Jom tengok pejabat di India

Krdt to Ida Syuhada at MalaysiaRia

Advertisements

Ramai Wanita Hari Ini Suka Di Rogol

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu

golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971) Dalam riwayat Imam Malik, ada sambungan hadis ini iaitu: “…Bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan.” (Al-Muwatta’, no. 1421)

Adakah benar wanita sebenarnya suka dirogol ?

Apa yang membuatkan lelaki boleh terangsang nafsu seksnya sehingga sanggup melakukan jenayah ROGOL wanita??

Lelaki dijadikan sebegitu rupa, dimana nafsu seksnya boleh terangsang dengan hanya memandang pada wajah atau bentuk tubuh wanita sahaja.

Apatah lagi wanita yg mempunyai rupa paras yg cantik dan bentuk tubuh yang mengiurkan.

DItambah pula wanita yang mengenakan fesyen pakaian yang tidak menutup aurat seperti yang memampakkan sebahagian dari bahagian Buah-dada, Betis dan Paha, Perut dan Pusat dan bahagian punggung (seluar dalam).

Jika kita perhatikan sekarang terlalu ramai wanita2 yg mengenakan pakaian:

1) Yang menampakkan bahagian atas buah dadanya (alur),

2) Memakai baju yg singkat sehingga menampakan bahagian pusat dan perut,

3) Memakai seluar yg apabila bertinggung akan menampakan bahagian alur punggung dan seluar dalamnya.

4) Yang memakai skirt2 pendek yang menampakankan bahagian betis dan pahanya.

5) Memakai baju yang jarang sehingga menampakan bentuk buah dada dan warna bra yang dipakainya.

6) Memakai kain yang jarang sehingga menampakan seluruh bentuk kakinya hingga ke pangkal paha.

Maka semua ini akan menaikan nafsu seks kaum lelaki.
Lelaki memang sentiasa bernafsu apabila melihat wanita2 yang berpakaian sebegini. apatah lagi yang berpakaian separuh bogel. seksi n seksa.

Bagi lelaki yang boleh menahan nafsunya, maka itu semua hanya sekadar menjamu mata.Tetapi bagi lelaki yg tidak dapat menahan nafsunya:-

Ada yang akan melepaskan nafsunya dgn cara lain. (Dengan isteri atau pasangan atau dot dot dot).

Ada juga lelaki yang ingin melepaskan napsunya pada wanita yang dilihatnya itu sendiri. dengan cara memaksa, maka rogol terjadi.

Ada juga lelaki yang tidak dapat melepaskan nafsunya pada wanita yang dilihatnya itu tetapi pada wanita lain (walaupun wanita ini tidak seksi) dengan cara memaksa, maka rogol terjadi.

Lelaki yang sanggup merogol adalah lelaki yang kurang waras, tapi bukan Gila, cuma tidak dapat menggunakan otaknya untuk berfikir secara rasional.

Dengan menggunakan kekuatan fizikal yang ada pada lelaki dan di dorong oleh napsu yg meluap-luap dan tanpa menggunakan otak untuk berfikir, lelaki sanggup mengambil risiko untuk melakukan jenayah rogol.

Setelah merogol dan melepaskan napsu baru lah boleh berfikir. Tapi cuma berfikir bagaimana nak lepaskan diri supaya tidak dapat ditangkap oleh pihak berkuasa.Maka dengan menggunakan otak yang kurang waras tersebut, perempuan yang dirogol itulah yang menjadi mangsa sekali lagi. Cuma nak tutup mulut tapi tertutup nyawa terus.

Moral of the story:
Pada kaum wanita:
Jangan naikkan napsu seks pada lelaki yang tidak dikenali dengan berpakaian yang mendedahkan tubuh anda atau yang menampakkan bentuk tubuh (ketat) dikhalayak ramai, buruk padahnya.

Pada kaum lelaki:
Janganlah menganggap wanita hanya alat pemuas napsu seks semata. Hargailah wanita, yang melahirkan anda di dunia ini.

Krdt to Ida Syuhada at MalaysiaRia

Amalan Pemakanan Sihat Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W

Dalam Islam, Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah memilih Rasulullah Shollallahu ‘Alaihi Wasallam untuk menjadi model peranan kepada seluruh alam sejagat. Baginda juga turut membawa perkara yang boleh disifatkan sebagai penyempurna akhlak manusia (makarimal akhlak). Di antara perbuatan Rasulullah yang perlu diikuti dan hayati bersama adalah dari aspek etika diet Rasulullah ataupun tatacara pemakanan sihat Rasulullah S.A.W.
Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah S.A.W. adalah:

1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan.

2. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging.

3. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan ayam.

4. Rasulullah melarang meminum susu bersama cuka.

5. Jangan makan buah bersama susu: – dalam erti kata lain koktel. Namun para saintis telah menemukan agar baik untuk menikmati khasiat susu bersama jus buah berkultur kerana jus susu kultur sedemikian baik untuk memperbaiki ketidakselesaan dan ketidakhadaman perut namun pengguna perlu memilih jenis jus susu kultur yang kurang kadar kemasamannya kerana kemasaman boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.

6. Rasulullah tidak makan ikan bersama daun salad.

7. Rasulullah tidak makan ikan bersama daging.

8. Rasulullah tidak makan ikan bersama telur.

9. Rasulullah tidak memakan buah-buahan selepas memakan gandum, roti atau makanan berat sebaliknya Rasulullah memakan buah-buahan sebelum makan makanan berat, gandum atau roti.

10. Rasulullah akan tidur sejam selepas makan tengahari.
11. Rasulullah melarang manusia untuk
meninggalkan makan malam. Barangsiapa yang meninggalkan makan malamnya dia akan dimamah usia dan tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda.
12. Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya seseorang yang memakan nasi berlaukkan sup daging lembu maka ia tidak digalakkan untuk mencampuri makanan tersebut dengan makanan laut misalnya udang, ikan dan sotong. Walau bagaimanapun, bercampuran makanan ini (antara makanan darat dan makanan laut) tidaklah boleh dianggap haram apabila dimakan bersama cuma ia mungkin membahayakan kesihatan.

13. Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat dan umat manusia daripada makan ikan bersama susu kerana ia akan menyebabkan si pemakan mudah untuk mendapat penyakit. Berikutan perkara sedemikian, para ilmuan nutrisi telah membuat kajian dan menemukan keputusan bahawa dalam makanan darat mempunyai ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.
14. Al-Quran mengajar manusia untuk mandi sebelum subuh, sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari terbit. (sekitar pukul 4.00 hingga 6.00 pagi). Dengan cara ini, air yang sejuk mampu meresap kedalam badan sekaligus mengurangi masalah penimbunan lemak. Buktinya kebanyakan orang yang mandi pagi tidak gemuk.

15. Nabi melarang manusia makan dengan banyak dan melampau. Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang.

16. Nabi sentiasa mengamalkan meminum air dengan banyak, baginda meminta seseorang untuk sentiasa memenuhkan setengah ruang perutnya dengan air. Nabi juga mengamalkan minum air sejuk (bukan ais) yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah sukar untuk mendapat penyakit.

17. Nabi juga mengajar supaya manusia meminum air dengan meneguk perlahan-perlahan. Nabi melarang manusia untuk bernafas (membuihkan air) dalam air yang untuk diminum. Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bacteria yang merbahaya kepada manusia.
18. Rasulullah juga menyarankan untuk bersugi (memberus gigi) setiap kali untuk menunaikan solat. Rasulullah amat tidak menyukai kepada orang yang tidak bersugi setiap hari.

19. Nabi juga turut meminta untuk berwuduk setiap kali ingin membuat perkara suci seperti solat, membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya.

20. Berdoa sebelum dan setelah makan. Cuci tangan sebelum dan selepas makan dan minum dengan memegang gelas dengan tangan kanan sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi menjamah makanan, minum air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan awek muda.
21. Jangan disisakan sebutir nasi/bahan makanan pun yang masih elok untuk dimakan, kerana makanan juga turut berzikir pada Allah SWT. Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila salah seorang dari kamu makan, kemudian suapannya jatuh dari tangannya, hendaklah ia membersihkan apa yang kotor darinya lalu memakannya, dan janganlah ia membiarkannya untuk (dimakan) syaitan.” (Silsilah hadits-hadits Shahih) no. 1404).

22. Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan berjamaah bersama keluarga, mahupun teman. Berkumpul untuk menjamah hidangan dan makanan secara berjamaah adalah suatu yang dianjurkan bagi kaum Muslimin di samping akan mendapatkan keutamaan berdasarkan hadis berikut:
“Berjamaahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandungi berkat bagimu.” (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664).
Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan ia berkata: Hadis ini dikhabarkan oleh Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang.” Maka Rasulullah berkata: “Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri.” Orang itu menjawab: “Benar, Ya Rasulullah!” Rasulullah berkata: “Berjamaahlah dalam menyantap makananmu.”

23. Sunnah Nabi Muhammad juga ada menyuruh untuk makan garam secuil sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit, dan ambil lagi secuil dengan jari manis tangan kanan setelah makan. Makanlah dengan tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun kayu chopstick. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita.

24. Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasalam juga mengajar untuk kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna makanan).
“Dan janganlah ia
mengusap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat.” (Kitab Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).
Berkata Imam Nawawi, tentang makna kalimat “Pada makanannya yang mana yang diberkahi.” Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalam shahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).

25. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ini bagi menghindari diri dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita bersujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut dan sekaligus membekalkan oksigen pada kadar yang sesuai pada otak manusia.

26. Nabi meminta umatnya untuk menjamah makanan dengan menggunakan Shahfah/Qash’ah (talam/dulang) dan diletakkan di atas hamparan.
Makan berjamaah di atas hamparan dengan
menggunakan Shahfah merupakan salah satu sunnah Nabi yang harus diikuti: tidaklah makan diatas meja makan dan tidak pula menggunakan Sukurrajah (Diriwayatkan oleh Imam Tarmizi dalam Syamail, sahih Bukhari no. 5386 dalam kitab Fathul Bari 9/532).
Ibnu Hajar berkata: “Guru kami berkata dalam (Syarah at-Tirmidzi): “Sukurrajah itu tidak digunakan kerana mereka (Rasulullah dan para sahabat) tidak pernah menggunakannya, sebab kebiasaan mereka makan bersama-sama (dengan Shahfa-pent) atau kerana makan dengan menggunakan sukurrajah itu menjadikan mereka tidak merasa kenyang. (Al-Fath 9/532).

27. Islam melarang penganutnya untuk meminum arak, memakan b*** dan keluarganya, memakan anjing dan keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracun dan berbahaya. Islam juga melarang umat manusia untuk memakan najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya). Serangga yang hidup melata, jijik lagi beracun adalah haram dalam Islam.

28. Rasulullah melarang untuk manusia tidur sesudah subuh (sesudah solat subuh sekitar pukul 6.00 pagi sehingga solat Dhuha dalam pukul 8.00 pagi) kerana rezeki yang berkat mula hadir ketika waktu tersebut. Rasulullah juga melarang untuk manusia tidur selepas solat Asar (dari sekitar pukul 4.00 petang sehingga habis menunaikan solat Isyak sekitar pukul 8.00 dan 9.00 malam).
29. Rasulullah menggalakkan umat Islam untuk bangun menunaikan Qiyamullail bermula sekitar pukul 3.00 pagi hingga masuk waktu solat subuh.
30. Islam mewajibkan penganutnya untuk berpuasa pada bulan Ramadhan selama sebulan serta disunatkan berpuasa pada hari-hari yang disunatkan berpuasa bagi menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat.
31. Apabila berpuasa,
makan sahur (sekurang-kurangnya meminum segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu subuh adalah diperlukan bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa). Manakala apabila berbuka puasa pada waktu sebelah Maghrib pula adalah perlu disegerakan dengan memakan manisan terlebih dahulu.
Wallahu’alam.

Krdt to Ida Syuhada at MalaysiaRia

Malaysia negara panahan petir tertinggi di dunia

Berapa ramai orang yang mati di Malaysia setiap tahun akibat petir ? Tiada data dijumpai , tak tahulah ada ke tidak jabatan kerajaan di Malaysia yang ada statistik tersebut.

Tapi banyak berita mereka yang mati di panah petir , di pondok bas , di padang bola , di atas gunung , atas motosikal , mencandat sotong dan banyak lagi.

Tahu ke tidak , negara kita Malaysia ini adalah antara negara yang paling banyak panahan petir di dunia selepas Rwanda dan Congo ?
Tapi kita tidak ada statistik berapa ramai yang mati , yang cedera , yang hampir terkena panahan petir setiap tahun. Anggaran kasar mengatakan mereka yang mati akibat dipanah petir di Malaysia ialah 10 kali ganda lebih tinggi daripada mereka di Amerika Syarikat dari segi kadar penduduk.

Kita tiada program kesedaran mengenai langkah yang perlu diambil ketika dengar guruh , nampak awan hitam , hujan renyai , hujan lebat dan sebagainya untuk berlindung dari kemungkinan petir menyambar bila-bila masa.

Anak-anak , remaja bahkan orang tua buat tak kisah main di padang bola , di padang golf , memancing ketika nampak hujan nak turun. Setidak-tidaknya tanya diri dulu dah sembahyang ke belum , ayat Quran yang mana patut di baca ketika guruh dan petir.

Encik Hartono Zainal Abidin seorang yang pakar dalam petir dan seorang jurutera perunding dalam artikelnya di akhbar The Star “We shouldn’t wait until lightning strikes a VIP before we take strong action.” – Kita tak perlu tunggu hingga petir panah seorang VIP baru kita nak bertindak.

Terjemahan Al Quran : “Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dia lah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya) Padahal Ia amat keras azab seksanya.”
(Surah Ar-Ra’d , ayat 13)


Top Lightning Flash Density Sites Worldwide ( klik )
Kamembe, Rwanda 82.7
Boende, Dem. Rep. Congo 66.3
Lusambo, Dem. Rep. Congo 52.1
Kananga, Dem. Rep. Congo 50.3
Kuala Lumpur, Malaysia 48.3

Krdt to Ida Syuhada at MalaysiaRia

Lagi Fakta Tentang Kentut

INI FAKTA MELALUI KAJIAN BUKAN REKAAN SEMATA2..

S: Adakah lelaki kentut lebih banyak dari perempuan?

J: Tidak, wanita kentut lebih kurang bilangannya dengan lelaki. Cuma lelaki  lebih berbangga apabila kentut. Bilangan kentut antara individu mungkin berbeza tetapi ianya tiada kaitan dengan jantina.

class-retro-weird-funny-fart-demotivational-poster-1247622292 Jika seseorang wanita itu  kurang kentut, maknanya dia lebih rajin menyimpan kentut dan melepaskan dengan isipadu gas yang lebih banyak per kentut.

Adakah kentut lelaki lebih  teruk baunya dari kentut perempuan? Kajian saintifik menunjukkan kandungan kentut perempuan mempunyai konsentrasi gas berbau yang lebih tinggi dari lelaki. Tetapi kentut lelaki mempunyai isipadu yang lebih besar. Ini akan
menyamakan kedudukan lelaki dan perempuan yakni bilangan molekul bau yang sama bagi keduanya.

S: Bilakah seorang lelaki itu boleh jadi dia kentut?

badfart

J: Seorang lelaki sejati akan kentut pertama kalinya diwaktu pagi di dalam bilik air. Jika ianya menghasilkan resonance (dengungan) yang baik, satu rumah akan dengar.

S: Mengapa kekacang membantu seseorang itu kentut?

J: Kekacang mengandungi gula yang tidak boleh dihadamkan iaitu raffinose, stachise dan verbacose. Apabila sampai diusus, bakteria akan berpesta makan  dan menghasilkan gas yang banyak. Bahan lain ialah seperti jagung, kobis, susu, roti, telur, bir dan kismis. Manusia tidak mampu untuk menghadamkan susu kerana intolerance terhadap laktosa dan produk tenusu mampu menghasilkan kentut yang banyak.

S: Adakah betul kentut boleh menyalakan api?

fart-bombJ: Betul, tetapi banyak orang cedera dalam proses ini. Bukan sahaja api boleh menyambar kedalam punggung, malah pakaian sendiri juga boleh terbakar. Dalam suatu kajian dalam laman web Fartcloud, lebih kurang suku daripada bilangan orang yang cuba menyalakan kentut cedera terbakar. Ianya merupakan sesuatu perbuatan merbahaya. Jangan dicuba, anda tentu tak mahu, di hari kematian anda orang ketawa menyatakan anda mati kerana cuba untuk menyalakan kentut dengan api.

S: Adakah orang yang mencari rezeki dengan kentut?

J: Ada. Pernah tengok ‘Just For Laugh’ di saluran NTV7 tak lama dulu. Persembahan pentas dimana seorang lelaki menghasilkan lagu klasik dengan kentut.

S: Adakah kura-kura kentut?
J: Ya, semua binatang kentut. Kura-kura juga kentut dan bau kentut kura-kura sangat teruk. Begitu juga dengan ular. Ular Sonoran Coral dan Western Hook-Nosed kentut dengan bunyi popping yang kuat apabila diganggu. Kebanyakkan reptilia menggunakan kentut sebagai suatu senjata.

S: Haiwan apakah yang mempunyai pengeluaran kentut yang paling tinggi?

J: Percaya atau tidak, binatang yang mempunyai gelaran ini ialah
anai-anai.

Kerana diet pemakanan dan proses penghadaman dengan bantuan bakteria yang lebih banyak dari biasa, mereka menghasilkan metana sama banyak dengan yang  dihasilkan oleh industri. Juga dipercayai anai-anai turut menyumbang kepada pemanasan global.

S: Bolehkan kita menelan asap dan mengeluarkan semula melalui kentut?

J: Tidak, asap terdiri daripada zarah yang terampai. Apabila melalui
sistem penghadaman, zarah-zarah akan diserap oleh dinding perut atau larut dalam cairan.

Bolehkah kita meninggalkan kesan kuning atau coklat pada seluar
setelah kita kentut? Boleh! Ianya dipanggil "seni kentut" (fart art). Ia boleh dilakukan dengan cara apabila:

a) Pengentut menghidap cirit-birit
b) Pengentut cuba mengentut dengan sekuat hati (awas! – buasir)
c) Pengentut keliru dengan tekanan dalam perut samada ianya tekanan daripada gas atau cairan.

S: Bagaimanakah kita boleh tahu benda yang hendak keluar itu adalah gas, dan bukannya benda yang lebih hebat?

J: Sebenarnya kita boleh membezakannya kerana telah dilatih sejak kecil lagi. Sensasi yang ingin keluar dapat dibezakan dengan mudah.
S: Adakah dengan menghidu bau kentut orang lain, kentut kita akan menjadi lebih busuk?

J: Tidak, kentut yang dihidu akan ke paru-paru daripada sistem
penghadaman, dan ianya akan dikeluarkan semula. Jika anda mahu, cubalah telan gas kentut orang lain..

fart1

Munajat Seorang Hamba

Pada suatu hari Abul Laits As Samarqandi sedang dalam perjalan bermusafir bersama-sama ayahnya. tiba-tiba dengan takdir Allah, ayahnya jatuh sakit. Semakin hari sakit ayahnya semakin melarat sehingga meninggal dunia.

Tinggallah Abul Laits sendirian untuk meneruskan perjalanannya. Dia menunggu-nunggu jika muncul rombongan kafilah untuk meminta pertolongan menguruskan jenazah ayahnya itu. Ketika menunggu, dia terlihat jenazah ayahnya bertukar menjadi hitam pekat. Dia tertanya2 mengapa wajah ayahnya berubah. Abul Laits kemudian tertidur kerana terlalu keletihan. Ketika itulah dia bermimpi seorang pemuda yang bercahaya wajahnya.

“Siapakah saudara?”tanya Abul Laits.

“Saya ialah Muhammad bin Abdullah.”Mengertilah Abul Laits yang hadir dlmmimpinya itu ialah Rasullullah SAW. Hatinya sungguh gembira.”Ya Rasullulah, apakah maksud dan tujuan kedatangan tuan ini?”

“Saya datang kerana hendak menziarahi jenazah ayahandamu.”Setelah diizinkan, Rasullullah pun membuka kain yang menutupi mayat ayah Abul Laits. Baginda kemudian berdoa kepada Allah SWT. Ketika itu uga Abul Laits melihat wajah ayahnya yang gelap tadi telah bertukar menjadi bercahaya.

“Wahai Rasullullah, apakah yang menyebabkan wajah ayahku menjadi hitam?”

“Ayahmu semasa hidup telah berbuat dosa dalam keadaan org lain tidak mengetahuinya. Tetapi pada waktu malam ketika org lain sedang nyenyak tidur, dia telah bangun dan merintih kepada Allah. Dia mengadu kepada Allah akan hal dirinya yang sering berbuat dosa kerana tidak mampu melawan hawa nafsunya. Ayahmu juga sentiasa basah lidahnya dengan berselawat untuk saya. Oleh sebab itu, pada hari kematiannya Allah memerintahkan saya untuk menziarahi mayatnya.”

Begitulah kisah yang dapat dipaparkan buat kali ini. Manusia memang selalu berbuat kesalahan kerana tidak mampu melawan hawa nafsu. Namun begitu, apa yang penting ialah kesedaran dan keinsafan perlu sentiasa ada dalam diri kita. Kemudian kita bersungguh-sungguh mengadu dan memohon keampunan terhadap dosa-dosa yang dilakukan. Semoga dengan rahmat Allah yang maha luas itu, Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita.

Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa orang yang sentiasa bertaubat dengan dosa samalah seperti orang yang tiada dosa. Namun begitu, bertaubat hendaklah dengan sebenar-benarnya daripada hati yang tidak ingin lagi mengulangi dosa-dosa yang pernah dilakukan.

Iktibar daripada kisah ini juga menunjukkan betapa besarnya fadilat berselawat ke atas Nabi. Terdapat banyak kelebihan berselawat antaranya Rasulullah SAW pernah bersabda: 
“Orang yang paling utama bagiku di hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat untukku.”

“Barangsiapa yg membaca selawat 100 kali untukku pada hari Jumaat, kelak pada hari kiamat dia datang dengan wajah bersinar-sinar. Sekiranya sinar itu dibahagiakan kepada semua makhluk nescaya mencukupi.”

Krdt to Ida Syuhada at MalaysiaRia

Jin Islam Dedahkan Rahsia Segitiga Bermuda

JIN ISLAM DEDAH RAHSIA SEGITGA BERMUDA

Based on Dialog Dengan Jin Islam by Muhammad Isa Dawud

Writer : MacJay.Net Photo : MacJay.Net

|Perhatian : Maklumat dalam artikel ini adakalanya diluar kotak pemikiran biasa para pembaca. Jika mana-mana bahagian dalam artikel ini mengganggu ketenteraman, anda tidak digalakkan untuk meneruskan pembacaan.|

Jin berbeza dengan malaikat. Kesemua Malaikat beriman kepada Allah SWT, sedangkan jin, ada yang beriman ada juga yang kafir seperti manusia. Sebahagian jin ada yang taat kepada Allah SWT dan sebahagian yang ingkar. {1} Golongan Jin ini seperti juga manusia, mereka memiliki pelbagai bangsa, puak dan keturunan. Mereka juga mempunyai sistem pentadbiran yang sama seperti manusia. Setiap puak itu mempunyai ketuanya selain Raja. dari sini terbentuklah Daerah, pentadbiran seterusnya adalah Negeri, dan terakhir menjadi Negara. Bukti kepada pernyataan diatas adalah berdasarkan :

"Dan Allah menciptakan jin dari kobaran api" (Surah ar-rahman : ayat 15)
"Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku (Allah)" (Surah al-Dzariyat : ayat 56)
"Wahai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu rasul-rasul dan golongan mu sendiri, yang menyampaikan kepadamu tentang ayat-ayat Ku dan memberi peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini? Mereka berkata : Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri, kehidupan dunia telah menipu mereka, dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang-orang yang kafir" (Surah al-an’am : ayat 130)

Petikan-petikan surah diatas sudah cukup membuktikan bahawa makhluk Jin sememangnya wujud dan tiada sebab bagi umat Islam untuk menyanggah hakikat ini. Sebelum manusia dilantik sebagai khalifah dimuka bumi, makhluk bernama Jin terlebih dahulu menjalani kehidupan mereka dimuka bumi. Namun, sepertimana yang dinyatakan, makhluk Jin sama juga seperti manusia. Kemajuan tamadun bangsa Jin (terutama dalam teknologi Atom dan Fusion) telah menyebabkan mereka ingkar dalam melaksanakan perintah Allah SWT hingga akhirnya membawa kepada kemusnahan tamadun makhluk sebelum manusia ini. {2} Dan pada masa yang Adam dan Hawa diturunkan ke bumi, Allah SWT telah memperkenankan doa para Jin supaya mereka tidak dilihat oleh manusia. {3}

JIN ISLAM DEDAH RAHSIA SEGITIGA BERMUDA
Muhammad Isa Dawud (MID) dilahirkan pada 1957 di Ismai’iliyah, Mesir. Dibesarkan dan mendapat pendidikan di Kaherah sehingga peringkat Ijazah peringkat Sarjana di Universiti Kaherah. Beliau juga meraih gelaran Lc di bidang sastera dari fakulti Bahasa dan Pengajian Timur, Universiti Kaherah. {4} Dalam karya MID yang bertajuk Dialog Dengan Jin Islam, penulis tersohor itu telah membuat satu pendedahan eksklusif berkenaan Segitiga Bermuda dan ‘penghuninya‘.

Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman MID sendiri yang pernah berbicara bersama Jin Islam. MID menjelaskan bahawa, Jin Islam yang menjadi ‘rakan’nya itu berasal dari Bombay, India dan merupakan Jin yang berpengaruh kerana telah membawa kira-kira 10 000 jin lain memeluk agama Islam. Sehingga buku itu ditulis, rakan istimewanya itu sudah berusia 180 tahun. {5}


Krdt to Ida Syuhada at MalaysiaRia

5 TIPS JIKA TAYAR KERETA TERKENA PAKU ATAU PANCIT

Terkadang kita tidak dapat lari daripada situasi kereta kita pancit, terkena paku dan sebagainya. Maka jangan panik dan jangan memikirkan perkara yang bukan-bukan… dah sampai masanya dia nak terkena paku gamaknya 🙂 pun begitu unsur di khianati juga tidak mustahil.

Yang terpenting, sentiasa berwaspada dan praktikkan semasa troubleshooting jika terkena paku ini mungkin sedikit tips dibawah ini dapat membantu anda :

1. Jika anda merasa keadaan kenderaan anda berbeza akibat tayar kurang angin dan pancit, (biasa  kenderan anda berasa berat sebelah) jangan terus berhenti. Perlahankan keadaan anda secara perlahan-lahan sambil berjalan sedikit menepi. Perhatikan cermin sisi kanan, kiri dan belakang. Amati jika ada orang yang mengekorinya atau cuba memberitahu bahawa tayar anda bermasalah.

2. Cari tempat-tempat yang umum dan ramai orang dan sekiranya mereka boleh membantu anda jika berlaku rompakan. Contohnya: Balai Polis, Hotel, Hotel, Restoran, Cafe, Mall, dan tempat ramai lain.Setelah sampai di lokasi ramai, jangan terus turun dari kereta. Amati dulu keadaan sekitar sekitar 2-3 minit. Setelah itu perhatikan barang-barang berharga anda seperti HP, dompet, wang, laptop dan sebagainya letakkan di tempat yang selamat dan sentiasa diawasi.

3. Jika dirasakan keadaan sekitar adalah selamat, turun dan amati apa yang salah pada keadaan tayar. Jangan memeriksa tayar hanya dengan melihat dari jarak jauh saja. Dikhuatiri apabila anda menbongkok dan mengamati tayar, perompak atau penyamun terus menghampiri anda.

4. Hubungi kedai tayar / perkhidmatan servis tampal tayar untuk membantu menampal tayar. Jangan menampal tayar jika tak ada orang yang membantu anda. Sekiranya anda memanggil pekerja kedai tayar datang, tunggu saja di dalam kereta sambil mengawasi keadaan sekitar anda.

5. Kalau tak membolehkan untuk memanggil pekerja kedai tayar, cuba hubungi teman yang rapat yang mana boleh membantu anda. Jika dirasa tak ada yang membantu, kereta / motor boleh diletakan di lokasi yang sesuai.

Selain 5 troubleshooting jika tayar pancit atau terkena paku, ada tindakan pencegahan yang boleh dilakukan semasa memandu.

Pertama, simpan nombor-nombor penting seperti Polis, tukang servis /kedai tayar, kekawan dan ambulance. Setelah disimpan, buat panggilan cepat agar apabila diperlukan anda boleh terus menekan butang kecemasan.

Kedua, siapkan peralatan yang diperlukan. Seperti spanar, jet kereta dan pastikan tayar gantian anda didalam keadaan yang sempurna.

Ketiga, sentiasa membuat pemeriksaan keadaan tayar dan angin yang disyorkan pada kereta anda. Jika tayar bermasalah, lebih baik ianya terus diganti dengan tayar baru. Yang terpenting adalah jangan panik dan terus berhenti di tengah jalan. Ingat, keselamatan anda adalah yang terutama.

Krdt to Ida Syuhada at MalaysiaRia