Ramly Burger telah “Terfitnah”

Assalamualaikum wbt semua , tym syok2 melayari MalaysiaRia tadi, terjumpa plak artikel ni dan rasanya penting untuk dikongsikan bersama rakan2 disini yg terdengar fitnah mengenai Product Ramly yg mengandungi porcine(khinzir)..Berikut adalah artikel yg saya copy directly dari MR, slamat membaca..

Baru-baru ini MR ada menyiarkan 2 artikel yang di katakan bersangkut-paut dengan fitnah tersebut. Boleh rujuk di sini:

1). http://www.malaysiaria.com.my/forum/topics/sejauh-mana-kebenaran

2). http://www.malaysiaria.com.my/forum/topics/sosej-frankfurter-ayam-d…

Semua warga MR terkejut dengan pendedahan ini. Tetapi hari ini kami menerima satu artikel yang menerangkan maksud tersendiri bahawa Ramly Burger telah di fitnah yang di kirim oleh Saudara fasyarul.

Di bawah ini kami sebarkan kebenarannya. Oleh yang demikian terpulanglah kepada anda semua untuk menilainya. Walau bagaimanapun kami amat-amat berterima kasih di atas semua pendedahan yang telah di buat oleh kesemua nama-nama di atas ( Abg Ein, Miegebu dan juga Fasyarul). Jika tiada 3 gabungan ini kita tidak tahu perkara yang sebenarnya. Wallahulam..

Reply by fusyarul 1 hour ago
Untuk membersihkan nama Ramly burger yang ‘terfitnah’, di sini ,saya mengambil tanggungjawab menyiarkan penafian dari pihak ramly-aya&suketani

Burger Ramly adalah hakmilik bumiputera. Sila baca surat rasmi ini.
Sila sebarkan kebenaran ini kepada kekawan yg terdengar khabar2 angin yg tak benar.

Siar Rasmi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.

Untuk makluman, syarikat-syarikat di bawah Kumpulan Ramly:

i) Ramly Food Processing Sdn Bhd
No. 1-4, Jalan 37/10A,
Taman Perindustrian IKS Mukim Batu,
68100 Kuala Lumpur
Tel: 03-61842972
Faks: 03-61874924
(U/P: En. Mohd Fuad Bin Abd. Rashid, Pengurus Kilang)

ii) Pemasaran Ramly Mokni Sdn Bhd
No. 1, Jalan 2/118C
Desa Tun Razak
56000 Cheras
Kuala Lumpur
Tel: 03-91737455
Faks: 03-91737709
(U/P: Pn. Siti Hayu Binti Ramly, Pengurus Kanan)

iii) Ramly Halal Mart Sdn Bhd
132A, Wisma Akar
Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru
50300 Kuala Lumpur
Tel: 03-26918952
Faks: 03-26914229
(U/P: En. Mohammad Mazli Bin Hassim, Pengurus Peruncitan)

iv) Ramly Food Services Sdn Bhd
Lot 35, Persiaran Mewah
Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak
56000 Cheras
Kuala Lumpur
Tel: 03-91726617
Faks: 03-91721222
(U/P: Pn Suriati Binti Abdullah, Eksekutif Akaun & Pentadbiran)

adalah syarikat 100% pegangan saham bumiputera yang dimiliki dan diterajui oleh Tuan Hj. Ramly Bin Mokni (Pengarah Urusan), Puan Hajjah Shala Siah Binti Abdul Manap (Pengarah Eksekutif) dan En. Othamanni Bin Makni (Pengarah).

Alhamdulillah sehingga hari ini, syarikat masih dapat mengekalkan 100% kakitangan muslim yang berjumlah 367 orang dari pengurusan sehingga kakitangan am.

Khabar-khabar yang menyatakan bahawa Syarikat Ramly kini sudah dimiliki oleh bangsa asing adalah tidak berasas sama sekali dan syarikat dengan ini menafikan sekeras-kerasnya khabar-khabar tersebut.

Pihak-pihak berkenaan dialu-alukan merujuk kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk pengesahan dan / atau menghubungi mana-mana syarikat yang dinyatakan di atas.

Sekian terima kasih.

Yang benar.
Samizan Bin Saion
Pengurus Besar Kumpulan Ramly

Darkazs: Alahaii, sekarang ni fitnah berleluasa, nak jatuhkan itu, nak jatuh kan ini, tapi yg nak menjatuh kan dan yg dijatuhkan tu sesama islam jugak, ape nak jadi daaa, apapun, jgn bimbang, teroskan makan daging ramly orait.

Krdt to Ida Syuhada at MalaysiaRia

Advertisements

Komen jangan tak komen yerr, nanti saya bagi hadiah d^^,b

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s