Valentine? Valentine’s Day? Valentine days?

Salam dan selamat menyambut hari jumaat, hihihihihihi, topik pada hari yg mulia ini ialah valentine day..rasenyer dah byk bloggers yg kupas isu ne, tapi saya nak kupas lagi biar nampak dan jelas..motif??Dissemination of information among muslims, among brothers and sisters..dan jugak peringatan kepada diri sendiri..so, valentine?? ada apa dengan valentine??

Malas nak citer ape tu valentine day, korang sumer dah tau..tapi, valentine tu binatang hape? dan whats wrong with that day? well check this out..

___love_by_xdashkax

Di kurun yang ke 5 masihi, pihak gereja katholik berhasrat untuk menghapuskan perayaan kesuburan musyrik yang diraikan oleh orang-orang Rom sejak dari kurun ke 4 sebelum masihi. Pada bulan Febuari setiap tahun akan diadakan cabutan bertuah untuk meraikan para remaja lelaki yang memasuki peringkat akil baligh dihadapan “tuhan” Lupericus. Bagi para remaja perempuan mereka juga akan mengambil bahagian didalam cabutan bertuah ini, dengan meletakkan nama mereka didalam sebuah kotak dan nama-nama tersebut akan dicabut secara rambang oleh para remaja lelaki tadi. Remaja perempuan yang dicabut namanya oleh remaja lelaki tadi akan dihadiahkan kepadanya.

Pasangan sejoli tadi akan keluar dari tempat penyembahan tersebut sebagai “sepasang suami-isteri”, yang akan menikmati keseronokan dari hubungan tersebut selama setahun sehingga tiba masa untuk cabutan bertuah pada tahun yang berikutnya.
Pihak gereja tidak meredhai ciri pergaulan bebas yang ada pada penyembahan tersebut dan berusaha untuk mengakhirinya dengan melantik “wali (saint) cinta”, yang akan dianugerahkan kemuliaan bagi menggantikan ritual kepada Lupericus.

Mereka memilih seorang bishop yang bernama Valentine yang telah dihukum bunuh pada kurun ke 3 masihi. Hukuman yang yang diterimanya adalah kerana beliau menyanggah Emperor Claudius yang mengharamkan perkahwinan kerana menganggap perkahwinan menyebabkan orang lelaki menjadi askar yang tidak berkualiti, kerana mereka enggan untuk meninggalkan keluarga mereka untuk ke medan perang. Valentine telah menerima mereka untuk dikahwinkan secara rahsia, sebuah jenayah yang mengakibatkan dia dijatuhi hukuman bunuh. Bagaimanapun sebelum dilaksanakan hukuman tersebut dia dikatakan sempat mengirimkan ucapan selamat tinggal kepada anak perempuan orang yang memenjarakannya yang mana dia telah jatuh cinta kepadanya ketika dia berada di penjara. Ucapan tersebut berbunyi, “Dari Valentine dikau”

Love_by_monicaH

dah tau serba sdikit tentang valentine dan sejarahnya? dan korang mesti tertanya tanya, “SOOOOO whats wrong???” Meh sini sat, yg ade kopi atau teh tu teguk dulu then meh meh meh jenguk bawah ne

firman Allah swt;
“Dan mereka (mukmin) yang tidak menyaksikan hari raya orang-orang kafir musyrik.” [al-Furqan: 72]

Dalam menafsirkan ayat ini sebahagian sahabat, misalnya Ibnu ‘Abbas, ‘Abdullah bin ‘Umar dan para tabi’in, seperti Mujahid, Mohammad Ibnu Sirin, dan sebagainya, menyatakan, “Kaum mukmin dilarang merayakan hari raya orang-orang musyrik” (Imam Qurthubiy, Tafsir Qurthubiy, juz 13, hal. 79; Imam Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, juz 3, hal. 329-330)

 
Beberapa fuqaha juga berpendapat senada mengenai firman Allah swt al-Furqan: 72. Imam Ahmad bin Hanbal berkata:
“Kaum muslim telah diharamkan untuk merayakan hari raya orang-orang Yahudi dan Nasrani. Kaum muslim juga diharamkan memasuki gereja dan tempat-tempat ibadah mereka.” (Ibnu Tamiyyah, Iqtidla’ al-Shiraath al-Mustaqiim, hal.201)

Imam Baihaqi menyatakan, “Jika kaum muslim diharamkan memasuki gereja, apalagi merayakan hari raya mereka.” (Ibnu Tamiyyah, Iqtidla’ al-Shiraath al-Mustaqiim, hal.201)

Imam al-Amidi dan Qadli Abu Bakar al-Khalal menyatakan,”Kaum muslim dilarang keluar untuk menyaksikan hari raya orang-orang kafir dan musyrik.” (Ibnu Tamiyyah, Iqtidla’ al-Shiraath al-Mustaqiim, hal.201-202)
Al-Qadliy Abu Ya’la al-Fara’ berkata, “kaum muslim telah dilarang untuk merayakan hari raya orang-orang kafir atau musyrik”. (Ibnu Tamiyyah, Iqtidla’ al-Shiraath al-Mustaqiim, hal.181)

Imam Malik menyatakan, “Kaum muslim telah dilarang untuk merayakan hari raya orang-orang musyrik atau kafir, atau memberikan sesuatu (hadiah), atau menjual sesuatu kepada mereka, atau naik kendaraan yang digunakan mereka untuk merayakan hari rayanya. Sedangkan memakan makanan yang disajikan kepada kita hukumnya makruh, baik diantar atau mereka mengundang kita.” (Ibnu Tamiyyah, Iqtidla’ al-Shiraath al-Mustaqiim, hal.230-231)

Pada masa-masa kejayaan Islam, pemerintahan Islam saat itu –sejak masa Rasulullah saw –, kaum muslim tidak diperbolehkan merayakan hari raya ahlul Kitab dan kaum musyrik. Rasulullah saw pernah bersabda mengenai hari raya orang-orang kafir:
“Setiap umat memiliki hari raya sendiri-sendiri. Idul Fithri adalah hari raya kita.” (HR. Bukhari dari ‘Aisyah ra)

Tatkala mengomentari hari raya bangsa Persia, Rasulullah saw bersabda:
“Allah swt telah mengganti dua hari yang lebih baik daripada kedua hari itu (nairus dan naharjan: hari raya bangsa Persia), yaitu Idul Fitri dan idul Adha.: (HR. Abu Dawud, Turmudzi, Nasaa’iy, dan Ibnu Majah)

Riwayat-riwayat ini menunjukkan dengan jelas, bahwa Rasulullah saw telah melarang kaum muslim merayakan hari raya orang-orang kafir.
Pada masa pemerintahan khalifah ‘Umar bin al-Khaththabb, beliau telah melarang kaum muslim merayakan hari raya orang-orang kafir. Imam Baihaqiy telah menuturkan sebuah riwayat dengan sanad shahih dari ‘Atha’ bin Dinar, bahwa Umar ra pernah berkata, “Janganlah kalian mempelajari bahasa-bahasa oraang-orang Ajam. Janganlah kalian masuk ke gereja-gereja orang-orang musyrik pada hari raya mereka. Sesungguhnya murka Allah swt akan turun kepada mereka pada hari itu.”. (HR. Baihaqiy)

Untuk lebih lanjut dan lebih terperinci, sila mbuat kajian sendiri tentang dalil2 tersebut.

Di dalam Islam, perhubungan lelaki dan wanita telah diatur secara jelas dan interaksi sesama mereka tidak dibangunkan berdasarkan dengan merangsangkan naluri sexual antara satu dengan yang lainnya atau melihat antara satu dengan lainnya didalam bentuk pemuasan hawa-nafsu. Oleh itu aktiviti yang boleh membawa kepada pergaulan bebas dan intim diantara mereka mestilah diberhentikan.

Setiap bentuk keakraban dan keghairahan diantara mereka hanya dihadkan kepada bentuk perhubungan yang benar, iaitu perkahwinan.
Ibnu Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda; “Wahai para pemuda. Sesiapa sahaja dikalangan kamu yang mampu untuk berkahwin maka berkahwinlah, kerana ia akan membantu kamu untuk menjaga pandanagan dan mengawal kemaluannya. Dan barang siapa tidak berkemampuan untuk berkahwin maka berpuasalah, kerana ia akan menjadi pelindung bagi kamu.”

Penerapan Islam memastikan bahawa masyarakat yang dibangunkan bebas dari pergaulan bebas dan akan mempamerkan ketinggian kesedaran akhlak. Syariat Islam mengiktiraf keperluan dan naluri lelaki dan wanita dengan mensyariatkan pernikahan. Institusi kekeluargaan akan dilindungi dan diperkukuhkan dengan pengharaman perbuatan sumbang, perzinaan, pergaulan bebas antara jantina dan mengatur kod pakaian. Dengan hukum-hukum yang ada padanya, Islam akan menghalang dari sebarang kemungkinan kepada masyarakatnya untuk dijangkiti oleh penyakit masyarakat yang diakibatkan oleh pergaulan bebas sebagaimana yang dihidapi oleh masyarakat Barat.

Allah SWT berfirman,
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (al Israa’, ayat 32)

love_by_kanikey

Jadi, jauhi valentine days, tidak perlu hari yg istimewa untuk kita mempamerkan kasih sayang kita terhadap seseorang, jadikan setiap hari anda sebagai hari sayang menyayang antara sesama islam, sesama manusia, hari ini hari jumaat, hari ini juga boleh menjadi hari sayang menyayang, selamat hari jumaat semua nyaa. Seruan kepada semua bloggers, imam kat masjid tadi menyeru kat korang, janganlah mempromosikan hari valentine ini, sebaliknya promosikan maulidur rasul yang seharusnya kita sambut. Perbanyakkan salawat dan amal kita pada hari tersebut, sebab yang akan memimpin kita dan mengetuai kita d padang masyar nanti tidak lain dan tidak bukan, nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W, juga..selamat menyambut maulidur rasul.

Capturea

Advertisements

Komen jangan tak komen yerr, nanti saya bagi hadiah d^^,b

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s