Hantu dan penjelasannya

pontianakHantu telah menjadi satu ikon yang paling ditakuti bukan sahaja bangsa Melayu bahkan seluruh bangsa di dunia. Setiap bangsa memiliki cerita-cerita hantu mereka sendiri. Hantu juga berbeza mengikut bangsa atau tamadun. Seperti bangsa Melayu yang merangkumi kebanyakan negara di nusantara memiliki watak hantu seperti Langsuir, Pontianak dan Pocong.

Pontianak misalnya, sama ada di Indonesia mahupun di Malaysia, ciri-cirinya adalah bergitu mirip iaitu wanita rambut mengerbang, berbaju putih dan suka terbang dari pohon ke pohon. Asal usul Pontianak ini juga bergitu mirip iaitu kononnya disebabkan ibu mati ketika beranak. Namun, ia hanya cerita-cerita orang tua sahaja, sejauh mana kebenarannya sukar untuk dibuktikan.

langsuir

Walaupun demikian, hantu atau jembalang ini hanya memiliki satu persamaan sahaja tidak kira ia berasal daripada tamadun mana sekalipun,ia tidak mampu membunuh manusia.! Ya, ia tidak mampu membunuh manusia, namun ia mampu menyebabkan manusia terbunuh atau hampir terbunuh.!

Bagaiman ia boleh menyebabkan manusia terbunuh?

hantuTelah dikaji oleh para pengkaji paranormal, terdapat hantu yang bersifat baik dan ada yang bersifat ‘nakal’. Ia boleh dilihat dengan warna hantu yang dirakam atau dijumpai. Sebagai contoh, jika hantu itu muncul dengan warna putih, ia adalah hantu jenis baik seperti Casper. Dan jika ia muncul dengan warna hitam, ia adalah hantu jenis nakal dan suka mengacau manusia.

Banyak kejadian yang menyebabkan manusia hampir terbunuh dan terbunuh. Seperti yang berlaku di satu tempat di utara tanah air baru-baru ini di mana seorang pemandu melihat kelibat perempuan cantik berkebaya merah. Terkejut dengan kelibat misteri itu, si pemandu itu terus terbabas dan hampir maut. Beliau bagaimanapun cedera ringan dan mampu untuk menceritakan kembali pengalaman aneh yang dialaminya sehingga sebuah akhbar popular di tanah air menerbitkan peristiwa kemalangan ini di muka hadapan.

langsuirBegitu juga dengan kelibat api misteri yang pernah heboh satu ketika dahulu. Kelibat api misteri ini miskipun belum memakan nyawa namun ia telah menimbulkan kegusaran kerana banyaknya kerugian daripada harta benda. Peristiwa ini pernah berlaku kepada saudara Mohamad Sidek Hamid dan keluarga. Ia menimbulkan rasa takut dan gerun bukan sahaja memikirkan nyawanya yang terancam tetapi juga harta benda yang berada dalam rumah beliau. Dianggarkan beliau kerugian sebanyak RM40,000.00 akibat gangguan misteri tersebut. Akibat trauma dengan kejadian tersebut, beliau sekeluarga terpaksa berpindah rumah dan tinggal di garaj kereta buat sementara waktu.

Hantu menurut ajaran Islam, bagaimana?

Menurut ajaran Islam, hantu adalah jelmaan jin dan syaitan. Tujuan jin dan syaitan hanya untuk menyesatkan manusia. Jadi, antara sebab jelmaan yang menakutkan itu adalah untuk manusia merasa gerun serta takut dan seterusnya menyebabkan mereka ‘menyembah’ mereka sama ada dengan berjumpa bomoh(maksud bomoh syirik) atau menyembahnya secara terus seperti orang-orang asli yang menyembah roh-roh dan amalan bidaah orang Melayu zaman dahulu seperti pembuangan achok dan pulut kuning.

1

Adakah kelibat wajah orang yang meninggal dunia adalah roh si mati?

pocong-arsitex-7

Pendapat sesetengah masyarakat mengenai roh-roh si mati adalah kerana terpengaruh dengan omong-omongan orang kafir yang sering mempercayai roh si mati yang tidak tenang akan sentiasa menganggu manusia terutama keluarga terdekatnya. Pendapat tersebut tidak benar sama sekali.

Apa yang perlu diketahui adalah sebagai orang Islam, kita wajib berpegang kepada hadis Rasullulah saw yang bermaksud:

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

“Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
(Hadith Sahih – Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Maka, diketahuilah bahawa roh-roh si mati tidak akan menganggu manusia kerana terputusnya hubungan antara roh dan manusia seumpama terputus jambatan di atas dua pengkalan.

Jika bukan roh si mati, jadi apakah yang menganggu?

pocongjugapocongSeperti yang diberitahu pada awalnya, yang menganggu manusia hidup bukannya roh manusia tersebut tetapi jin dan syaitan yang mahu berusaha merosakkan akidah manusia. Syaitan tidak pernah puas untuk mengoda anak Adam miskipun dengan sekecil-kecil dan sehalus-halus godaan. Dengan bunyi lolongan si mati dibunuh, ia adalah hasil ‘buatan’ jin dan syaitan. Jangan mudah terpedaya dengan godaan syaitan laknatullah dan sentiasalah berdoa dan berzikir supaya kita hanya takut kepada Allah swt dan bukannya kepada jin dan hantu. InsyaAllah.

Apakah jelmaan jin dan syaitan boleh terakam dengan kamera?

Ya, ada bukti yang boleh menyokong hal ini. Dengan kecanggihan teknologi, jelmaan jin dan syaitan sentiasa terakam dek kamera atau video cam. Seperti yang diketahui, jin dan syaitan adalah berasal daripada unsure api, oleh itu jika ia dirakam menggunakan kamera infra-merah, ia akan menimbulkan elemen haba yang kuat. Bergitu juga sekira menggunakan alat pengukur haba, ia memberikan reaksi yang sama dengan kamera infra-merah.

 

Dark Azs: Kita dah disuapkan dengan cerita cerita hantu dari kecik, rupa hantu tu camne, ape sumer, so, bila dah takut tu, otak akan recall balik citer2 seram, and maybe ape sahaja benda yg menyerupai hantu pun akan dianggap sebagai hantu, padahal takde ape pon. Peringatan kepada diri sendiri gak, tgk byk sgt citer hantu, kekekekekekei, mainan syaitan sumer tuh, betulkan persepsi andaa..

add-my-pin-pocong

Krdt to : takusahrisau

Advertisements

One comment on “Hantu dan penjelasannya

Komen jangan tak komen yerr, nanti saya bagi hadiah d^^,b

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s