Penyakit PELIK Muda Mudi

Kalau kita keluar bersiar-bersiar di ibu kota , pastinya kita tidak akan terlepas dari melihat ragam anak-anak belasan tahun. Di sini ada di senaraikan antara penyakit unik yang berbahaya pada anak-anak remaja sebagai panduan untuk kita semua agar menjauhinya.

1) Penyakit Cintan-Cintun

Memang sudah lumrah, apabila kita meningkat remaja.perasaan cinta itu ada dalam diri . Tapi cinta itu satu perkara suci, cantiknya cinta itu kalau kita pelihara. Ini tidak , kita bercinta dengan pasangan kita macam comfirm je nak kahwin. Lepas itu siap ada anniversary. Kan indah kalau kita simpan semua itu untuk cinta kita yang sebenar. Lagi best,Kalau kita bercinta dengan Allah.

2) Penyakit Attention Seeker

Penyakit attention seeker ini penyakit yang parah. Ibu bapa mestilah pantau anak-anak sekiranya mereka ada penyakit ini. Remaja yang mengalami attention seeker ini selalu mahukan perhatian dari orang sekeliling . Ingatlah, Allah itu ada. Allah itu sentiasa sayang kita , sentiasa bagi attention kat kita.

3) Penyakit Berlagak Seperti Ada di Bumi New York

Remaja seperti ini suka bersosial sehingga melampau-lampau batasnya. Auratnya pula MasyaAllah tidak terkata. Kemudian mereka menyambut perayaan seperti orang-orang New York dan mula copy-paste artis-artis Hollywood kegemaran mereka. Ya Allah ,dekat syurga sana lagi super awesome dari New york ke Paris ke Hawaii dan sebagainya. Bidadara bidadari kat syurga tu pun lagi Fantastic dari artis-artis Hollywood.

4) Penyakit Gangster

Remaja seperti ini paling senang nak kenal. Suka mencarut , tidak hormat orang, suka bergaduh, suka tunjuk samseng , suka merempit dan sebagainya seperti yang ditunjukkan dalam drama-drama melayu sekarang seperti KL Gangster,Bohsia dan sebagainya. Sebenarnya remaja ini jenis remaja yang berguna sekiranya kita bawa dia ke jalan yang benar. Yela,mereka kan kuat, semangat kental. Mana tau, Kalau ada iman teguh dalam diri dan dicampur pula dengan kekuatan mereka, Bolehlah kot kita hantar mereka ke Palestin ke , atau pun biar  mereka berjihad untuk islam sehinggakan tak lama lagi wujud sebuah filem Melayu bertajuk KL MUJAHID.

5) Penyakit Nak Tunjuk Up-To-Date Dan Mahu Glamour

Remaja seperti ini kadang-kadang mereka ini tahu tentang agama tapi mereka buat-buat tak tahu atau malas nak ambil tahu. Remaja seperti mereka ini jenis tak suka duduk rumah . Mereka ini akan melebih-lebih dalam join aktiviti-aktiviti yang terbaru seperti tarian dan sebagainya. Mereka ini juga jenis yang suka melepak di pusat membeli-belah seperti Pavilion,Sungei Wang,KLCC dan sebagainya. Kemudian mereka bangga sekiranya orang lain tahu mengenai diri mereka dan aktiviti-aktiviti sosial mereka. Alahai, ingatlah seglamour mana pun orang tu, nanti mati pakai juga kain kapan yang harga dia RM2.50 semeter yang sama. Kita ni sebenarnya sama je, Hamba Allah. Baiklah kita jadi hamba Allah  yang up-to-date.Lagi terror!

6) Penyakit Terkena Kejutan Budaya

Remaja seperti ini paling mudah untuk dikenali . Remaja seperti ini sebenarnya adalah seorang yang baik dan sopan kemudian tiba-tiba bertukar menjadi ‘nakal’  disebabkan faktor keadaan,kawan dan lain-lain.Cuba fikir balik dik,kalaulah setiap minggu kita bertukar dari menjadi muslim kepada menjadi muslim yang baik kemudian muslim yang super baik dan seterusnya.Mesti Allah akan sayang kita sangat-sangat.

7) Penyakit I Forgot Lah Pasal ISLAM.

Remaja seperti ini adalah paling kasihan sekali.Mereka ini suka berparty, bersosial , pergi ke kelab-kelab malam, minum minuman alkohol, bergelumang dengan maksiat, tidak solat, lupa cara mandi wajib, pergaulan sangat bebas dan sebagainya.Ya Allah , cuba bayangkan kalau mak,ayah,atuk,nenek,bakal anak cucu cicit kita tengok kita. Malu tak?? Inikan pula Allah,sudahlah Allah yang cipta kita, beri kita macam-macam , kita pula boleh pula lupa pasal islam dan Allah.

Cukup la ini sahaja senarai penyakit uni anak-anak muda yang dapat saya ceritakan.Seorang ustaz pernah beritahu saya,solat tu adalah benda paling penting dalam hidup kita sebab I untuk isyak, S untuk subuh, L untuk lohor(zohor), A untuk Asar, dan M pula untuk Maghrib dan barulah kita Islam sebenar.

Allah itu sentiasa ada untuk kita. Nak berdoa,nak mengadu masalah , nak memohon sesuatu..Allah itu Maha mendengar . Jadi untuk para remaja , zaman muda kita ni bukanlah zaman kita nak hidup jahiliyah tapi inilah masanya untuk kita start jadi hamba Allah yang paling awesome,super power,incredible,fantastic dan sebagainya.

Semoga kita dapat menjadi Islam yang sejati!!

Ameen.

 

Krdt to Anilin at MalaysiaRia

Advertisements

Komen jangan tak komen yerr, nanti saya bagi hadiah d^^,b

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s