Ilmu Nafas Melayu..

Bangsa Melayu adalah satu bangsa mistik yang memiliki banyak ilmu tersembunyi.Antaranya ialah ilmu nafas.Semua pendekar melayu pasti akan diperturunkan ilmu nafas dan pelbagai petua yang kesemuanya berkaitan dengan nafas.

a

Dengan memerhatikan suhu dan pergerakan keluar masuk nafas melalui hidung,digabungkan dengan sedikit ilmu firasat, biasanya pendekar melayu mampu meramal untung nasibnya di medan tempur.Semasa hendak turun tangga untuk meninggalkan rumah samada untuk berkerja atau merantau pun , petua dalam ilmu nafas selalu digunakan oleh orang-orang tua kita.Nafas kiri atau nafas kanan cukup diambil kira! Tapi sayang, kini ilmu ini semakin pupus dan jarang diperturunkan oleh orang orang tua kita.

Tidak dapat dinafikan lagi, bukan bangsa melayu saja, tetapi boleh dikatakan semua bangsa juga mempunyai ilmu dan kaedah berkaitan dengan nafas ini.Contoh yang paling baik ialah senaman Yoga, ia amat menitik beratkan berkaitan dengan cara mengolah pernafasan!

Mungkin ada yang terkejut jika saya katakan bahawa ada orang melayu lama kita yang boleh menyimpan atau menahan nafas sehingga berjam-jam lamanya.Ada juga yang boleh menyelam di dalam air agak lama.Ada juga yang kebal dan tidak lut senjata tajam hanya dengan kaedah mengendalikan nafas mereka ! Semua ini berkaitan dengan ilmu nafas.Jika anda membaca artikel mengenai pendekar sufi dan Mat Kilau, Bagaimana Mat Kilau pura-pura mati sehingga beberapa hari untuk mengelirukan Inggeris.Mungkinkah Mat Kilau telah menggunakan ilmu nafasnya dan amat mahir dalam ilmu nafas ini?

Lebih hebat lagi, ada juga orang-orang tua kita yang membunyikan zikir-zikir tertentu ketika masuk atau keluarnya nafas mereka.Ilmu ini tersangat rahsia dan jika kita hendak mempelajarinya, carilah guru yang benar-benar tahu tentang ilmu ini.Biasanya mereka akan belajar dengan sangat mendalam berkaitan nafas sehingga kepada ampas, tanapas dan nupus, malah dikatakan juga dengan ilmu ini, si pengamalnya akan dapat mengetahui bilakah saat saat kematiannya!
Bagaimana pula ilmu nafas ini dari sudut pandangan sains dan kesihatan?

Rahsia tahap kesihatan seseorang bergantung kepada cara pernafasannya! Ini adalah kerana dengan kaedah pernafasan, manusia memperolehi bekalan gas oksigen untuk keperluan sel sel badan.Oksigen penting untuk mengekalkan fungsi dan tahap kesihatan setiap sel badan.

Death_Dealer_by_SeanE

Udara yang disedut akan memasuki paru-paru dan gas oksigen akan diserap di Alveolus paru-paru kedalam salur kapilari darah.Sel-sel darah merah yang beredar akan mengangkut oksigen tersebut seperti yang diterangkan dibawah :

Setiap unit sel yang sihat akan membentuk satu organ yang sihat dan setiap organ yang sihat akan membentuk satu sistem yang sihat di dalam badan kita.Beberapa sistem dalam badan kita pula akan berinteraksi dan membentuk satu jasad badan yang kita kenali sebagai manusia.

Di antara sistem yang paling penting dalam badan ialah sistem darah dan peredarannya serta sistem limfa.

Cara bernafas bukan saja mempengaruhi oksidasi sel, malah ia juga mengawal peredaran sistem cecair limfa.Sistem cecair limfa yang mengandungi sel darah putih adalah merupakan sistem pertahanan badan yang penting bagi manusia untuk melawan kuman dan penyakit.Banyak juga toksin dikumuhkan melalui sistem limfa.

Selain dari pergerakan otot (muscular movement ), “deep breathing” atau cara pernafasan yang efektif juga dikenalpasti mempengaruhi sistem peredaran cecair limfa.Dr Jack Shields, seorang Lymphologist dari Santa Barbara, California dalam kajiannya terhadap immune system telah meletakkan sebuah kamera didalam badan pesakit untuk melihat apakah mekanisma yang menjalankan pembersihan terhadap sistem limfa, lalu beliau membuat kesimpulan bahawa “ a deep diaphragmatic breath is the most effective way to stimulate cleansing of lymphatic system”.

Dr Otto Warburg, Pengarah The Max Planck Institute for Cell Physiology, yang juga bekas pemenang Hadial Nobel Prize telah membuat satu kajian khusus tentang kaitan oksigen terhadap sel.Dalam kajiannya itu beliau mendapati jika kandungan oksigen yang diperlukan oleh sesuatu sel yang sihat itu dikurangkan , maka sel itu akan cepat berubah menjadi ‘malignant cell’.Selepas itu kajiannya diteruskan pula oleh Dr Harry Goldblatt. Dalam Journal of Experimental Medicine 1953, Goldblatt menyatakan hasil kajian ilmiahnya itu keatas spesies tikus.

Anthony Robbins, dalam bukunya “Unlimited Power” telah menyarankan agar kita bernafas dengan cara nisbah 1:4:2 ataupun Inhale one count,Hold four count,Exhale two count.

Untuk lebih memudahkan anda , saya berikan contohnya, jika anda tarik nafas melalui hidung secara perlahan-lahan dan mendalam selama 5 saat, maka tahan nafas anda selama 20 saat dan hembus nafas perlahan-lahan selama 10 saat, ia terpulang kepada anda, tetapi jangan lupa : dengan nisbah 1:4:2

Mengapa masa hembusan nafas [exhale] 2x ganda masa sedutan nafas[inhale]? Ia adalah untuk memastikan semua toksin dari sel dikumuhkan sepenuhnya ke dalam cecair limfa.

Mengapa pula perlu menahan nafas [hold] dalam masa 4x ganda lebih lama berbanding masa sedutan nafas? Ia adalah untuk memastikan semua gas oksigen yang disedut itu akan digunakan secara optima oleh setiap sel badan dan dalam masa yang sama akan mengaktifkan sistem limfa.

Anda cubalah bernafas dengan formula ini, iaitu 1:4:2 atau gunakan gandaaan ini mengikut kemampuan anda!anda boleh cuba dengan nisbah 2:8:4 atau 3:12:6 dan sebagainya.

Cubalah anda bernafas dengan cara ini bermula dari 10x sedutan 3x sehari dan insyaAllah anda akan merasakan kelainannya seperti lebih tenang, lebih bertenaga dan lebih sihat, cubalah . Lebih elok lagi jika latihan nafas ini anda lakukan selepas solat, dikala hati dan jiwa kita tenang.

Cara bernafas nisbah 1:4:2 yang saya terang diatas ini adalah mengikut sains

Krdt to Zamemi at MalaysiaRia

Advertisements

One comment on “Ilmu Nafas Melayu..

  1. Berkaitan dgn pernafasan dan zikir nafas mmg ada mempelajarinya perlukan pemahaman yg dlm juga kemahuan terpuang pd seseorang berjaya atau tidak mungkin mengambil msa hingga sepuluh tahun..untuk berjaya..masya Allah

Komen jangan tak komen yerr, nanti saya bagi hadiah d^^,b

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s