Bacaan “Amin” yang betul dalam solat

berdoa1

Maklumat ini di salin daripada Buku 239 Kesalahan Di Dalam Solat – karangan Abdullah Al-Qari Hj Salleh m/s 34

Al-Muhaddith Muhammad Ibn Madyan pernah menulis di dalam kitabnya;

Bacaan Amin terdapat empat (4) bentuk:

1. Aaaaaaamiin iaitu secara Mad (3 alif atau 6 harakat) dan takhfif (meringan tanpa tasydid). Inilah bacaan yang paling jelas dan masyhur.

2. Aaamiin iaitu secara qasar (pendek) sekadar 1 Alif atau 2 harakat dan takhfif.

3. Eemiin iaitu secara Imalah (Bunyi melencung)

4. Aaaaaaammiin iaitu secara Mad (3 Alif) dan tasydid mim.

Dua bacaan yang pertama adalah masyhur. Menurut Imam Nawawi: Bacaan yang terpilih adalah yang pertama (rujuk Al-Adzkar)

Ada 4 perbezaan ucapan Aamiin iaitu:

 

1. Amin , أَمِيْنٌ (a: pendek, min: pendek),

ertinya ‘orang yang amanah atau terpercaya’.

2. Aamin, أٰمِنْ (a: panjang, min: pendek),
ertinya ‘berimanlah’ atau ‘berilah jaminan keamanan’.
Ketika shalat, kita tidak boleh membaca “Amin” dengan dua cara baca di atas.

3. Aamiin, آمِّيْنَ (a: panjang 5 harakat, mim: bertasydid, dan min: panjang),
ertinya ‘orang yang bermaksud menuju suatu tempat’.

Ada sebahagian ulama yang memperbolehkan membaca “Amin” dalam solat dengan bentuk bacaan semacam ini. Demikian keterangan Al-Wahidi. Imam An-Nawawi mengatakan, “Ini adalah pendapat yang sangat aneh. Kebanyakan ahli bahasa menganggapnya sebagai kesalahan pengucapan orang awam. Beberapa ulama mazhab kami (Mazhab Syafiee) mengatakan, ‘Siapa saja yang membaca ‘Amin’ dengan bentuk ini dalam solatnya maka solatnya batal.’” (At-Tibyan fi Adab Hamalatil Qur’an, ms. 134)

4. Aamiin , أٰمِيْنَ (a: panjang 2 harakat kerana mengikuti mad badal, min: panjang 4–6 harakat kerana mengikutimad ‘aridh lis sukun, dan nun dibaca mati),
ertinya ‘kabulkanlah’. Inilah bacaan “Amin” yang benar.

Meng ‘Amin’ kan Bacaan al-Fatihah

Soalan:

Assalamulaikum wrt;
Jelaskan cara meng ‘Amin’ kan bacaan al-Fatihah di dalam sembahyang berjemaah mengikut sunnah?

Abu Ahmad Amin, Subang Jaya

Jawapan:

Selepas membaca Al Fatihah, kita disunatkan membaca amin yang bermakna "Perkenankanlah ya Allah…". Apabila kita solat berjemaah, maka makmum tidak boleh mendahului bacaan amin imam. Dalam hal ini Abu Hurairah meriwayatkan sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Dawud dan Daruquthni dengan sanad yang shahih sebagai berikut: "Adalah Rasulullah SAW apabila telah selesai membaca Ummul Quran (al-Fatihah) ditinggikan suaranya, lalu baginda membaca amin".

Adapun berkenaan dengan ucapan amin makmum dalam solat berjemaah, abu Hurairah meriwayatkan sebagai berikut: "Bersabda Nabi SAW: "Apabila imam membaca amin hendaklah engkau membaca amin, kerana sesungguhnya para malaikat membaca amin bersama dengan bacaan imam. Sesiapa yang bersamaan bacaan aminnya dengan ucapan amin para malaikat, sesungguhnya akan diampunkan (Allah) dosa-dosanya yang terdahulu". (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sekiranya ada keraguan, silalah bertanya kepada ustaz yang lebih arif ya.

221785_208032475896617_193158954050636_652644_2425893_n

DarkAzs: Maklumat bermanfaat utk kita semua, sebarkan ye

Krdt to Ida Syuhada at MalaysiaRia

Advertisements

Komen jangan tak komen yerr, nanti saya bagi hadiah d^^,b

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s