Munajat Seorang Hamba

Pada suatu hari Abul Laits As Samarqandi sedang dalam perjalan bermusafir bersama-sama ayahnya. tiba-tiba dengan takdir Allah, ayahnya jatuh sakit. Semakin hari sakit ayahnya semakin melarat sehingga meninggal dunia.

Tinggallah Abul Laits sendirian untuk meneruskan perjalanannya. Dia menunggu-nunggu jika muncul rombongan kafilah untuk meminta pertolongan menguruskan jenazah ayahnya itu. Ketika menunggu, dia terlihat jenazah ayahnya bertukar menjadi hitam pekat. Dia tertanya2 mengapa wajah ayahnya berubah. Abul Laits kemudian tertidur kerana terlalu keletihan. Ketika itulah dia bermimpi seorang pemuda yang bercahaya wajahnya.

“Siapakah saudara?”tanya Abul Laits.

“Saya ialah Muhammad bin Abdullah.”Mengertilah Abul Laits yang hadir dlmmimpinya itu ialah Rasullullah SAW. Hatinya sungguh gembira.”Ya Rasullulah, apakah maksud dan tujuan kedatangan tuan ini?”

“Saya datang kerana hendak menziarahi jenazah ayahandamu.”Setelah diizinkan, Rasullullah pun membuka kain yang menutupi mayat ayah Abul Laits. Baginda kemudian berdoa kepada Allah SWT. Ketika itu uga Abul Laits melihat wajah ayahnya yang gelap tadi telah bertukar menjadi bercahaya.

“Wahai Rasullullah, apakah yang menyebabkan wajah ayahku menjadi hitam?”

“Ayahmu semasa hidup telah berbuat dosa dalam keadaan org lain tidak mengetahuinya. Tetapi pada waktu malam ketika org lain sedang nyenyak tidur, dia telah bangun dan merintih kepada Allah. Dia mengadu kepada Allah akan hal dirinya yang sering berbuat dosa kerana tidak mampu melawan hawa nafsunya. Ayahmu juga sentiasa basah lidahnya dengan berselawat untuk saya. Oleh sebab itu, pada hari kematiannya Allah memerintahkan saya untuk menziarahi mayatnya.”

Begitulah kisah yang dapat dipaparkan buat kali ini. Manusia memang selalu berbuat kesalahan kerana tidak mampu melawan hawa nafsu. Namun begitu, apa yang penting ialah kesedaran dan keinsafan perlu sentiasa ada dalam diri kita. Kemudian kita bersungguh-sungguh mengadu dan memohon keampunan terhadap dosa-dosa yang dilakukan. Semoga dengan rahmat Allah yang maha luas itu, Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita.

Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa orang yang sentiasa bertaubat dengan dosa samalah seperti orang yang tiada dosa. Namun begitu, bertaubat hendaklah dengan sebenar-benarnya daripada hati yang tidak ingin lagi mengulangi dosa-dosa yang pernah dilakukan.

Iktibar daripada kisah ini juga menunjukkan betapa besarnya fadilat berselawat ke atas Nabi. Terdapat banyak kelebihan berselawat antaranya Rasulullah SAW pernah bersabda: 
“Orang yang paling utama bagiku di hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat untukku.”

“Barangsiapa yg membaca selawat 100 kali untukku pada hari Jumaat, kelak pada hari kiamat dia datang dengan wajah bersinar-sinar. Sekiranya sinar itu dibahagiakan kepada semua makhluk nescaya mencukupi.”

Krdt to Ida Syuhada at MalaysiaRia

Advertisements

Komen jangan tak komen yerr, nanti saya bagi hadiah d^^,b

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s