15 Rahsia Senyum Dan Tawa

smile2

Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu sekalipun mungkin orang akan mengganggap anda ‘tidak siuman’. Bersedih tentusaja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis sehingga memudaratkan kesihatan.

Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.

Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan ‘wajah senyum’ yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Antara contoh artis bollywood yang berwajah senyum ialah”Rani Mukherjee”. Memang sukar mencari wajah begini dan jika anda mempunyai wajah sedemikian anda adalah satu dalam sejuta.Cuba anda perhatikan orang yang dilanda masalah misalnya dan ditambah pula hidupnya tak pernah putusditimpa pelbagai masalah. Tentu sekali wajahnya kelihatan murung, berserabut dan nampak tua dari usia sebenar. Jika demikian tidak boleh kah kita bersedih dan menangis? Tentu sekali boleh tetapi perlu ada tempohnya. Kala bersedih menangislah sepuas hati dan bersedihlah semahunya. Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan anda berada dalam keadaan demikian dan selepas itu anda perlu berbuat sesuatu bagi meneruskan hidup.

Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup sememangnya ada masalah lalu menerima keadaansedemikian dengan tenang dan masih mampu tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan yang diberikan.

15 fakta menarik :
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 ototmuka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
” SENYUM ITU KELOPAK.
KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”.
Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.

Krdt to Amat Bj

Advertisements

Cinta Aiskrim d^^,b

What the heck is Cinta Aiskrim anyway? Hihihihihi, Its about today, actually a very wonderful day for me and for my kangkong. Why you ask, well, lets start at the morning event..After having a delicious breakfast made by my bro, Lan, Nasi Goreng Ikan Masin which is very, uuuuhhh, terbaekk..I opened winamp with 80’s Rock Kapak Song and start my day like usual while waiting for 11am..

Dark azs photo2396

Our favorite spot when dating d^^,b

So, Facebook is my first destination when opening a browser like Mozilla Beta 5.0, and then, sending iheart to my Sweeheart, I’ll have to makesure that she always know that I always love her wherever she is..And the my friend stephanie sending a message at FB, to check the exam result which was..Umm…Scary…So I said thanx for reminding and check the result immediately..Slowly I scroll down the result and…Fuuuuuuuuuhhh Alhamdulillah..Finally I made it to the point I want it to be..Although its not much, but for me, im grateful, syukur sangat2 ni..So I message my kangkong at that morning and said, lasa, I made it d^^,b..Hihihihi..And then I got the twin happiness today..To celebrate it, im asking my kangkong out for dating after Jumaat Prayer..

Dark azs photo2465

At Masjid, Pihak Mimbar mengingatkan kita semua tentang pengajaran2 yang boleh kita dapati daripada Perang Tabuk..Dimana tentera Islam yang berkekuatan 20 000 tentera, dan ada yang menganggarkan lebih dari itu, berperang dengan tentera Rom, iaitu kerajaan Byzantine yang melihat kuantiti tentera islam itu sebagai sesuatu yg amat kecil berbanding kerajaan mereka yang berjaya mengalahkan tentera Persia dan juga merupakan salah satu kuasa terkuat pada masa itu..Melalui mimbar, kisah perang tabuk ini amat menarik perhatian saya..Perang Tabuk dikatakan berlaku disebabkan kematian Messenger kerajaan Byzantine..

Dark azs photo2469

Our favorite Ice Cream 1

Kisahnya begini, Messenger Kerajaan Byzantine diutus oleh kerajaan Byzantine untuk berjumpa Nabi Junjungan kita dan Messenger ini telah memeluk islam setelah melihat keindahan Islam sewaktu berada di bumi arab..Sekembalinya beliau ke rom, sebaik sahaja Raja Byzantine mengetahui tentang Messenger beliau yg telah memeluk islam itu, messenger itu pon dibakar dan dibunuh secara kejam dan apabila perkara ini diketahui oleh rasulullah, maka Nabi Muhammad kita pun mengatur tentera tentera islam yang terdiri daripada para sahabat yang setia..Namun, terdapat tentera tentera Islam terpecah kepada 2 golongan, dan salah satu golongan ini dianggotai para munafikin, orang2 munafik..Dan ketua orang2 munafik ini telah membuat satu masjid (dah lupa nama daaa) dengan niat untuk memecah belahkan tentera2 islam yang hendak berperang pada ketika itu dengan menghasut sebahagian tentera islam untuk menolong mendirikan masjid dan meninggalkan misi asal mereka iaitu berperang dengan Kerajaan Byzantine..Dipendekkan cerita, Nabi junjungan kita tidak mempedulikan golongan munafik itu kerana berperang dengan kerajaan Byzantine harus diutamakan dan tentera islam berjaya memenangi Perang itu dengan izin Allah swt..

Dark azs photo2467

Our favorite Ice Cream 2 – Sebelum

Sekembalinya Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat dari medan Perang di Musim Panas itu, Nabi memerintahkan tentera islam merobohkan masjid yg didirikan atas niat untuk memecah belahkan umat islam itu..Seharusnya para pemimpin kita yang memimpin negara islam, yang mengaku sebagai seorang yang islam, seharusnya merobohkan premis premis, kedai kedai, pusat pusat hiburan, yang bukan sahaja memecah belahkan umat islam, malah lebih menyesatkan kan umat islam pada masa kini dengan terang terangan dan nyata, ujar Mimbar dalam khutbah jumaat tadik..But what to do, our leader thought that our nation will gain more profit when opening more casino, more pub, more Maksiat’s Place..But the truth is, we still left behind, becoming more rich with HUTANG, richman become more rich, harga barang still naik, everything will going up, rakyat merana..Dahla merana, tersesat plak tuh, ape taknyer, pub, casino, tempat2 maksiat, lebih banyak daripada 7E, daripada masjid, daripada surau, malah lebih teruk, berada di semua tempat..

Remember, seorang pemimpin akan berdepan dengan penciptanya juga suatu hari nanti, so, pandai pandai kau lah nak jawab apa..Eh pehal plak dengan ceramah and politics nih, tajuk crita ni Cinta Aiskrim laaa..So after Jumaat prayer, I was heading to Sandakan Town and meet up with my beloved Kangkong, dating at our usual place..Sanaaaaaaa dekat tembok, eating our favorite vanilla ice cream while watching the sunset and vast sea..Tenangnyaaaaaaaa, and bahagianyaaaaaaaaa…Hadoiii, hihihihihihi..d^^,b, itu jak laa, mana bleh cerita lebih lebih..Ohya, when I was sending my kangkong to her home, tserempak polak dengan durang c nanang ama c bom dating jugak di restoran berdekatan, wawawawawa..Anyway, today was Sweet and Awesome..Kenangan Terindah la toe..d^^,b, cinta sangat2 ama kau sai…

Dark azs photo2468

Our favorite Ice Cream 3 – Selepas

And Tonight, I was able to taste my mom cookings..aaaahhh, today was surely great..Actually my mom jarang masak due to her injury at feet, not injury but gout..But today was different, rajin polak dea masak malam nih, so I was like..WAaaaaaaaahhh Triple Happiness d^^,b..Masak makan malam siap dengan sindul (Cam cendol laaa, tapi ummm, ntahlaaa camna nak cakap..But its tausug traditional food..) lagik, aaaaauuuwww yeaaaaaahhhhhh…

Dark azs photo2470

Rare Home Made Cookings by MOM

Dark azs photo2471