kita perhatikan dan merefleksi diri tentang 5 punca ini agar sama-sama mendapat manfaat daripadanya.

Apakah 5 punca utama masalah kewangan ini?

(1) Tiada simpanan kecemasan

Simpanan kecemasan adalah perkara penting dalam kehidupan anda. Ini kerana, anda tidak dapat menjangkakan apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Mungkin anda ataupun ahli keluarga anda akan ditimpa penyakit atau kemalangan. Saya mendoakan anda dan keluarga sihat sejahtera.

Namun, sekiranya anda mempunyai simpanan khas untuk perkara kecemasan, sekurang-kurangnya bebanan yang ditanggung tidaklah terlalu berat. Ia juga dapat memberi ruang dan pilihan untuk anda memikirkan tindakan terbaik yang anda perlu lakukan.

Satu cara yang terbaik ialah dengan membeli insuran kesihatan. Ramai orang yang kurang peka terhadap peri pentingnya insuran kesihatan ini. Tidak rugi anda membuat persediaan awal dengan membeli insuran kesihatan. Insuran kesihatan bukan sahaja dapat membayar bil-bil perubatan dan pembedahan, malah anda juga boleh menggunakannya untuk menolak cukai tahunan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

(2) Tidak dapat membezakan antara keinginan dan keperluan

Ini juga satu punca utama yang menyebabkan anda mengalami masalah kewangan. Boleh dikatakan lebih 60% pembeli menyatakan bahawa mereka membeli mengikut keinginan dan bukannya keperluan. Anda perlu bijak dalam merancang perbelanjaan supaya ia tidak akan memudaratkan diri sendiri pada masa hadapan.

Satu tips yang baik ialah dengan membuat senarai barang-barang yang anda mahu beli. Kemudian, anda tanyakan pada diri, adakah ini keperluan atau keinginan?

Keperluan ialah sebarang benda yang anda betul-betul perlukan untuk memastikan kelangsungan kerja atau matlamat tugasan anda tercapai. Contohnya seperti komputer riba bagi seorang pelajar. Komputer riba amat penting untuk memastikan semua tugasan yang diberikan oleh pensyarah dapat dilaksanakan dengan baik dan dihantar mengikut masa yang telah ditetapkan.

Keinginan ialah benda-benda yang tanpanya anda masih boleh membuat kerja dan meneruskan hidup seperti biasa. Contohnya, membeli sesuatu kerana mementingkan jenama. Sedangkan, masih ada produk yang mampu milik, berkualiti dan mampu membantu anda untuk mencapai sesuatu objektif. Istilah ‘biar papa asal bergaya’ tidak seharusnya digunapakai.

(3) Tidak mengetahui aliran wang keluar

Sebaiknya, anda perlu mengetahui setiap aliran wang yang telah anda belanjakan. Ini adalah untuk memudahkan anda melakukan perancangan terhadap perbelanjaan yang ingin dilakukan.

Kebanyakan daripada kita menggunakan telefon pintar pada masa kini, tidak kiralah sama ada menggunakan platform Android atau Apple. Anda boleh mencari aplikasi-aplikasi pengurusan kewangan seperti ‘HomeBudget’, ‘Piggie’ dan lain-lain.  Aplikasi sebegini dapat membantu anda mengenalpasti aliran wang masuk dan keluar pada setiap hari. Pada setiap minggu dan bulan, anda boleh mengetahui pola perbelanjaan dan seterusnya mengurus perbelanjaan dengan lebih baik.

Jika anda tidak menggunakan telefon pintar, anda boleh mengambil masa selama 5-10 minit setiap hari sebelum tidur untuk mencatat perbelanjaan anda. Percayalah, anda akan lebih tenang untuk membelanjakan wang kelak.

(4) Citarasa melebihi kemampuan

Setiap perbelanjaan yang dilakukan mestilah berpadanan dengan kemampuan anda. Jangan terlalu mementingkan citarasa kerana ia pasti akan memudaratkan.

Dunia konsumerisme yang penuh dengan iklan-iklan di televisyen, surat khabar dan pelbagai lagi medium pemasaran, menyebabkan para pengguna berlumba-lumba untuk membeli barangan berjenama. Jika ada yang menegur-”Wah, kamu memandu kereta BMW 7 series. Kayanya.”-pasti timbul perasaan bangga kerana orang memuji kita kaya.

Namun, kita perlu bertanya kembali, adakah dengan memakai benda-benda berstatus tinggi ini boleh menyebabkan hati aku tenang? Mampukah aku tidur dengan lena? Jika anda tenang, tidak terbelenggu dek masalah melangsaikan hutang, itu petanda kemampuan anda mengikut citarasa. Jika sebaliknya, anda harus mula mengukur baju di badan sendiri. Bukankah hidup lebih tenang, jika hidup anda tidak dibelenggu oleh hutang yang menimbun?

Sebagai renungan, jika kita benar-benar kaya, kita tidak perlu menunjuk-nunjuk atau mencanang kepada orang ramai bahawa kita kaya. Orang ramai akan tahu dengan sendirinya bahawa kita kaya atau sebaliknya.

(5) Sukar menolak tawaran

Mungkin anda bukan seorang yang boros, tetapi anda merupakan seorang yang sukar untuk menolak tawaran jualan terutamanya daripada penjual dikalangan rakan-rakan atau ahli keluarga.

Anda perlu faham, matlamat akhir seorang penjual ialah untuk memastikan barangannya terjual. Ada penjual yang tidak mempedulikan apa-apa jua alasan yang diberikan oleh pelanggan. Justeru, anda perlu bijak untuk mengawal situasi ini supaya ia tidak membebankan anda kelak. Berkatalah tidak pada tempatnya.

Krdt to Dayak at MalaysiaRia

Semut Peluru

Semut peluru adalah salah satu jenis dari Paraponera,iaitu salah satu spesies semut terbesar di Dunia. Semut peluru mempunyai nama latin (Paraponera clavata). dinamakan Semut Peluru kerana mempunyai sengatan yang sangat kuat. Spesies ini hidup di hutan hujan tropika di dataran rendah yang berlembab dari selatan Nikaragua sampai Paraguay. penduduk setempat menamakan semut peluru sebagai “Hormiga Veinticuatro” atau “Semut 24 (jam)”. ini kerana dari mulai digigit rasa sakit itu akan terasa selama 24 jam. semut peluru berukuran 18-25 mm panjang dan berwarna hitam agak kemerahan.

Koloni semut peluru ini terdiri dari beberapa ratus ekor dan biasanya terletak di dasar pohon. Semut Peluru berburu secara individu di atas pohon dan di sekitar sarangnya. Semut pekerja berada dekat sarang untuk menjaga para semut kecil dan mengambil nektar hingga sampai ke ujung pohon. Nektar dibawa ke sarang untuk makanan para bayi semut oleh Semut pekerja menggunakan rahangnya.semut pekerja berukuran 18-25 milimeter dan warnanya agak hitam kecokelatan. Sedangkan semut ratu tubuhnya lebih besar hanya mampu menghasilkan telur saja. Kaki bahagian depan berwarna keemasan, badan dan kakinya berbulu. badan semut peluru ini lebih mirip seperti bentuk binatang tawon tanpa sayap. Organ Semut peluru ini berada di lambung, yang dapat mengeras bila terjadi bahaya atas dirinya.

Semut peluru mempunyai racun yang sangat kuat, yang dapat melumpuhkan mangsa mereka atau menyerang demi perlindungannya. Rasa sakit yang disebabkan oleh gigitan semut peluru ini kononnya lebih besar dari pada Hymenoptera lainnya. Tingkat keparahan dari rasa sakit akibat gigitan semut peluru ini pada sekala 1,0 – 4,0 menurut Schmidt Sting Pain Index. Schmidt Sting Pain Index adalah skala rating rasa nyeri yang disebabkan gigitan Hymenoptera. Rasa sakit ini bisa digambarkan seperti di bakar hidup-hidup, hingga sakit yang berdenyut-denyut itu berlanjut selama 24 jam. semut ini telah berevolusi dengan cara menangkis pemangsa yang akan menggali mereka. Untuk mengubati gigitan semut ini, perlu menggunakan Poneratoxin (Neurotoxin Pentacosapeptide) kerana kulit akan mengalami kerosakkan akibat luka gigitan semut peluru.

Di dalam pedalaman hutan Amazon orang suku Satere-Mawe, para pemuda yang mengikuti ritual kedewasaan harus memasukkan tangan ke dalam sarung tangan yang sudah di isi semut peluru tersebut selama 10 minit sampai 20 kali. Mereka akan menderita kerana tersengat oleh semut peluru. Setelah selesai, bahagian lengan tangan tersebut akan lumpuh sementara disebabkan racun semut peluru tersebut.

Krdt to Dayak at MalaysiaRia

Penentang Kuat Islam Akhirnya Memeluk Islam

Daniel Streich, ahli politik berasal Switzerland, yang terkenal kerana kempennya menentang pembangunan masjid di negaranya, tanpa diduga-duga dan tak disangka kini dia memeluk agama Islam.

Streich adalah orang pertama yang melancarkan perihal larangan kubah masjid, dan bahkan mempunyai idea untuk menutup masjid-masjid di negaranya. Dia dari Parti Rakyat Switzerland (SVP).Deklarasi kontroversi Streich ke Islam membuat heboh Switzerland.

Streich mempropagandakan anti-gerakan Islam begitu meluas ke seluruh negeri. Ia menaburkan benih-benih kemarahan dan cemuhan bagi umat Islam di Negara itu, dan membuka jalan bagi penentangan orang awam terhadap mimbar dan kubah masjid.

Tapi sekarang Streich telah menjadi seorang yang memeluk Islam.Tanpa diduganya sama sekali, pemikiran anti-Islam yang akhirnya membawanya begitu dekat dengan agama ini. Streich bahkan sekarang mempunyai keinginan untuk membina masjid yang paling indah di Eropah terutama di negaranya.

Yang paling menarik dalam hal ini adalah bahawa pada ketika ini ada empat masjid di negaranya dan Streich ingin membuat masjid yang kelima. Dia mengakui ingin mencari "pengampunan dosanya" yang telah meracuni Islam. Sekarang adalah fakta bahawa larangan kubah masjid telah memperoleh status undang-undang.

Abdul Majid Aldai, presiden OPI, sebuah NGO, bekerja untuk kesejahteraan Muslim, mengatakan bahawa orang Eropah sebenarnya mempunyai keinginan yang besar untuk mengetahui tentang Islam. Beberapa dari mereka ingin tahu tentang hubungan antara Islam dan keganasan; sama halnya dengan Streich.Ceritanya, ternyata selama konfrontasi, Streich mempelajari Al-Quran dan mula memahami Islam.

Streich adalah seorang ahli penting Parti Rakyat Switzerland (SVP). Ia mempunyai kedudukan penting dan pengaruhnya dalam parti. Selain petisinya tentang kubah masjid itu, dia juga pernah memenangi tentera di Swiss Army kerana popularitinya.

Lahir di sebuah keluarga Kristian, Streich melakukan kajian komprehensif Islam semata-mata untuk memfitnah Islam, tapi ajaran Islam memiliki nampak yang mendalam pada dirinya.Akhirnya dia malah antipati terhadap pemikirannya sendiri dan dari kegiatan politiknya, dan dia memeluk Islam. Streich sendiri kemdian disebut oleh SVP sebagai syaitan.

Dulu, Dia mengatakan bahawa dia sering meluangkan waktu membaca Alkitab dan sering pergi ke gereja, tapi sekarang dia membaca Al-Quran dan melakukan solat lima waktu setiap hari.Dia membatalkan kehadirannnya di parti dan membuat kenyataan awam tentang dia masuk Islam. Streich mengatakan bahawa dia telah mencari kebenaran hidup dalam Islam, yang tidak dapat dia temukan dalam agama sebelumnya

Krdt to Dayak at MalaysiaRia

"Nabi Muhammad bukan suci buat saya," Sekali Lagi Penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W.

Majalah Perancis Siar Karikatur Hina Nabi

KETUA editor Charlie Hebdo, Charb menunjukkan muka depan majalah satira berkenaan di Paris semalam.

___________________________________________________________________________________

PARIS – Sebuah majalah Perancis menerbitkan karikatur menghina Nabi Muhammad semalam sekali gus memburukkan lagi ketegangan global berhubung filem Innocence of Muslims yang memperlekehkan agama Islam.

Perkembangan tersebut menyebabkan Perancis meningkatkan kawalan keselamatan di semua kedutaan negara itu.

Karikatur biadap itu disiarkan majalah mingguan tempatan, Charlie Hebdo, beberapa hari selepas bantahan ganas tercetus dari Benua Asia hingga ke Afrika kerana memprotes filem Innocence of Muslims.

Setakat ini, lokasi pemerintah Amerika Syarikat (AS) terutama kedutaan negara kuasa besar itu menjadi sasaran penunjuk perasaan.

Keganasan berkaitan filem amatur tersebut menyebabkan sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh di tujuh buah negara termasuk Duta AS yang maut di Libya.

AS turut menutup sementara konsulatnya di Jakarta ekoran demonstrasi serupa, manakala beratus-ratus penunjuk perasaan membakar patung Presiden Barack Obama di ibu negara Sri Lanka, Colombo.

Kementerian Luar Perancis mengeluarkan amaran perjalanan semalam dengan menggesa rakyatnya yang berada di dunia Islam supaya berwaspada dan mengelakkan perhimpunan awam dan mengunjungi "bangunan sensitif" seperti bangunan keagamaan dan kedutaan Barat.

Mengulas berhubung tindakan majalah Charlie Hebdo, Perdana Menteri Jean-Marc Ayrault berkata, kebebasan bersuara adalah terjamin di Perancis tetapi menegaskan kebebasan tersebut perlu disertakan dengan rasa tanggungjawab dan hormat kepada bangsa dan agama lain.

Menteri Luar, Laurent Fabius pula mengeluarkan komen lebih keras apabila menyifatkan tindakanCharlie Hebdo menyiarkan karikatur tersebut umpama mencurahkan minyak ke dalam api.

Dalam perkembangan berkaitan, pasukan polis pencegah rusuhan berkawal di luar beberapa pejabat majalah berkenaan.

Tahun lalu, pejabat majalah itu dibaling dengan bom api selepas ia menerbitkan edisi memperlekehkan gerakan radikal Islam.

Ketua Editor Charlie Hebdo yang dikenali sebagai Charb diletakkan di bawah perlindungan polis selama setahun selepas insiden tersebut.

Ditanya berhubung kontroversi terbaharu majalah berkenaan, Charb mempertahankan keputusan untuk menyiarkan karikatur biadap tersebut.

"Nabi Muhammad bukan suci buat saya," katanya dalam satu temu bual di sebuah pejabat majalah berkenaan di sini.

"Saya tidak menyalahkan orang Islam kerana tidak tertawa melihat kartun kami. Saya hidup di bawah undang-undang Perancis dan bukan undang-undang al-Quran," tambahnya.

Menurut ketua editor berkenaan, dia tidak menyesal dan tidak berasa bertanggungjawab berhubung sebarang keganasan yang bakal tercetus ekoran penerbitan tersebut.

"Saya bukan orang yang keluar ke jalan-jalan raya sambil membawa batu dan raifal automatik Kalashnikov," ujarnya. – AP

Sumber: Kosmo Online – Lagi Penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W.

** i would be the guy who carrying AK and shoot him to death….

Keajaiban Ciptaan Allah “Morning Glory Pool”

Sebuah lagi keajaiban alam semulajadi (baca Ciptaan Allah) yang patut kita kagumi ialah “Morning Glory Pool”, yang terletak di Yellowstone National Park, Wyoming, Amerika. Dengan gelaran kolam ‘seribu wajah’ kerana penampilan warnanya yang berwarna-warni, biru, hijau, kuning, orange dan coklat tembaga.

Fenomena yang mengkagumkan ini telah menjadikan “Morning Glory Pool” sangat terkenal di serata dunia pada perspektif pelancongan. Setiap tahun sekitar 3 juta pelancong akan datang ke sini untuk menyaksikan keajaiban kolam ini. Kononnya, kolam ini telah lama wujud dan telah dinamai sebagai “Morning Glory Pool’ sejak tahun 1880 lagi. Kewujudannya yang mengujakan itu ibaratnya seperti keindahan sekuntum bunga yang sedang kembang mekar di suatu pagi hari. Telah dipercayai bahawa kolam ini terjadi sedemikian rupa adalah dikeranakan oleh peristiwa alam semulajdi seperti gempa bumi dan aktiviti seismik di daerah itu.

Asalnya, kolam air panas itu didominasi oleh warna biru terang. Namun kemudiannya telah berubah menjadi beberapa lagi warna lain dikeranakan oleh perbuatan tangan manusia iaitu para pengunjung yang telah datang dan membuang pula wang syiling, batu, kayu bahkan sampah ke dalamnya. Akibatnya objek² yang telah dibuang ke dalam kolam itu tertanam di dasar kolam yang kemudiannya telah menyumbat saluran-saluran air panas didasar kolam. Maka proses kitaran air mulai terganggu dan suhu air pun mulai menurun. Kolam yang dahulunya berwarna biru dengan wap yang mengepul-ngepul keluar kerana kepanasan air kini sudah tidak kelihatan lagi.

Akibat daripada penurunan suhu tersebut maka bakteria pun mulai masuk dan mengubah warna biru menjadi kekuningan, orange dan coklat tembaga. Pada proses awal kemasukan bakteria ini, ia hanya berada di sekitar pinggir kolam dengan menjadikan warna air kolam berubah ke warna kuning dan orange namun seiring dengan penurunan suhu air kolam maka bakteria tersebut mulai masuk hingga ke bahagian tengah kolam.

Akhirnya warna biru kehijauan kini tidak lagi mendominasi kolam itu. Sebaliknya, warna kuning, orange, coklat tembaga mulai terlihat menyebar mengelilingi kolam berkenaan. Seandainya keadaan ini tidak segera diatasi, berkemungkinan keindahan kolam air panas “Morning Glory Pool” suatu masa nanti hanya tinggal kenangan yang terakam di dalam foto-foto sahaja.

 

Krdt to Dayak at MalaysiaRia

Potret Diperbuat daripada Skru

California- Andrew Myers mendapat satu akal untuk membuat potret beliau lebih terang.

Dia memaku skru ke dalam panel kayu pada kedalaman yang berbeza untuk membuat

gambar tiga dimensi. Hasilnya kelihatan agak inovatif.

Portraits Made of Screws

Portraits Made of Screws

Portraits Made of Screws

Portraits Made of Screws

Portraits Made of Screws

Portraits Made of Screws

Portraits Made of Screws

Portraits Made of Screws

Portraits Made of Screws

Portraits Made of Screws

Portraits Made of Screws

Portraits Made of Screws

Portraits Made of Screws

 

Krdt to Dayak at MalaysiaRia