Hukum Minum sambil Berdiri (lihat molekul air zamzam)

Zamzam1

Islam telah menetapkan adab bagi umatnya dalam melakukan sesuatu kegiatan bagi mendapat kesejahteraan. Begitu juga islam telah menetapkan adab-adab ketika minum. Permasalahan berkaitan minum berdiri ini telah menyebabkan ulama berbeza pendapat mengenai hukum minum berdiri itu. Hadis yang menunjukkan tegahan minum berdiri ialah hadis yang diriwayat oleh muslim iaitu:

Terjemahan: dari anas, sesungguhnya nabi Muhammad saw melarang minum berdiri.

Hadis ini merupakan hadis yang diriwayatkan oleh muslim didalam kitab minuman, bab tegahan minum berdiri, hadis yang ke 3771. Hadis ini menjelaskan larangan yang berbentuk tegahan minum secara berdiri. Namun ulama telah berselisih pendapat mengenai larangan minum berdiri ini. Ibn qym berpendapat hokum minum berdiri ini adalah haram dan hanya dibenarkan sekiranya terdapat halangan yang menghalangnya minum secara duduk.

Namun beberapa fuqaha seperti imam malik berpendapat laranagn ini telah dimansukhkan dengan hadis Ibn Abbas iaitu:
Terjemahan: dari Ibn Abbas berkata, aku memberi air zam-zam kepada Rasulullah saw, lalu baginda meminumnya sambil berdiri( riwayat muslim).

Hadis ini merupakan hadis yang diriwayatkan oleh muslim didalam kitab minuman, bab minum air zam-zam berdiri, hadis ke 3776. Hadis ini menunjukkan rasulullah minum air zam-zam dalam keadaan berdiri. Imam malik telah memansukhkan hadis yang pertama tadi dengan hadis ini yang menunjukkan minum berdiri bukan haram. Perkataan nabi melarang minum berdiri itu, menurut zahirnya larangan minum sambil berdiri itu. Tetapi hadis ibnu abbas menunjukkan bolehnya minum berdiri. Al-Mazuri berkata, orang-orang yang berselisih pendapat dalam masalah ini ialah jumhur yang berpendapat boleh minum berdiri dan pendapat yang lain berpendapat makruh.

Hadis dari anas merupakan hadis sunnah qauliyah manakala hadis dari Ibn Abbas merupakan hadis sunnah fi’liyyah. Apabila kedua-dua hadis ini bertembung, maka yang menjadi dasar hokum ialah hadis sunnah qauliyah, manakala hadis sunnah fi’liyyah berperanan menafsirkan maksud sebenar yang terkandung dalam hadis sunnah qauliyah tersebut. Ini bererti tegahan pada hadis anas tadi bukan membawa maksud haram, tetapi makruh.

Nawawi berkata yang sebenarnya, larangan yang di maksudkan itu adalah untuk kebersihan dan perbuatan nabi minum berdiri itu menjelaskan bolehnya minum berdiri dan tidak haram.

Berdasarkan pada hadis yang menegah minum berdiri itu, dapat di lihat mengapa rasulullah saw menegah kita minum berdiri. Di antara sebab di larang minum berdiri ialah, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani “Sesungguhnya makan dan minum duduk lebih baik dr segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas; dimana makanan dan minuman lalu di dinding perut dgn tenang. Adapun minum berdiri menyebab cecair akan jatuh ke dasar perut dgn keras dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini selalu berlaku dan lama masa berlalu akan menyebabkan perut akan longgar dan jatuh sehingga menyebabkan susah nak hadam. Begitu juga dgn makanan.

Menurut pandangan Dr Ibrahim Ar-Rawi, apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang (strain) dan pada masa yang sama sisitem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak. Ia adalah proses gabungan diantara sistem saraf dan sistem otot dlm satu masa yg menyebabkan manusia tidak mampu mendapat kerehatan anggota. Kerehatan otot adalah syarat yg terpenting ketika makan dan minum dan wujud ketika mana duduk. Apabila duduk maka sistem saraf dan sistem otot dlm keadaan tenang dan sensation (rasa) akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambahnya kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman dan akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul. Namun demikian diharuskan berdiri ditempat yg tak sesuai duduk sprti tempat yg terlampau sesak. Ini adalah kerana Nabi s.a.w pernah minum berdiri,ini berdasarkan kepada hadis Ibn Abbas yang menyatakan rasulullah minum air zam-zam berdiri.

Persoalannya di sini, mengapa rasulullah minum air zam-zam dalam keadaan berdiri. Menurut kajian pakar, air zam-zam mengandungi fluorida yang memiliki daya efektif membunuh kuman serta ia mengandungi kalsium dan garam magnesium yang tinggi berbanding air biasa, dari segi saintifik air zam-zam bersifat alkali, jadi air zam-zam boleh meneutralkan asid hidroklorik yang terhasil di dalam perut dan mengurangkan pedih ulu hati. Jadi inilah sebab rasulullah minum air zam-zam berdiri supaya air tersebut cepat dapat meneutralkan asid yang terhasil dalam perut.

Selain itu, air zam-zam juga mengandungi iodin, sulfat dan nitrat. Kandungan makronutrien yang tinggi khususnya magnesium, sodium dan potassium menyebabkan air zam-zam bersifat nutritif berbanding sumber lain, inilah yang membuatkan air zam-zam dapat menyegarkan para jemaah haji yang meminumnya dan memberi ketahanan anbodi kepada orang yang meminumnya. Di sini saya tunjukkan perbandingan unsur-unsur yang terdapat di dalam air zam-zam dengan air mineral:

PERBANDINGAN UNSUR KIMIA:
Antara air ZAM ZAM ( Mg/l ) ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,dan air MINERAL
* Klorida (cl) 159,75 ,………………………………………Mineral : 30
* Sulfat (SO24) 140 ,…………………………………………Mineral : 27
* Nitrat (NO3) – ,…………………………………………. …..Mineral : 15
* Nitrit (NO2) 0,045 ,………………………………………..Mineral : –
* Bikarbonat (HCO3) 398,22,………………………………Mineral : 32
* Flour (F) – ,…………………………………………. ………..Mineral : 0,7
* Besi (Fe) tak terdeteksi ,…………………………………..Mineral : 0
* Mangan (Mn) 0,014 ……………………………………….Mineral : –
* Natrium (Na) 318,0 ,……………………………………….Mineral : 20
* Kalium (Ca) 182,2 ………………………………………….. Mineral : 3
* Zat Padat Terlarut (TDS) 858 , ………………………..Mineral : 170
* Magnesium (Mg) 6,86 ………………………………………Miner al : 5
* Zat Organik 2,79 -………………………………………….. .Mineral : –
* Jumlah Mikro Organisme (TPK) 38 kolom/ml -…….Mineral : –
* PH 7,3 ………………………………………….. ……………..Mineral : 7,2

Jadual di atas kita dapat lihat perbezaan yang sangat ketara di antara unsur-unsur yang terdapat dalam air zam-zam dengan unsur yang terdapat dalam air mineral, air zam-zam mempunyai kualiti yang sangat tinggi dan tidak dapat di tandingi oleh mana-mana air.
Selain itu diantara kelebihan air zam-zam ialah apabila peminumnya berniat menjadikannya sebagai penawar nescaya allah akan menyembuhkannya atau dengan niat untuk mendapatkan pertolongan nescaya allah akan menolong. Oleh sebab inilah rasulullah telah mengajarkan beberapa kaedah dan doa apabila hendak minum air zam-zam ini supaya mendapat keberkatan dari Allah.

Air zam-zam juga mempunyai kelebihan dimana mata airnya tidak pernah kering, walaupun berjuta-juta umat manusia meminumnya setiap hari terutamanya pada musim haji, bahkan pada masa kini dengan peralatan canggih orang yang berada di masjid nabawi yang jaraknya 450km dari mekah dapat meminum air zam-zam setiap saat dan ianya tidak pernah berkurang apatah lagi kering. Ini menunjukkan keistimewaan yang terdapat pada air zam-zam.

Selain itu menurut kajian yang telah dibuat oleh pakar air dari jepun iaitu Dr Emoto, air zam-zam mempunyai molekul-molekul yang berkilat seperti Kristal dan sangat menarik.
Di bawah ini saya tunjukkan bukti hasil kajian Dr Emoto.
Ini merupakan molekul yang di hasilkan oleh air zam-zam.

zamzam2

Cuba teliti gambar ini,jelas menunjukkan molekul air zam-zam ini berkilau sperti Kristal dan sangat menarik. Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan yang terdapat pada air zam-zam ini. Molekul ini sangat menarik dan bercahaya.

Selain itu menurut Dr Emoto bahawa, kata-kata atau ucapan juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Molekul air berubah mengikut apa yang diucapkan oleh manusia. Profesor Jepun ini telah mengkaji struktur air yang diucapkan dengan beberapa perkataan seperti ‘arigato-khozaimas’, ‘Thank You’, ‘I am sorry’, ‘Go to the hell!’, lirik lagu Linkin Park, dan beberapa lagi termasuk alunan surah Yaasin. Selepas air didedahkan dengan perkataan yang dipilih, strukturnya dianalisa menggunakan mikroskop. Hasilnya air yang dianalisis menunjukkan struktur yang amat menarik. Perkataan yang sopan menghasilkan struktur air yang cantik, sejuk mata memandang dan lebih teratur. Sebaliknya imej air yang kotor dan menjijikkan terhasil apabila terdedah kepada perkataan biadab. Di sini saya akan menunjukkan beberapa hasil gambar molekul yang telah di kaji.

Ini diantara bukti kajian yang dilakukan oleh Dr Emoto:
Gambar diatas kita dapat melihat perbezaan yang ketara kedua-dua molekul air tersebut, air yang diucapkan dengan perkataan yang baik menghasilkan struktur yang cantik dan menarik tetapi sebaliknya berlaku kepada air yang diucapkan dengan perkatan biadap.

Jadi inilah hikmah kita di tuntut membaca bismillah dan doa ketika hendak makan atau minum, supaya kita mendapat keberkatan dari allah. Molekul-molekul air ini akan mempengaruhi apa yang kita ucapkan.

Jadi kesimpulan yang dapat dibuat disini ialah hendaklah kita duduk kita hendak makan atau minum kerana ia membawa lebih banyak kebaikkan kepada manusia. Tetapi minum berdiri bukanlah membawa maksud haram Cuma makruh mengikut beberapa pendapat dan mengikut jumhur ianya di bolehkan. Selain itu,kita hendaklah membaca bismillah dan doa semasa hendak makan atau minum supaya mendapat keberkatan dari allah. Dapat juga di simpulkan di sini bahawa air zam-zam itu mempunyai banyak keberkatan dan kelebihan padanya, dan ianya merupakan air yang paling mulia, padanya mempunyai banyak khasiat dan keberkatan dari allah. Jadilah kita haruslah mengikut apa yang telah di anjurkan oleh rasulullah ketika hendak minum air zam-zam supaya kita memperoleh barakah daripadanya.

 

 

Krdt to Ida Syuhada at MalaysiaRia

Advertisements

Komen jangan tak komen yerr, nanti saya bagi hadiah d^^,b

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s