Amalan Potong Jari Sebagai Tanda Berkabung!

Suku kaum Dani yang berasal dari Papua, Indonesia mengamalkan amalan memotong jari jika berlaku sesuatu kematian. Amalan ini mengikut kepercayaan mereka adalah untuk mententeramkan roh si mati agar tidak mengganggu mereka. Ianya dilakukan oleh ahli keluarga perermpuan si mati. Amalan ini tidak lagi dilakukan sekarang namun kebanyakkan wanita tua suku kaum ini boleh dilihat telah memotong jari mereka..

DarkAzs: Waaaaaaahh ni kalah yakuza ni, yakuza potong satu jari je, yg ni smua jari!! MasyaAllah, xtremeeee gilerr..

Krdt to Ida SYuhada at MalaysiaRia

Advertisements

Fakta unik tentang Jalan

1. Jalan paling bengang-bengkok di dunia

– Lombard Street merupakan jalan yang dimaksudkan.
– Terletak di San Francisco.
– Kelajuan maksimum hanya 9km/h.
– Jarak antara selekoh sekitar 1 meter dan hanya boleh dipandu satu arah sahaja iaitu arah menurun.
– Di sebelah jalan terdapat rumah yang mahal- mahal.

2. Jalan paling banyak susur @ pertukaran arah di dunia
– The Judge Harry Pregerson Interchange terletak di Los Angeles, CA.
– Ia juga dikenali sebagi susur yang paling rumit.
– Terdapat 4 lapis jalan untuk pintu masuk dan keluar.
– Ia dibuka pada tahun 1993.
– Dengan adanya jalan ini, ia berjaya melancarkan perjalanan.

3. Roundabout paling luas di dunia
– Terletak di Putrajaya Malaysia.
– Berukuran 3.4 km.

4. Roundabout paling menakutkan di dunia
– Roundabout yang dimaksudkan terletak di England.
– Dibina pada tahun 1972.
– Roundabout itu mengandungi 5 roundabout kecil di sekelilingnya.
– Ia juga telah diundi sebagai jalan yang paling menakutkan di England.

5. Jalan paling curam di dunia
– Baldwin street, New Zealand ialah jalan paling curam di dunia.
– Panjang jalan ialah 350m.
– Darjah kocondongan ialah 35% (1m tinggi : 2.86m panjang).

6. Satu-satunya jalan yang mewajibkan berjalan di sebelah kanan
– Nama jalan ialah Savoy Court, England.
– Seperti kita ketahui, orang-orang di England selalu berjalan disebelah kiri seperti kita di Malaysia (tidak seperti di Amerika dan Eropah yang biasanya berjalan disebelah kanan), tetapi ada satu jalan di England yang mewajibkan berjalan disebelah kanan, iaitu di Savoy Court.

7. Jalan paling luas di dunia
– Jalan yang dimaksukan ialah jalan de Julio Avenue, Argentina.
– Memiliki 6 lorong di setiap arah.

8. Jalan paling sempit di dunia
– Jalan Parliament Street, England ialah jalan paling sempit di dunia.
– Lebar jalan ialah 0.64m.

9. Jalan terpanjang di dunia
– Pan-American Highway, The Americas ialah jalan terpanjang di dunia.
– Dengan panjang 48,000 kilometer.
– Merentasi 15 negara termasuk Amerika Kanada, Mexico , Peru, Argentina dan Elsalvado.

10. Jalan terpendek di dunia

– Jalan Ebenezer Place, Skotlandia ialah jalan paling pendek di dunia.
– Hanya berukuran 2.06 meter.
– Terdapat satu rumah di jalan ini yang dibangunkan pada 1883.
– Bangunan itu adalah hotel Mackays.
– Ia secara rasmi dinyatakan sebagai jalan pada tahun 1887.

DarkAzs: Jalan ke rahmatullah?

Krdt to Iday Syuhada at MalaysiaRia

Restoran Menggunakan Ninja Sebagai Pelayan

Sebuah restoran Jepun yang terletak di Tribeca, New York menggunakan ninja sebagai pelayan kedai tersebut. Mereka melakukan pelbagai aksi ninja yang memukau pelanggan seperti aksi api kung fu, menghantar makanan menggunakan pedang dan banyak lagi. .

Jom Layan Video di bawah

 

Krdt to Ida Syuhada at MalaysiaRia

Ramly Burger telah “Terfitnah”

Assalamualaikum wbt semua , tym syok2 melayari MalaysiaRia tadi, terjumpa plak artikel ni dan rasanya penting untuk dikongsikan bersama rakan2 disini yg terdengar fitnah mengenai Product Ramly yg mengandungi porcine(khinzir)..Berikut adalah artikel yg saya copy directly dari MR, slamat membaca..

Baru-baru ini MR ada menyiarkan 2 artikel yang di katakan bersangkut-paut dengan fitnah tersebut. Boleh rujuk di sini:

1). http://www.malaysiaria.com.my/forum/topics/sejauh-mana-kebenaran

2). http://www.malaysiaria.com.my/forum/topics/sosej-frankfurter-ayam-d…

Semua warga MR terkejut dengan pendedahan ini. Tetapi hari ini kami menerima satu artikel yang menerangkan maksud tersendiri bahawa Ramly Burger telah di fitnah yang di kirim oleh Saudara fasyarul.

Di bawah ini kami sebarkan kebenarannya. Oleh yang demikian terpulanglah kepada anda semua untuk menilainya. Walau bagaimanapun kami amat-amat berterima kasih di atas semua pendedahan yang telah di buat oleh kesemua nama-nama di atas ( Abg Ein, Miegebu dan juga Fasyarul). Jika tiada 3 gabungan ini kita tidak tahu perkara yang sebenarnya. Wallahulam..

Reply by fusyarul 1 hour ago
Untuk membersihkan nama Ramly burger yang ‘terfitnah’, di sini ,saya mengambil tanggungjawab menyiarkan penafian dari pihak ramly-aya&suketani

Burger Ramly adalah hakmilik bumiputera. Sila baca surat rasmi ini.
Sila sebarkan kebenaran ini kepada kekawan yg terdengar khabar2 angin yg tak benar.

Siar Rasmi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.

Untuk makluman, syarikat-syarikat di bawah Kumpulan Ramly:

i) Ramly Food Processing Sdn Bhd
No. 1-4, Jalan 37/10A,
Taman Perindustrian IKS Mukim Batu,
68100 Kuala Lumpur
Tel: 03-61842972
Faks: 03-61874924
(U/P: En. Mohd Fuad Bin Abd. Rashid, Pengurus Kilang)

ii) Pemasaran Ramly Mokni Sdn Bhd
No. 1, Jalan 2/118C
Desa Tun Razak
56000 Cheras
Kuala Lumpur
Tel: 03-91737455
Faks: 03-91737709
(U/P: Pn. Siti Hayu Binti Ramly, Pengurus Kanan)

iii) Ramly Halal Mart Sdn Bhd
132A, Wisma Akar
Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru
50300 Kuala Lumpur
Tel: 03-26918952
Faks: 03-26914229
(U/P: En. Mohammad Mazli Bin Hassim, Pengurus Peruncitan)

iv) Ramly Food Services Sdn Bhd
Lot 35, Persiaran Mewah
Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak
56000 Cheras
Kuala Lumpur
Tel: 03-91726617
Faks: 03-91721222
(U/P: Pn Suriati Binti Abdullah, Eksekutif Akaun & Pentadbiran)

adalah syarikat 100% pegangan saham bumiputera yang dimiliki dan diterajui oleh Tuan Hj. Ramly Bin Mokni (Pengarah Urusan), Puan Hajjah Shala Siah Binti Abdul Manap (Pengarah Eksekutif) dan En. Othamanni Bin Makni (Pengarah).

Alhamdulillah sehingga hari ini, syarikat masih dapat mengekalkan 100% kakitangan muslim yang berjumlah 367 orang dari pengurusan sehingga kakitangan am.

Khabar-khabar yang menyatakan bahawa Syarikat Ramly kini sudah dimiliki oleh bangsa asing adalah tidak berasas sama sekali dan syarikat dengan ini menafikan sekeras-kerasnya khabar-khabar tersebut.

Pihak-pihak berkenaan dialu-alukan merujuk kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk pengesahan dan / atau menghubungi mana-mana syarikat yang dinyatakan di atas.

Sekian terima kasih.

Yang benar.
Samizan Bin Saion
Pengurus Besar Kumpulan Ramly

Darkazs: Alahaii, sekarang ni fitnah berleluasa, nak jatuhkan itu, nak jatuh kan ini, tapi yg nak menjatuh kan dan yg dijatuhkan tu sesama islam jugak, ape nak jadi daaa, apapun, jgn bimbang, teroskan makan daging ramly orait.

Krdt to Ida Syuhada at MalaysiaRia

MALAIKAT MENGIKAT ULAR DARI MEMATUK PEMUDA NAKAL

DALAM sebuah riwayat, dikisahkan bahawa pada suatu hari Nabi Isa as berjalan melalui sebuah kampung. Di kampung itu terdapat seorang anak muda yang sangat nakal. Namanya Qasar. Kenakalan melampau anak muda itu menyebabkan penduduk kampung memberitahu kepada Nabi Isa as, sebaik sahaja baginda sampai ke kampung berkenaan.

naughty-boy

Penduduk kampung menceritakan kenakalan anak muda berkenaan yang sering menyekat punca sumber saluran air dan mengotorkannya dengan meludah ke dalam air. Mereka meminta Nabi Isa as supaya berdoa kepada Allah swt supaya pemuda nakal itu tidak lagi menganggu kesejahteraan penduduk.

Mendengarkan aduan pendudukan kampung, Nabi Is as pun berdoa: “Ya Allah, utuskanlah seekor ular, supaya pemuda nakal itu tidak kembali lagi ke kampung ini (mati).

Ketika itu, pemuda nakal sedang menghampiri tempat punca air untuk melakukan kerja nakalnya menghalang aliran air mengalir ke kampung. Dia membawa bersamanya bekalan berupa bungkusan mengandungi tiga keping roti. Sebaik sampai di punca air berkenaan, pemuda itu didatangi seorang ‘Ahli Ibadah’ yang kebetulan melakukan ibadat berdekatan tempat itu.

Ahli Ibadah itu memberi salam sambil berkata: “Adakah kamu membawa sesuatu yang dapat kamu berikan kepadaku. Atau kamu tunjukkan kepadaku sesuatu supaya aku dapat melihatnya, kerana aku tercium bau makanan yang sangat sedap baunya. Aku belum pernah memakan makanan sesedap itu.”

Tanpa banyak bicara Qasar memberikan sekeping rotinya kepada orang itu. Ahli Ibadah menerima roti itu dengan ucapan: “Mudah-mudahan Allah mengampuni dosamu dan membersihkan hatimu Qasar.”

Pemuda nakal itu terkejut bila Ahli Ibadah itu menyebut namanya, sedangkan dia tidak pernah kenal dan bukan pula penduduk yang sekampung dengannya. Lalu Qasar menghulurkan sekeping lagi roti miliknya kepada Ahli Ibadah itu dan kali ini Ahli Ibadah berkata: “Semoga Allah mengampuni dosa kamu yang lalu dan dosamu yang akan datang.”

Mendengarkan kata-kata sedemikian, Qasar memberikan sekeping lagi rotinya dan kali ini dia menerima pula kata-kata: “Mudah-mudahan Allah membangunkan untuk kamu sebuah istana di dalam syurga,” dari Ahli Ibadah berkenaan.

Setelah dia mendengar kata-kata Ahli Ibadah itu, dia pun membatalkan kerja nakal yang ingin dilakukannya dan kembali ke kampungnya. Melihatkan Qasar telah kembali, penduduk kampung memberitahu Nabi Isa as.

Nabi Isa as berkata: “Panggilkan dia kemari.”

Mereka pun memanggil Qasar untuk bertemu dengan Naib Isa as. Tanpa banyak bicara pemuda nakal itu datang menghadap Nabi Isa as.

Nabi Isa as berkata: “Wahai Qasar, katakan kepadaku apakah kebaikan yang telah kamu lakukan hari ini?”

Jawab Qasar: “Sebenarnya sewaktu saya pergi dekat tempat punca air untuk melakukan kerja seperti biasa, seorang Ahli Ibadah telah datang menghampiri dan dia berkata dia belum pernah memakan makanan yang berbau wangi seperti roti yang saya bawa. Maka saya pun memberikan kepadanya satu keping dan Ahli Ibadah itu berdoa untuk saya. Akhirnya saya memberikan ketiga-kita keping roti yang saya bawa kepada Ahli Ibadah berkenaan.”

Kata Nabi Isa as: “Wahai Qasar, bawakan ke mari bungkusan kamu itu.”

Maka Qasar pun memberikan bungkusan yang dibawanya kepada Nabi Isa as lantas Nabi Isa membukanya. Sebaik membuka bungkusan, Nabi Isa as dapati di dalamnya terdapat seekor ular hitam yang telah dirantai dengan besi.

Berkata Nabi Isa as: “Wahai ular hitam….”. Lantas dijawab oleh ular: “Ya Nabi Allah.

Berkata lagi Nabi Isa as: “Bukankah aku telah perintahkan kamu supaya mematuk orang ini?”

Jawab ular hitam: “Ya, memang benar tetapi, telah datang seorang Ahli Ibadah meminta makanan dari Qasar, dan Qasar telah memberikan kepadanya. Maka Ahli Ibadah itu telah berdoa kepada Allah swt sebanyak tiga kali dan ada malaikat telah mengaminkannya. Kemudian Allah swt telah mengutus malaikat lalu mengikat aku dengan rantai besi.”

Setelah Nabi Isa as mendengar kata-kata ular hitam itu lalu berkata: “Wahai Qasar, mulai sekarang kamu buatlah baik. Sesungguhnya Allah swt telah mengampuni dosa kamu.”


Pengajarannya… sejahat mana pun seseorang itu.. kalau sampai masanya berbuat baik.. dia akan berbuat baik wink wink[1] Janganlaa kita ni sebagai manusia terburu-buru menghukum kita sesama manusia.. Tapi yang susahnya kita ni manusia.. hehehe.. nama pun manusia.. rasa marah .. benci.. dengki.. hasad memang tak lepas dari diri kita ini… rolleyes rolleyes[1] .. Jangan kita mendabik dada dengan ilmu yang sedikit kita menghukum orang lain… sad

Krdt to June Isma at MalaysiaRia

Jaga 7 sunnah Rasul

بسم الله الرحمن الرحيم

solat
"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang.

Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi

hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu …namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. …….,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ……..Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa…. ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia".

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim

Krdt to MalaysiaRia

Kalau dan kalau..

KALAU – Anda fikir ada tidak cukup masa untuk berseronok

FIKIRKAN – Masih ada orang di luar sana yang tidak pernah kenal erti seronok

30ec90849717ef6d862bd8dc8bfe565f

KALAU – Anda fikir anda sekarang mempunyai sedikit duit

FIKIRKAN – Masih ada orang yang di luar sana yang langsung tiada duit dan sudah berapa lama tak makan

 

KALAU – Anda fikir pakaian anda tidak cantik dan tidak ikut trend semasa

FIKIRKAN – Masih ada orang di luar sana yang selalu pakai baju yang sama setiap hari tanpa merungut mahukan baju baru walau pun sudah koyak dan bertampal.

 

KALAU – Anda rasa kasut anda sudah lama

FIKIRKAN – Masih ada orang di luar sana yang berkaki ayam.

KALAU – Anda fikir rumah anda kecil, sempit dan buruk

FIKIRKAN – Masih ada orang di luar sana yang tidak berumah, dan beratap berlangit dan berlantaikan tanah.

KALAU – Anda rasakan amal ibadat anda sudah cukup

FIKIRKAN – Anda silap sebab masih ramai di luar sana yang lebih beramal daripada anda dan masih tidak cukup untuk menempah tiket ke syurga.

KALAU – Anda rasa anda ‘retard’ gila sebab tidak dapat bercuti keluar negara

FIKIRKAN – Masih ada orang diluar sana yang terperap di rumah dan tidak berkesempatan melancong 1 Malaysia pun

Basic_Instinct_by_gilad

KALAU – Anda rasakan anda perlu kereta baru

FIKIRKAN – Masih ada kawan kita yang berjalan kaki dan  berkayuh basikal

KALAU – Anda rasa pasangan anda itu seorang yang menjijikkan -  "tak senonoh betul laki aku ni – kentut bau petai!"

FIKIRKAN – Ada lagi kah manusia yang sanggup hidup dengan anda? – "laki dia cakap – ko tu apa kurang, kentut lagi la…macam bom nuklear kat jepun tu!!’

2008_Sketchbook_cover_by_diablo2003

FIKIR-FIKIRKANLAH SELAGI OTAK KITA MASIH BERFUNGSI. Yang penting muhasabah diri.

Krdt to MalaysiaRia

Kelebihan Solat Jemaah Menurut Teori Fizik dan Kesilapan Masyarakat

teori1Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Solat berjemaah lebih utama jika dibandingkan dengan solat sendirian dengan 27 darjat.”
(Hadis Riwayat Al Bukhari)

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktumalam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak. Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakaat dalam solat Isyak.

Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Sumber Asal: Berita Harian

saf1

Sandwich yg rangup!!

Tak tahu nak bagi nama apa, yang penting kenyang. 

Alhamdulillah, dari kecil sampai besar, tak jemu-jemu makan makanan ni.

Sangat sesuai untuk sarapan dan minum petang.

Jom Tengok.

12

Roti yang sudah siap diletakkan sardin.

45

Biskut yang sudah dihancurkan menjadi serbuk. Biskut tu biarlah biskut kering ataupun yang tidak berperisa, nak senang biskut HUP SENG. Boleh dimakan begitu sahaja 🙂

3

3 keping roti : sebiji telur.

6

Salutkan roti dengan telur, kemudian salut dengan serbuk biskut.

Roti -> Telur -> Serbuk biskut.

7

Sudah siap disalut 🙂

8

Goreng dalam haba yang pelahan.  Serbuk biskut mudah jadi hangus jika tertalu panas

9

Dah siap.

Yang penting sangat sedap, rangup diluar dan lembut didalam. 

*ulang : Cuma kena ada bahan ni sahaja~

Roti

Telur

Biskut

Sardin

Tip: 1. Jangan letak terlalu banyak sardin dalam roti sampai kembung, roti mudah terbuka masa goreng.

2. Api jangan terlalu panas, serbuk biskut cepat tindak balas dan mudah hangus.

Darkazs: Apo lagii, jom xperimental!!

Krdt to Ida Syuhada at MalaysiaRia n xtrayaku.blogspot.com