MALAIKAT MENGIKAT ULAR DARI MEMATUK PEMUDA NAKAL

DALAM sebuah riwayat, dikisahkan bahawa pada suatu hari Nabi Isa as berjalan melalui sebuah kampung. Di kampung itu terdapat seorang anak muda yang sangat nakal. Namanya Qasar. Kenakalan melampau anak muda itu menyebabkan penduduk kampung memberitahu kepada Nabi Isa as, sebaik sahaja baginda sampai ke kampung berkenaan.

naughty-boy

Penduduk kampung menceritakan kenakalan anak muda berkenaan yang sering menyekat punca sumber saluran air dan mengotorkannya dengan meludah ke dalam air. Mereka meminta Nabi Isa as supaya berdoa kepada Allah swt supaya pemuda nakal itu tidak lagi menganggu kesejahteraan penduduk.

Mendengarkan aduan pendudukan kampung, Nabi Is as pun berdoa: “Ya Allah, utuskanlah seekor ular, supaya pemuda nakal itu tidak kembali lagi ke kampung ini (mati).

Ketika itu, pemuda nakal sedang menghampiri tempat punca air untuk melakukan kerja nakalnya menghalang aliran air mengalir ke kampung. Dia membawa bersamanya bekalan berupa bungkusan mengandungi tiga keping roti. Sebaik sampai di punca air berkenaan, pemuda itu didatangi seorang ‘Ahli Ibadah’ yang kebetulan melakukan ibadat berdekatan tempat itu.

Ahli Ibadah itu memberi salam sambil berkata: “Adakah kamu membawa sesuatu yang dapat kamu berikan kepadaku. Atau kamu tunjukkan kepadaku sesuatu supaya aku dapat melihatnya, kerana aku tercium bau makanan yang sangat sedap baunya. Aku belum pernah memakan makanan sesedap itu.”

Tanpa banyak bicara Qasar memberikan sekeping rotinya kepada orang itu. Ahli Ibadah menerima roti itu dengan ucapan: “Mudah-mudahan Allah mengampuni dosamu dan membersihkan hatimu Qasar.”

Pemuda nakal itu terkejut bila Ahli Ibadah itu menyebut namanya, sedangkan dia tidak pernah kenal dan bukan pula penduduk yang sekampung dengannya. Lalu Qasar menghulurkan sekeping lagi roti miliknya kepada Ahli Ibadah itu dan kali ini Ahli Ibadah berkata: “Semoga Allah mengampuni dosa kamu yang lalu dan dosamu yang akan datang.”

Mendengarkan kata-kata sedemikian, Qasar memberikan sekeping lagi rotinya dan kali ini dia menerima pula kata-kata: “Mudah-mudahan Allah membangunkan untuk kamu sebuah istana di dalam syurga,” dari Ahli Ibadah berkenaan.

Setelah dia mendengar kata-kata Ahli Ibadah itu, dia pun membatalkan kerja nakal yang ingin dilakukannya dan kembali ke kampungnya. Melihatkan Qasar telah kembali, penduduk kampung memberitahu Nabi Isa as.

Nabi Isa as berkata: “Panggilkan dia kemari.”

Mereka pun memanggil Qasar untuk bertemu dengan Naib Isa as. Tanpa banyak bicara pemuda nakal itu datang menghadap Nabi Isa as.

Nabi Isa as berkata: “Wahai Qasar, katakan kepadaku apakah kebaikan yang telah kamu lakukan hari ini?”

Jawab Qasar: “Sebenarnya sewaktu saya pergi dekat tempat punca air untuk melakukan kerja seperti biasa, seorang Ahli Ibadah telah datang menghampiri dan dia berkata dia belum pernah memakan makanan yang berbau wangi seperti roti yang saya bawa. Maka saya pun memberikan kepadanya satu keping dan Ahli Ibadah itu berdoa untuk saya. Akhirnya saya memberikan ketiga-kita keping roti yang saya bawa kepada Ahli Ibadah berkenaan.”

Kata Nabi Isa as: “Wahai Qasar, bawakan ke mari bungkusan kamu itu.”

Maka Qasar pun memberikan bungkusan yang dibawanya kepada Nabi Isa as lantas Nabi Isa membukanya. Sebaik membuka bungkusan, Nabi Isa as dapati di dalamnya terdapat seekor ular hitam yang telah dirantai dengan besi.

Berkata Nabi Isa as: “Wahai ular hitam….”. Lantas dijawab oleh ular: “Ya Nabi Allah.

Berkata lagi Nabi Isa as: “Bukankah aku telah perintahkan kamu supaya mematuk orang ini?”

Jawab ular hitam: “Ya, memang benar tetapi, telah datang seorang Ahli Ibadah meminta makanan dari Qasar, dan Qasar telah memberikan kepadanya. Maka Ahli Ibadah itu telah berdoa kepada Allah swt sebanyak tiga kali dan ada malaikat telah mengaminkannya. Kemudian Allah swt telah mengutus malaikat lalu mengikat aku dengan rantai besi.”

Setelah Nabi Isa as mendengar kata-kata ular hitam itu lalu berkata: “Wahai Qasar, mulai sekarang kamu buatlah baik. Sesungguhnya Allah swt telah mengampuni dosa kamu.”


Pengajarannya… sejahat mana pun seseorang itu.. kalau sampai masanya berbuat baik.. dia akan berbuat baik wink wink[1] Janganlaa kita ni sebagai manusia terburu-buru menghukum kita sesama manusia.. Tapi yang susahnya kita ni manusia.. hehehe.. nama pun manusia.. rasa marah .. benci.. dengki.. hasad memang tak lepas dari diri kita ini… rolleyes rolleyes[1] .. Jangan kita mendabik dada dengan ilmu yang sedikit kita menghukum orang lain… sad

Krdt to June Isma at MalaysiaRia

Advertisements

Komen jangan tak komen yerr, nanti saya bagi hadiah d^^,b

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s