Mengapa Orang Lelaki tidak romantik selepas berkahwin..d^^,b

Waaaauu, first time share post camni, wawawawawa, but anyway, jom baca ramai2, and sama sama, oooooohh baru saya tahu!!Hihihihihihi, krdt to Mia Sara Eliasya at MalaysiaRia.

Ini adalah satu persoalan yang sering bermain di minda gadis-gadis dan dijadikan topik hangat dalam sesi girls talk mereka. Tak kisahlah kalau mereka masih belum kahwin pun, tetapi apabila gadis-gadis berkumpul, mereka selalu membincangkan tentang masa hadapan. Mereka mendakwa yang jejaka mereka sudah tidak lagi menjadi sweet dan romantik selepas berkahwin. Dulu masa mula-mula bercinta, percintaan mereka boleh diibaratkan seperti lagu ‘Apa Saja’ dendangan KRU. Kita boleh jadikan bait lagu itu sebagai contoh “apa saja untukmu, ke dasar lautan biru, bertaruh nyawa andai kau damba mutiara di hari lahirmu…”. Tapi itu semua dulu, sekarang ni anda rasakan kehangatan cinta telah pudar, tiada lagi kemesraan, tiada lagi kemanisan. Benarkah dakwaan itu?

Well aku belum berkahwin, tapi aku baru sahaja menamatkan kursus kahwin semalam, maka apa yang ditulis ini adalah berdasarkan pemerhatian sekeliling, pengaruh media massa, dan sudah pasti generalization dan stereotyping. Ayuh teruskan membaca mengapa orang lelaki ‘berhenti’ menjadi romantik selepas berkahwin.

1) Kami telah pun ‘memiliki’ anda

Secara umum, orang lelaki boleh dilabel sebagai pemburu. Pemburu yang memburu ‘mangsanya’ dengan apa jua cara. Apabila seseorang lelaki itu telah membuat keputusan untuk menyukai anda, maka mereka akan membuat apa sahaja untuk menarik perhatian anda. Dari sekecil-kecil usaha seperti menghantar bunga mahupun mesej pesanan ringkas jiwang yang dicopy daripada romanticquotes.com, sehinggalah usaha yang ekstrim seperti membuat satu klip video di youtube menyanyi lagu cinta yang lahir daripada hati tanpa mempedulikan cercaan masyarakat sekeliling. Mereka membuat perkara-perkara tersebut bukan semata-mata untuk menarik perhatian anda, tetapi mahu mengejar rasa ‘thrill’ ketika mengurat anda. Kalau senang sangat tiada cabaranlah, itu sebab makin korang jual mahal, makin galak lagi kami mengurat anda.

Kemudian, anda menjadi pasangan bercinta dan seterusnya berkahwin. Di saat ini, anda telahpun menjadi ‘milik’ kami. Cuba fikirkan, segala aksi-aksi romantik yang kami lakukan semasa bercinta adalah untuk memenangi hati anda. Kalau sudah sampai tahap ke jinjang pelamin dan rela menyetubuhi kami, kami tahu yang anda cintakan kami sepenuh hati dan di atas sebab itu, kami rasa kami tidak perlu lagi melakukan perkara-perkara tersebut untuk impress anda. Hubungan cinta telah masuk ke zon selesa, jadi mungkin ini masanya untuk rileks sebentar. Tetapi adalah tidak adil untuk berkata yang kami ‘take things for granted’ kerana keutamaan telah berubah. Thrill untuk mengurat anda telah berubah menjadi thrill untuk memberi makan dan tempat tinggal yang selesa kepada keluarga. Besides, now is the time for you girls to take care of us right?

2) Kehidupan sebenar bukanlah seperti filem

Wanita gemar menonton filem komedi romantik ataupun chick flick yang memaparkan suka duka kisah cinta yang bahagia selama-lamanya. Satu kesilapan yang orang wanita lakukan adalah mereka gemar membayangkan yang diri mereka bahagia berada di dalam rangkulan hangat Ashton Kutcher mahupun Farid Kamil, sekaligus membentuk satu imej separa sedar di mana mereka sangka mereka akan mengalami situasi yang sama selepas berkahwin. Apa yang anda tonton di dalam filem adalah kehendak pengarah yang pandai memanipulasi kehendak batin seorang wanita. Anda tidak boleh expect Ashton Kutcher anda untuk sentiasa mengungkapkan kata cinta yang boleh membuat anda terbang sentiasa. Anda tidak boleh harapkan Farid Kamil anda membawa anda ke restoran mahal setiap masa.

ashton
Membandingkan realiti sebenar dengan filem akan membuat anda kecewa. Jadi sila ubah persepsi anda, dan turunkan expectation anda dan apabila anda sudah boleh menerima yang kami ini bukan Matthew Mcconaughey dalam filem komedi romantik, anda pasti akan sedar yang kami ini boleh tahan juga.

3) Kami tak mahu jadi predictable dan klise

Ok biar saya tanya satu soalan, apakah yang anda definisikan sebagai romantik mahupun sweet? Adakah dengan memberi bunga segar yang baru dipetik dari ladang disertakan dengan kad berisi ayat minta pelempang? Adakah dengan membuka pintu kereta untuk anda dan mendukung anda sambil bersyair madah berhelah? Ok dulu-dulu masa mula-mula bercinta mungkin semangat gunting abjad-abjad di majalah URTV untuk membentuk sebuah warkah cinta, kalau kalau asyik dok bagi kad hari-hari, masih boleh didefinisikan sebagai sweet kah? Seronokkah anda menerima sesuatu yang sama ataupun melakukan sesuatu yang rutin bersama kami? Sesuatu yang romantik sepatutnya berlaku secara spontan dan mengejut, tapi kalau anda dah boleh ramalkan apa yang kami mahu lakukan, sudah hilanglah ‘spark’ nya. You deserve so much better than that.

Mungkin anda akan kata “tapi, tapi jejaka i langsung tak buat dah benda-benda yang sweet….”. Benarkah begitu? Selepas berkahwin, definisi sweet itu sebenarnya telah berubah, anda sahaja yang tak sedar. Ataupun tidak peduli? Tak sweet ke kalau kami tolong anda kemas rumah, membuat sarapan pagi untuk anda, mahupun menjaga anak dan membiarkan anda pergi membeli-belah di Zara?

4) Maybe it’s your fault?

Kalian ini asyik menuduh kami sahaja yang tidak sweet, tidak romantik tetapi adakah anda telah membuat kaji selidik mengapa kami tidak lagi membuat mix tape kompilasi lagu-lagu cinta untuk anda? Pernahkan terdetik di hati anda yang sikap dingin ini berpunca daripada anda? Bukan orang lelaki sahaja yang berubah selepas kahwin, orang perempuan pun sama juga.
Dulu-dulu masa bercinta, tubuh anda memang memiliki liuk lentuk menggiurkan seperti Katy Perry, tetapi selepas berkahwin mengapa bertukar menjadi Afdlin Shauki? Lebih-lebih lagi selepas beranak berat badan bagaikan dipam-pam. Perut merekah, berlipat-lipat boleh menabung simpan wang syiling berlebihan di situ.

Dulu-dulu masa bercinta, wajah anda licin bak Katy Perry, tetapi selepas berkahwin mengapa bertukar menjadi Rajnikandh? Berbulu sana sini, di misai dan di kaki.

Dulu-dulu masa bercinta, anda lemah lembut bak Katy Perry, tetapi selepas berkahwin mengapa bertukar menjadi Rosnah Mat Aris? Membebel tidak henti tak ingat tarikh ulangtahun pertemuan kali pertama di KFC pun kena maki.

Jadi adakah segalanya salah kami? Saya tidak setuju sebenarnya dengan kenyataan yang mengatakan orang lelaki berhenti menjadi romantik selepas berkahwin, ataupun setelah lama bercinta. Untuk terus menyemarakkan bunga-bunga cinta, kedua-dua pihak lelaki mahupun perempuan haruslah memainkan peranannya. Gadis-gadis harus menunjukkan yang mereka menghargai apa yang dilakukan oleh lelaki, tanpa meletakkan expectation yang terlalu tinggi.

Komen DarkAzs: Hikhikhikhik, ada betolnyaaa jugak, tapi tak semua sang suami camtuh rasanya..kuikuikuikui..

Advertisements

2 comments on “Mengapa Orang Lelaki tidak romantik selepas berkahwin..d^^,b

  1. waaa.. hihihihihih.. thumbs up! azs!
    best.. yg paling best aq baca, “aku baru sahaja menamatkan kursus kahwin semalam”.. hihihihihi..

    🙂

Komen jangan tak komen yerr, nanti saya bagi hadiah d^^,b

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s