20 Bulan buang tatu pada tubuh

PERUBAHAN muka Byron Widner yang menjalani proses rawatan membuat tatu pada muka dan lehernya.

PASADENA, Amerika Syarikat (AS) – Seorang bekas gengster skinhead di AS, Byron Widner mengalami sakit kepala dan kesakitan lain selepas menjalani pembedahan untuk membuang tatu perkauman pada muka sehingga ke kakinya.

Menyentuh mengenai kesakitan itu, Widner berkata: "Ia merupakan harga yang kecil untuk dibayar bagi menjadi manusia semula."

Dia kini tinggal di sebuah lokasi rahsia bersama isterinya, Julie Larsen, dan anaknya untuk membina kehidupan baharu selepas berkahwin pada 2006.

Widner bergelumang dengan kumpulan gengster selama 16 tahun.

Dia merupakan pengasas bersama sebuah kumpulan perkauman kulit putih skinhead yang beroperasi di Indiana dan Ohio yang dikenali sebagai Kelab Sosial Vinlanders.

Namun, Widner kemudian insaf selepas menyedari dia tidak mahu membesarkan anaknya dalam budaya permusuhan dan keganasan yang melanggar batas undang-undang.

Dia menjalani proses membuang tatu selama 20 bulan dengan bantuan kewangan Pusat Undang-Undang Kemiskinan Selatan. – Agensi

Advertisements

Komen jangan tak komen yerr, nanti saya bagi hadiah d^^,b

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s