MALAIKAT MENGIKAT ULAR DARI MEMATUK PEMUDA NAKAL

DALAM sebuah riwayat, dikisahkan bahawa pada suatu hari Nabi Isa as berjalan melalui sebuah kampung. Di kampung itu terdapat seorang anak muda yang sangat nakal. Namanya Qasar. Kenakalan melampau anak muda itu menyebabkan penduduk kampung memberitahu kepada Nabi Isa as, sebaik sahaja baginda sampai ke kampung berkenaan.

naughty-boy

Penduduk kampung menceritakan kenakalan anak muda berkenaan yang sering menyekat punca sumber saluran air dan mengotorkannya dengan meludah ke dalam air. Mereka meminta Nabi Isa as supaya berdoa kepada Allah swt supaya pemuda nakal itu tidak lagi menganggu kesejahteraan penduduk.

Mendengarkan aduan pendudukan kampung, Nabi Is as pun berdoa: “Ya Allah, utuskanlah seekor ular, supaya pemuda nakal itu tidak kembali lagi ke kampung ini (mati).

Ketika itu, pemuda nakal sedang menghampiri tempat punca air untuk melakukan kerja nakalnya menghalang aliran air mengalir ke kampung. Dia membawa bersamanya bekalan berupa bungkusan mengandungi tiga keping roti. Sebaik sampai di punca air berkenaan, pemuda itu didatangi seorang ‘Ahli Ibadah’ yang kebetulan melakukan ibadat berdekatan tempat itu.

Ahli Ibadah itu memberi salam sambil berkata: “Adakah kamu membawa sesuatu yang dapat kamu berikan kepadaku. Atau kamu tunjukkan kepadaku sesuatu supaya aku dapat melihatnya, kerana aku tercium bau makanan yang sangat sedap baunya. Aku belum pernah memakan makanan sesedap itu.”

Tanpa banyak bicara Qasar memberikan sekeping rotinya kepada orang itu. Ahli Ibadah menerima roti itu dengan ucapan: “Mudah-mudahan Allah mengampuni dosamu dan membersihkan hatimu Qasar.”

Pemuda nakal itu terkejut bila Ahli Ibadah itu menyebut namanya, sedangkan dia tidak pernah kenal dan bukan pula penduduk yang sekampung dengannya. Lalu Qasar menghulurkan sekeping lagi roti miliknya kepada Ahli Ibadah itu dan kali ini Ahli Ibadah berkata: “Semoga Allah mengampuni dosa kamu yang lalu dan dosamu yang akan datang.”

Mendengarkan kata-kata sedemikian, Qasar memberikan sekeping lagi rotinya dan kali ini dia menerima pula kata-kata: “Mudah-mudahan Allah membangunkan untuk kamu sebuah istana di dalam syurga,” dari Ahli Ibadah berkenaan.

Setelah dia mendengar kata-kata Ahli Ibadah itu, dia pun membatalkan kerja nakal yang ingin dilakukannya dan kembali ke kampungnya. Melihatkan Qasar telah kembali, penduduk kampung memberitahu Nabi Isa as.

Nabi Isa as berkata: “Panggilkan dia kemari.”

Mereka pun memanggil Qasar untuk bertemu dengan Naib Isa as. Tanpa banyak bicara pemuda nakal itu datang menghadap Nabi Isa as.

Nabi Isa as berkata: “Wahai Qasar, katakan kepadaku apakah kebaikan yang telah kamu lakukan hari ini?”

Jawab Qasar: “Sebenarnya sewaktu saya pergi dekat tempat punca air untuk melakukan kerja seperti biasa, seorang Ahli Ibadah telah datang menghampiri dan dia berkata dia belum pernah memakan makanan yang berbau wangi seperti roti yang saya bawa. Maka saya pun memberikan kepadanya satu keping dan Ahli Ibadah itu berdoa untuk saya. Akhirnya saya memberikan ketiga-kita keping roti yang saya bawa kepada Ahli Ibadah berkenaan.”

Kata Nabi Isa as: “Wahai Qasar, bawakan ke mari bungkusan kamu itu.”

Maka Qasar pun memberikan bungkusan yang dibawanya kepada Nabi Isa as lantas Nabi Isa membukanya. Sebaik membuka bungkusan, Nabi Isa as dapati di dalamnya terdapat seekor ular hitam yang telah dirantai dengan besi.

Berkata Nabi Isa as: “Wahai ular hitam….”. Lantas dijawab oleh ular: “Ya Nabi Allah.

Berkata lagi Nabi Isa as: “Bukankah aku telah perintahkan kamu supaya mematuk orang ini?”

Jawab ular hitam: “Ya, memang benar tetapi, telah datang seorang Ahli Ibadah meminta makanan dari Qasar, dan Qasar telah memberikan kepadanya. Maka Ahli Ibadah itu telah berdoa kepada Allah swt sebanyak tiga kali dan ada malaikat telah mengaminkannya. Kemudian Allah swt telah mengutus malaikat lalu mengikat aku dengan rantai besi.”

Setelah Nabi Isa as mendengar kata-kata ular hitam itu lalu berkata: “Wahai Qasar, mulai sekarang kamu buatlah baik. Sesungguhnya Allah swt telah mengampuni dosa kamu.”


Pengajarannya… sejahat mana pun seseorang itu.. kalau sampai masanya berbuat baik.. dia akan berbuat baik wink wink[1] Janganlaa kita ni sebagai manusia terburu-buru menghukum kita sesama manusia.. Tapi yang susahnya kita ni manusia.. hehehe.. nama pun manusia.. rasa marah .. benci.. dengki.. hasad memang tak lepas dari diri kita ini… rolleyes rolleyes[1] .. Jangan kita mendabik dada dengan ilmu yang sedikit kita menghukum orang lain… sad

Krdt to June Isma at MalaysiaRia

Advertisements

Jaga 7 sunnah Rasul

بسم الله الرحمن الرحيم

solat
"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang.

Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi

hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu …namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. …….,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ……..Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa…. ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia".

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim

Krdt to MalaysiaRia

Kalau dan kalau..

KALAU – Anda fikir ada tidak cukup masa untuk berseronok

FIKIRKAN – Masih ada orang di luar sana yang tidak pernah kenal erti seronok

30ec90849717ef6d862bd8dc8bfe565f

KALAU – Anda fikir anda sekarang mempunyai sedikit duit

FIKIRKAN – Masih ada orang yang di luar sana yang langsung tiada duit dan sudah berapa lama tak makan

 

KALAU – Anda fikir pakaian anda tidak cantik dan tidak ikut trend semasa

FIKIRKAN – Masih ada orang di luar sana yang selalu pakai baju yang sama setiap hari tanpa merungut mahukan baju baru walau pun sudah koyak dan bertampal.

 

KALAU – Anda rasa kasut anda sudah lama

FIKIRKAN – Masih ada orang di luar sana yang berkaki ayam.

KALAU – Anda fikir rumah anda kecil, sempit dan buruk

FIKIRKAN – Masih ada orang di luar sana yang tidak berumah, dan beratap berlangit dan berlantaikan tanah.

KALAU – Anda rasakan amal ibadat anda sudah cukup

FIKIRKAN – Anda silap sebab masih ramai di luar sana yang lebih beramal daripada anda dan masih tidak cukup untuk menempah tiket ke syurga.

KALAU – Anda rasa anda ‘retard’ gila sebab tidak dapat bercuti keluar negara

FIKIRKAN – Masih ada orang diluar sana yang terperap di rumah dan tidak berkesempatan melancong 1 Malaysia pun

Basic_Instinct_by_gilad

KALAU – Anda rasakan anda perlu kereta baru

FIKIRKAN – Masih ada kawan kita yang berjalan kaki dan  berkayuh basikal

KALAU – Anda rasa pasangan anda itu seorang yang menjijikkan -  "tak senonoh betul laki aku ni – kentut bau petai!"

FIKIRKAN – Ada lagi kah manusia yang sanggup hidup dengan anda? – "laki dia cakap – ko tu apa kurang, kentut lagi la…macam bom nuklear kat jepun tu!!’

2008_Sketchbook_cover_by_diablo2003

FIKIR-FIKIRKANLAH SELAGI OTAK KITA MASIH BERFUNGSI. Yang penting muhasabah diri.

Krdt to MalaysiaRia

Kelebihan Solat Jemaah Menurut Teori Fizik dan Kesilapan Masyarakat

teori1Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Solat berjemaah lebih utama jika dibandingkan dengan solat sendirian dengan 27 darjat.”
(Hadis Riwayat Al Bukhari)

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktumalam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak. Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakaat dalam solat Isyak.

Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Sumber Asal: Berita Harian

saf1

Sandwich yg rangup!!

Tak tahu nak bagi nama apa, yang penting kenyang. 

Alhamdulillah, dari kecil sampai besar, tak jemu-jemu makan makanan ni.

Sangat sesuai untuk sarapan dan minum petang.

Jom Tengok.

12

Roti yang sudah siap diletakkan sardin.

45

Biskut yang sudah dihancurkan menjadi serbuk. Biskut tu biarlah biskut kering ataupun yang tidak berperisa, nak senang biskut HUP SENG. Boleh dimakan begitu sahaja 🙂

3

3 keping roti : sebiji telur.

6

Salutkan roti dengan telur, kemudian salut dengan serbuk biskut.

Roti -> Telur -> Serbuk biskut.

7

Sudah siap disalut 🙂

8

Goreng dalam haba yang pelahan.  Serbuk biskut mudah jadi hangus jika tertalu panas

9

Dah siap.

Yang penting sangat sedap, rangup diluar dan lembut didalam. 

*ulang : Cuma kena ada bahan ni sahaja~

Roti

Telur

Biskut

Sardin

Tip: 1. Jangan letak terlalu banyak sardin dalam roti sampai kembung, roti mudah terbuka masa goreng.

2. Api jangan terlalu panas, serbuk biskut cepat tindak balas dan mudah hangus.

Darkazs: Apo lagii, jom xperimental!!

Krdt to Ida Syuhada at MalaysiaRia n xtrayaku.blogspot.com

Sesama Manusia, selesaikanlah hari ini juga!!

tua

Kitanya bukannya lama lagi atas dunia ni.

Kita selamanya tidak boleh menongkat langit pun.

Dunia (bumi) ini bukan selama-lamanya tempat tinggal kita.

Akhirat jualah negara yang abadi.

Usia kita sudah semakin tua.

Sama macam umur bumi juga. Dua tua pun. Macam nenek bongkok tiga. dah sakit sana sini.

Tubuh kita sudah semakin lemah.

Tenaga kita pun sudah tidak sekuat dulu.

Mata kita pun tak secerah dulu.

Rambut tak sebanyak dan sehitam dulu.

Kulit pun dah tak setegang dan segebu dulu.

Gigi pula dah tak seasli dulu.

images3Hmmm…

Bak kata, rumah sudah kata pergi dan kubur pun sudah menjemput ‘mari’.

Sampai masanya Allah akan panggil kita pulang mengadapNya.

INNA LILLAH = kita semua milik dan kepunyaan Allah.

WA INNA ILAIHI ROJI’UN =Dan kita semua akan kembali kepadaNya.

Bukankah kat Jepun sana baru saja jadi gempa bumi dan Tsunami ?

Bukahkah laporan mereka yang terkorban dan hilang dlaporkan mencecah 26000 orang?

Mereka semua pergi mana?

Mereka main sorok-sorok kah?

Tidakk!!!

Allah sudah panggil mereka. Allah sudah jemput mereka ke pangkuanNya.

Ingat!! giliran kita semua akan tiba juga.

WA INNA INSYA ALLAH BIKUM LAQUNNNN…

“Kami semua (yang masih hidup lagi ni) , jika dikehendaki Allah, akan bertemu (join) dengan kamu (ahlul kubur) juga akhirnya.”

Nak lari mana??

Suka atau tidak, kita akan berangkat jua.

Bersedia ataupun tidak akan pergi juga.

‘Pergi tak kembali,’ bak kata al Marhum Ustaz Asri Ibrahim.

Ramai sudah yang telah berangkat pergi. Kita juga akan pergi. Kita semua bukannya takkan mati. Cumanya belum mati.

Perhatikanlah! Mana pakcik dan makcik kita?

Ramai yang telah berkampung di sana.Di Barzakh sana.

Mati tu kan perkara yang mendatang? Maka ia sedang mendatangi kita. Bahkan setiap perkara yang mendatangi kita itu hakikatnya semakin hampir mendekati kita. Kita saja yang leka dan buat tak tak nampak. Buat b**** dan berlagak sombong.

Semalam (berita hari khamis), aktres legenda Hollywood, Elizabeth Taylor yang mempunyai sepasang mata ungu juga telah meninggal dunia semasa berusia 79 tahun.

Apakah namanya yang mahsyur dan kekayaannya boleh menahan Malakut maut dari mengambil nyawanya?

Ya Salamm, nak tahan umur kita supaya tidak tua pun kita tak mampu.

Makanya….

Apa yang patut kita lakukan menjelang kematian kita sekarang ialah banyakan bertaubat dan beristighfar.

Banyakkan beramal soleh, mengumpul pahala dan menambah amal bakti.

Menuntut ilmu, beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah.

Dengan manusia pula bagaimana?

Ya, bagimana bentuk taubat kita dengan manusia?

Elokkanlah hubungan kita dengan sesama manusia khasnya kaum kerabat, ahli keluarga dan sahabat handai kita.

Tutupilah keaiban orang.
Berbaik-baiklah dengan jiran tetangga dan berdamailah musuh-musuh kita.

Apa?? Nak bermusuh sampai mati? Sampai dalam kubur?

Ohhh, sudah-sudahlah tuu. Apa nak jawab dengan Allah dalam kubur dan di padang Mahsyar nanti.

Cukup-cukuplah tu.

wewerNak bawa kemana semua tu??

Nanti kita sorang-sorang sahaja dalam kubur.

Kita nak kubur kita yang macam mana?

Taman syurga atau lubuk api neraka?

Terhadap orang yang kita zalimi, kita fitnah, kita umpat, kita aibkan maka segeralah memohon kemaafan.

Barang orang yang kita ambil, curi dan rampas atau ambil tanpa kebenaran, maka hendaklah dipulangkan segera.

Itupun selagimana kita mengaku diri kita Muslim sejati.

Nabi SAW pesan kita ‘Minta hahal hari ini segera’ (Fal yatahallaluhul yaum).

Ya, hari ini…Bukannya esok.

Yakinkah kita dapat hidup sampai esok??

Ohhh, malam ni pun ramai yang kan mati. Banyak orang yang tidurnya malam ni merupakan tidurnya yang terakhir.

Sebab itu Nabi SAW suruh selesaikan hari ini juga! Sekarang! Bukannya esok lusa. esok lusa belum tentu ada buat kita.

Takutlah kepada Allah. Takutlah siksa dan azabNYa. Takutlah memarahan dan kemurkaan Allah!!!

Berapa ramai lagi manusia yang mahu kita zalimi?

Berapa banyak lagi keaiban saudara muslim kita yang mahu kita sebarkan?

Berapa banyak lagi keaiban orang yang mahu kita dedahkan?
Allahhhh…

Bukankah diri kita sendiri pun penuh dan berselimut dengan keaiban?

Tahanlah lidah kita semua daripada menutur dan melafazkan kata fitnah, kata dusta, pembohongan, maki hamun, caci mencaci dan seumpamanya.

Andai kita seorang Muslim kawallah lidah kita. Usah kita mengaibkan saudara-saudara kita. Berhentikanlah semua dosa-dosa itu sebelum denyut jantung kita tiba-tiba terhenti.

Kawallah nafsu jahat kita. Kawallah lidah kita. AMLIK ‘ALAIKA LISANAKA!

Kawallah niat-niat di hati kita. Sesungguhnya Allah maha mengetahui segala perbuatan kita samada yang terang maupun yang tersembunyi juga apa yang tersirat di hati kita.

Hanya inilah jalan keselamatan kita di dunia dan di akhirat sana.

Terima, hayati dan renungkanlah dalam-dalam selagi diri kita Muslim. Selagi kita beriman.

Krdt to Ida Syuhada at MalaysiaRia

Jagalah hati seseorang..


Pernahkah kamu memancing ikan? Kalau tak pernah memancing pernahkah kamu melihat orang memancing? Kalau tak pernah pun, bolehkah kamu bayangkan seseorang sedang memancing?

Baiklah, katakanlah kamu menemani seseorang yang sedang asyik memancing.

Tiba-tiba joran kailnya disentap oleh seekor ikan dan dia segera memutar pemutar tali pancing.

Sekali-sekala dia menghenjut-henjut jorannya supaya mata kail semakin menyangkut mulut ikan.

Akhirnya, ikan itu dapat dinaikkan ke darat. Kamu lihat pemancing itu tersenyum lebar. Gembira benar hatinya. Kamu juga turut tersenyum kerana itu bermakna satu kemenangan.

Kamu turut ghairah melihat pemancing itu cuba membebaskan ikan daripada mata kailnya.

Tiba-tiba, setelah dia melepaskan mata kail daripada mulut ikan, dia mencampakkan kembali ikan itu ke air.

Eh, apa hal? Kamu memandang pemancing itu dengan seribu tanda tanya, tapi dia bersahaja seolah-olah tindakannya itu tidak menimbulkan sebarang persoalan.

Kamu rasa apakah yang akan di deritai oleh ikan itu?

Bolehkan ia menyambung hidup dengan mulutnya yang terluka atau mungkin juga isi perutnya yang telah robek?

Sudah tentu ia akan mengalami kesakitan sebelum akhirnya mati.

Dengan mulut yang koyak dan perut yang robek, dia tentu tidak dapat mencari makanan, untuk berenang pun mungkin dia tidak mampu. Dia mungkin disisihkan oleh kawan-kawan kerana sudah tidak boleh aktif lagi.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah dia mula menyayangi kamu hendaklah kamu menjaga hatinya. Jangan sesekali terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersama kamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati kamu.

Sebab itu apabila kamu merelakan hati kamu untuk bercinta, seriuslah dalam tindakan dan keputusan kamu itu, sebab jika kamu hanya main-main, akan ada pihak yang menangis.

Tentu kamu dapat bayangkan betapa sakit dan menderitanya ikan menjalani hidupnya setelah dilemparkan kembali ke air. Begitulah, alangkah sakitnya hidup bersama hati yang robek kerana mengingati seseorang.

Cinta adalah fitrah manusia. ALLAH menjadikan cinta untuk memberi keseronokan kepada hamba-hamba-Nya menjalani hidup mereka, tapi tahukah kamu lebih ramai orang yang menderita kerana cinta daripada yang berbahagia kerana cinta.

Kenapa jadi begitu?

Jika kamu sedang bercinta atau pun akan bercinta suatu hari nanti, peliharalah hatinya dan rencahilah cinta kamu dengan kejujuran, kesucian dan keikhlasan serta dasarkan cinta kamu kerana ALLAH. Hanya cinta yang begini akan kekal, selainnya pasti menempuh jalan berliku dan akhirnya menumpahkan air mata kesedihan.

Maka itu, jika kamu belum bersedia untuk berlaku jujur janganlah bercinta dulu. Jika kamu belum bersedia untuk setia janganlah cuba-cuba memberikan hati kepada orang lain.

Sebab perbuatan yang sebegini akan hanya menghabiskan masa, membazirkan airmata dan perbuatan kamu itu akan memulakan satu derita.

Ingatlah, kita adalah apa yang kita usahakan. Jangan sesekali memberikan harapan kepada orang lain, yang mana kita sendiri pun tidak pasti akan kesudahannya. .. Jika hari ini kita melukakan seseorang, suatu hari nanti kita pula akan dilukai seperti mana kita pernah melukakan dahulu.

Sesungguhnya setiap perbuatan itu akan ada balasannya.. .


kredit: Nurfaten Sablee and Blog Tok Wan